Tuesday, November 25, 2008
Wahai Hati Tenteramlah
Entah mengapa petikan ayat dari novel Salju Sakinah itu kuat benar bermain di jiwa sejak seminggu ini.Mungkin kerana sejak akhir-akhir ini banyak benar perkara yang menghantar diri ke dalam dilema.Membuat pilihan dari dua pilihan dan adakalanya langsung tak ada pilihan.Hati terus memujuk Ingat Allah, ingat Allah.Bisikan yang tidak pernah mati memujuk jiwa yang berkecamuk.Rasa rindu alunan ayat suci Allah benar-benar mengendang jiwa namun di keterbatasan yang tak dapat dielakkan meremukkan jiwa.Hanya sabar dan zikir yang sentiasa menemani linangan air mata.Ya Allah ujian apakah ini? Kadang hati bertanya sambil bermunajat.Muhasabah sudah beberapa kali dihidang kepada jiwa namun masih terhijab apa yang tersembunyi.
Sabarlah wahai hati tenanglah dikau bersama alunan zikir kepadaNYA.Hati masih terus memujuk.Senyuman masih terus terukir menyembunyikan apa yang tersirat namun hanya insan di sekeliling sahaja yang terhibur.Hati sendiri?? lara menghimpit ibarat diri berasa di antara dua batu besar.Dalam memujuk hati satu pesanan ringkas masuk menghuni kotak inbox telefon bimbit.Tangan mencapai dan mata beralih tujuan.Mesej dari sahabat yang bernama Qamariah.Mengukir senyuman membalas salam yang terucap dan melafazkan hamdallah sebagai jawapan pada pertanyaan khabar.Namun hati sayu kembali.Senyuman yang mengelopak dibibir mati serta merta bila ayat terakhir di baca."Sudah lama kita tak berhubung.Rindu rasanya.takut terputus silaturrahim pula sebab lost contact"
Bebanan perasaan bersalah terasa memberat di pundak.Memang betul kami sudah lama tidak berhubung melalui email, yahoo masangger jauh sekali berbalas sms.Ya Allah jauhnya aku di bawa arus kesibukan jadual hidup seharian hingga terlupa akan tuntutan kasih seorang sahabat.Sedangkan masa lapang ku lebih banyak kiranya berbanding dengan dirinya yang berstatus isteri dan ibu pada seorang cahaya mata.Maafkan aku sahabat diri ini benar-benar asyik di bawa arus kelalaian hingga terlupa akan hakmu.mafkan aku.Muhasabah datang membersihkan jiwa yang sesak dengan tuntutan yang tidak dipenuhi.Mata terkali pula ke kalendar mulut cepat beristigfar panjang.Ya Allah aku lupa.Mata sudah digenangi air akibat kealpaan yang tidak di sedari.Jemari pantas menekan-nekan butang telefon bimbit.Menghantar pesanan balas padanya.Dengan doa iringan."Sanah Hilwa sahabatku.Maafkan keterlupaanku."
Hari ini hati sedikit mula tenang.Tapi ketenangan yang belum pulih sepenuhnya.Namun InsyaAllah pasti akan kembali normal persaan ini andai keterbatasan untuk lebih dekat padaNYA sudah terhapus.
Ya Allah aku rindu bermunajat padamu.Aku rindu mahu mengalunkan qalammu.Berikan aku kesempatan lagi ya Allah.Pada sedikit kesempatan yang tidak di ketahui bila garis penamatnya apakah hari ini,esok atau lusa namun yang pastinya berikan aku walau sedikit itu untuk ku memenuhi jiwa yang benar-benar haus pada titisan-titisan kasihmu.
Wednesday, November 19, 2008
Dihimpit Dua pilihan
Monday, November 17, 2008
Sukarnya menyelami hingga tertipu adakalanya
"Saya ikhlas tolong awak"
"Tak apa saya Ikhlas"
Dan adakalanya ianya juga berbunyi seperti ini.
"Its ok, saya bagi ikhlas."
Namun sejauh mana bukti kata-kata kita itu seiring dengan tutur hati, tidak siapa yang tahu.Tetapi tidak selamanya mampu kita sembunyikan.Tuhan itu maha mengetahui sifatnya.Jika tidak hari ini tapi akan sampai satu masa kita mungkin terlepas kata ataupun terluah atas kehendak sendiri.Ternyata ikhlas itu adalah benda yang amat sukar kita laksanakan.Jika ada yang mengatakan menjaga hati orang itu sukar, menjadi pendakwah itu sukar, bekerja itu sukar tapi di sebalik itu semua akan mudah andai ikhlas itu bersarang di sanubari.
Hilangnya ikhlas, ibarat kepercyaan juga berkecai bagai kaca yang terhempas di lantai batu.Itulah yang saya rasakan sejak semalam.Entah mengapa hati saya benar-benar ibarat kaca yang berkecai apabila insan-insan yang kita hormati dan kasihi malah turut kita percayai rupanya ibarat talam dua muka.
Kejam sungguh bila menjadi manusia seperti itu.Tapi siapa kita yang mahu menghalangnya.Masing-masing mempunyai peranan, datang dengan hati yang mengharap sentuhan hidayahNYA namun kita seringkali mungkar.Kita lupa akan tanggungjawab dan tujuan kita yang sebenar bila melibatkan diri pada sesuatu keadaan.Dan konklusinya pengisian yang kita harapkan akan jadi kosong dan nol pada akhirnya.Maka apa yang kita perolehi gagal untuk kita peraktikkan kerana gagalnya kita menitik beratkan ikhlas dalam melakukan sesuatu.
Saturday, November 15, 2008
Salju Sakinah Novel Islami

"Jom Kita main Salji di universiti"
Itulah kalimah akhir qalam buku Salju Sakinah yang baru saya khatamkan sebentar tadi.Alhamdulillah,Menarik! Hebat! itulah ayat yang pertama saya tuturkan setelah buku itu saya temukan muka depan dan kulit belakang.
Tahniah kepada pengarang yang menggunakan ilham Allah subahanahu wa taala sebagai satu medan dakwah.Doa dari saya selaku pembaca moga ilham akan terus di kurniakan dariNya agar terhasil lagi buku-buku yang boleh di jadikan satu method tarbiah buat setiap hati-hati yang dahagakan sentuhan hidayahNya.
Ucapan terima kasih buat seorang adik yang mengenalkan saya dengan buku ini bulan lalu.Juga jutaan terima kasih buat kakaknda Syamsiah yang sudi membelikan buku ini untuk saya.Dari bandaraya metropolitan kakandaku tersayang mengagahi masa yang amat singkat untuk mencari buku yang berkulit biru lembut merakamkan wajah wanita yang berhijab namun rezeki mendapatkan buku ini bukan di sana tapi di bandaraya Negeri di bawah bayu.Terima kasih sekali lagi moga Allah saja yang membalas budi baik kakaknda dan adik yang tidak pernah putus untuk mendorong saya menjadi pencinta buku.
Dengan ilmu sastera yang tidak sepintar mana, namun ingin juga rasanya mengulas dan merumuskan novel yang telah memasuki cetakan ke empat kalau tidak silap.
Setelah berpuluh-puluh buku yang di baca, entah mengapa novel ini turut meruntun sanubari.Mungkin kerana seperti tidak percaya seorang penulis lelaki bisa melakar jalan cerita kehidupan seorang wanita setabah Sumayyah.Bagi saya yang hawa sekalipun kadang-kala sukar menafsir dan menyelami isi hati sesama hawa namun penulis begitu teliti malah bijak mengolah ayat juga tidak keterlaluan jika saya katakan beliau seolah-olah benar-benar berjaya menyelami hati wanita berbanding saya sendiri.Subahanallah...Ternyata Allah itu pengasih dan maha kaya.
Selepas Seindah Mawar Berduri, saya susuli memiliki Tautan Hati dan kemudian Syabab.Semuanya dari hasil tangan orang yang sama, Ukhti Fatimah Syarha Mohd.Noordin.Walaupun pada awalnya saya juga sudah memiliki dan membaca buku hasil air tangan penulis terkenal seperti Noorhayati Berahim, Salina Ibrahim, Ramlee Awang Murshid dan ramai lagi tapi akhirnya saya benar meminati penulis novel Salju Sakinah ini dan ingin sekali terus mengikuti perkembangannya.
Pada semua yang turut mempunyai minat membaca seperti saya, saya sarankan perolehilah novel ini kerana ada sesuatu yang bisa kita pelajari dari susunan ayat-ayat ilham dari Allah.
Monday, November 10, 2008
Salam Berbahagia Dunia Dan Akhirat

Kehilangan Yang Tidak Berganti
Setelah hampir tiga bulan blog ini terlaksana hanya ucapan syukur yang terlafaz.Dengan ilmu yang sedikit dan baru setahun jagung bertapak menempatkan diri dalam persada perjuangan secara terang-terangan sesungguhnya benar terasa akan nikmat dan kasih sayang dariNYA.Kemana lagi rasa terima kasih yang hendak diluahkan sekiranya tidak padanya.Kerana segalanya datang daripadaNYA.
Bercerita tentang perjuangan, kehidupan dan kematian adalah sesuatu yang sukar untuk kita tafsir pengertiannya.Setiap manusia berbeza definisi untuk tiga perkara tersebut.Namun kematian adalah satu penamat mutlak bagi setiap hamba Allah.
Bercerita tentang kematian hati benar-benar terusik sayu.Bagaimanalah agaknya jika sampai kepada diri saat itu nanti.Tiada siapa yang tahu.Namun apa yang perlu dilakukan bersedia untuk kematian kerana tiada siapa tahu bila saat akhir nafasnya terhembus.Berdoalah semoga saat kematian kita, kita akan tersenyum pada insan-insan yang pernah tersenyum menyambut kelahiran kita di dunia.
Seminggu yang lepas juga menerima dua berita kematian.Tiada lafas yang terluah.Lidah menjadi kelu tak terkata hanya lafaz "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" didalam hati.Hari ini saudara kita menerimanya mungkin esok lusa kita yang bakal kehilangan ataupun kita yang bakal pergi.Maka muhasabahlah diri.Berusaha sebaik mungkin agar kita pulang berbekal amal dan diterima menjadi penghuni syurgaNYA.
Sabtu yang lepas Allah memberi kelapangan masa menghadiri majlis tahlil di rumah sepupu yang baru kehilangan ayahnda tercinta.Gugur juga air mata apabila mendengar cerita kehilangan ayahnda tercinta dari mulutnya.Selalu benar perkara ini saya tumpangi dari sahabat-sahabat dan saudara, entah bagaimana pula rasanya jika sampai ke saat saya nanti.Ya Allah, kurniakan saya kekuatan.Andai saya yang akan pergi dahulu maka kurniakan kekuatan kepada ibubapa dan saudara-saudaraku agar redha pada ketentuanMu kerana Engkau maha tahu segalanya.
Siapa yang tidak merasa sakit kehilangan insan tersayang namun Allah itu telah termaktub memiliki sifat Al-Adil pada asma'nya.Maka redhalah kita atas anugerahnya.Sesunggunhnya telah berjanji DIA kepada kita setiap yang hidup pasti akan merasai mati.Maka bersabar dan redhalah wahai manusia semua itu adalah lumrah kehidupan.Setiap kurniaanya pasti yang sempurna dan terbaik buat kita.Tidak ada yang membezakan antara manusia melainkan taqwanya kepada Allah SWT...
Akhir coretan moga sama-samalah kita sentiasa memuhasabah diri dan terus tarbiah mentarbiah antara sesama Islam moga setiap apa yang kita lakukan mendapat ganjaran pahala dariNYA...
wassalamualaikum wbt...
Friday, November 7, 2008
Ikhlas Yang Mahal Harganya
"Saja nak cerita.Ingat tak ngan bekas boyfriend kakak si P.sekarang dia nak balik kat akak.Tapi akak tak nak.Bukan berdendam tapi cukup sekali"
Itulah antara ayatnya.Saya hanya mengangkat kening sebagai respon pada mesej tersebut.Tidak tahu bagaimana mahu membalasnya.Saya kembali menghadap laptop sambil berfikir apa yang perlu saya taipkan.Dalam minda yang berlegar hanyalah perkataan cinta.Ya cinta benar-benar boleh buat manusia hilang fitrah.Manusia jadi kejam kerana cinta.Manusia jadi pendendam kerana cinta.Manusia juga boleh jadi lemah kerana cinta.Dan yang lebih menyedihkan manusia hilang maruah kerana cinta.Namun cinta juga boleh buat manusia jadi benar-benar bertaqwa.Itulah cinta kepada yang HAK.Dan itulah sebenarnya aplikasi cinta pada manusia.Allah mengurniakan cinta pada manusia agar manusia mencintaiNYA. Dan atas asbab itu jugalah Allah akan mengurniakan cinta sesama hambaNYA.Besar benar pengertian cinta kepada Allah.Sukar untuk di ungkap oleh kata-kata juga perbuatan.Tapi hakikatnya hanya yang merasainya saja yang tahu bertapa berertinya cinta itu.
Mungkin siapa yang bertamu di blog saya ini juga akan mengangkat kening sebagai respon pada tulisan saya kali ini.Mungkin ada juga yang berkata, "Apa kena plak dengan dia ni nak cakap pasal cinta."Tapi harapan saya moga tulisan ini juga mendapat sambutan yang baik.Mana yang kurang tolong di perbetulkan.
Sejak saya merangkak dewasa ramai juga teman-teman bertanyakan soalan ini.Bila nak ada boyfriend? namun soalan itu hanya saya jawab dengan senyuman hambar.Bagi saya perkara ini mungkin saya letakkan di tempat ke sepuluh dalam senarai perkara yang saya harapkan.Kerana bagi saya segalanya ketentuan Allah kerana itu adalah takdir yang tersembunyi.Mengapa mengejar sesuatu yang belum pasti sedangkan yang pasti ada di hadapan mata.Mengapa mengharapkan cinta hambaNYA sedangkan cinta kita kepadaNYA belum seutuh mana.Jangalah kita jadi manusia yang banyak meminta tapi tidak memberi.
Bila melihat teman-teman yang bercinta, adakalanya hati terusik juga.(fitrah)Bila agaknya saya akan sampai ke tahap mereka.Namun kebenaran cepat melintasai niat yang tersarung."Bina cinta dengan Allah insyallah Allah kurniakan cinta kepada makhlukNYA." Alhamdulillah, perasaan yang sering datang menyahkan alpa kadang membuat hati selalu terharu dan mata cepat benar ingin mengeluarkan tangis atas kesedaran nikmat dariNYA.(moga Allah kekalkan pada saya).Selama ini bukan tidak ada yang cuba merisik-risik saya melalui kawan-kawan dan orang sekeliling saya tapi saya yang tak pernah endah akan hal itu.Malah saya mudah benar naik menyampah bila saya di siul tanpa segan silu oleh jantan.Sengaja saya membahaskan lelaki seperti ini adalah jantan kerana lelaki yang benar-benar lelaki pastinya yang menjaga fitrahnya dari di cemari.Bagi saya mudah saja, andai si wanita naik menyampah dengan usyar-usyar murahan seperti ini lelaki juga pastinya meninggikan maruahnya untuk menjadi lelaki yang benar-benar lelaki yang bermaruah.
Jauh benar sudah rasanya saya mengupas.Tapi belum juga samapi kepada tajuk.(mungkin ada yang blur, maaf).Berbalik kepada masej yang saya terima tadi, lama saya berfikir barulah saya membalasnya.
"Tak sangka pulak macam tu ya"
Hanya itu yang saya taip.tak sampai lima minit satu mesej balas saya terima.
"kakak pun tak sangka.Dia kata istrinya meninggal masa melahirkan anak mereka yang ke3"
Kali ini tangan saya pantas menaip.Dengan harapan dia tidak terasa hati.
"Keputusan di tangan akak.Buat keputusan dengan baik dan biarlah keputusan itu tidak menyakiti hati mana-mana pihak"
Seketika selepas itu hanya ucapan terima kasih yang saya terima.Saya tersenyum.Dia menerima kata-kata saya dengan baik atau tidak itu saya tidak pasti.
Daripada apa yang saya lalui semalam hanya ini yang saya rumuskan.Mungkin saya tersalah tafsir tapi hakikatnya kita fikir-fikirkan sendiri.Kemaafan itu sukar benar mahu diikhlaskan walaupun begitu mudah mahu dilafaz.Kerana ikhlas itu bukan mudah untuk kita rasai.
Sabda Rasulullah SAW:
"Ikhlas itu ibarat semut hitam berada di atas batu yang hitam dalam pekat malam"
Maka kita kena sentiasa berwaspada.Jika kemaafan yang tersarung ikhlas itu kita rasakan sukar benar untuk kita sarungkan dalam diri jagalah hati insan-insan di sekeliling kita kerana mungkin bila kita menyakiti seseorang bukan dia yang datang untuk menyakiti kita malah mungkin orang lain.Dan sesungguhnya jagalah hubungan kita denganNYA insyaAllah pasti bertemu dengan apa yang kita cari.
Bercinta tidak ada salahnya namun salurkan dengan betul.Kerana cinta pada hukum yang masih terlanggar akan digantungkan perhiasan nikmat sementara oleh syaitan laknatullah.Apabila kita menunaikan syariat masa itu jugalah dia menarik perhiasan tersebut dan boleh mencetuskan pelbagai perkara.Oleh itu tunaikanlah syariat terlebih dahulu agar nikmat yang kita harapkan berpanjangan insyaAllah.....
Akhir kalam pada coretan ini, alhamdulillah atas idea-idea yang Allah kurniakan.Moga segalanya diterima dengan baik dan insyaAllah boleh dijadikan panduan dan insyaAllah pahala buat diri yang hina lagi dhaif.Buat pengunjung semua terima kasih kerana terus bertamu.Kongsikan idea moga kekurangan boleh di perbaiki.Moga kita semua sentiasa dalam redhaNYA...amin.Moga dipanjangkan usia bertemu pada tulisan seterusnya.
Sirru 'ala barakatillah....Assalamualaikum wrh...

