Monday, September 14, 2009

Memori buku "Aku Terima Nikahnya"

Salam penghujung ramadhan,



24Ramadhan1430H

Pelbagai rasa mahu di coretkan sepanjang buku "Aku Terima Nikahnya" menjadi santapan mata dan minda.Buku tersebut saya mulakan pembacaannya pada hari sabtu dalam fasa ke dua ramadhan.Bukan tidak pernah mahu mendapatkannya namun keterbatasan masa untuk mencari di kedai-kedai buku amat terbatas.Memandangkan lagi buku tersebut susah untuk diperolehi walaupun sudah di ulang cetak beberapa kali.Alhamdulillah akhirnya buku tersebut dapat juga saya perolehi.Rezeki sudah tertulis untuk saya memperolehinya pada bulan mulia ramadhan.Malah bonus pula apabila memiliki buku keduanya iaitu "Bercinta Sampai Ke Syurga".

Saya kini sedang dalam proses membaca buku ke dua coretan ustaz yang terkenal dengan penulisn-penulisan beliau melalui blog.Saat pertama kali membelek lembaran muka surat pertama buku "Aku Terima Nikahnya", saya berada di dalam bas dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.Lucu ada, terkesima dan pelbagai rasa yang saya rasa saat saya memulakan bacaan.Insan yang duduk bersebelahan dengan saya tersenyum-senyum melihat saya.Saya tidak tahu kenapa.Mahu juga bertanya tapi isi buku yang sudah saya khatamkan di blog saifulislam.com itu lebih menarik rasa.Saya buat-buat tidak melihat senyuman sinis insan yang tidak di ketahui nama yang duduk bersebelahan dengan saya.

Tidak sampai lima minit menunggu bas memulakan perjalanan.Saya masih melayan rasa yang membuak-buak membaca umpama saya hilang dari perut bas dan berada di alam lain.Sekilas memandang insan yang tidak di ketahui nama di sebelah hanya senyuman yang saya hadiahkan.Dan akhirnya tanpa saya duga dia memulakan bicara menegur saya.

"Kamu minat membaca ya." Saya tidak tahu itu soalan atau hanya pemanis buka bicara.

Saya mengangguk.

"Dah dua kali saya duduk bersebelahan dengan kamu dalam bas, dan setiap kali itulah kamu akan membaca buku." Saya tertarik.Kuat sungguh ingatannya.

Saya menutup buku tersebut.

"Owh...perihatin sungguh kamu ya samapaikan boleh ingat semua itu." Dia tersenyum.

Lama membisu saya membuka buku semula.Saya ingatkan bicara tanpa perkenalan itu telah tamat.Namun tidak sampai lima minit dia membuka mulut semula.

"Kamu memang suka baca novel cinta ke? Apa yang kamu cari dalam novel cinta?" Dua pertanyaan.Saya tetap senyum.Bagi menghormatinya, saya menutup semula buku dan melayan soalannya.

"Kenapa saudari berkata begitu?"

"Ialah buku tu kan buku cerita cinta."Dia memuncungkan bibir ke buku di tangan saya.Saya masih tersenyum.

"Kenapa saudari kata buku ni buku cinta?"Saya bertanya lagi.

"Aku terima nikahnya, itukan lafaz akad nikah.Jadi buku tu memang buku cinta kan?"

Bijak sungguh.Itu tanggapan saya pada saudari tersebut.Tapi bijak yang saya maksudkan bukan pada meneka akan buku yang saya baca.ternyata dia sangat perihatin pada keadaan sekeliling sehinggakan buku yang saya baca di ketahui judulnya walhal setahu saya, saya tidak menunjukkan apa judul buku saya padanya.Mungkin kerana nikmat matanya yang belum kabur.

Mungkin tanggapan ramai orang ini buku cinta.Tapi pada saya ianya adalah buku motivasi.Kerana walaupun buku ini terbit hasil pengalaman penulisnya dalam cinta tapi yang lebih utama saya perolehi dari buku ini ialah unsur motivasi.Kerana perjalanan cinta penulis yang di kongsi dalam buku ini menjadikan kita lebih kenal apa itu cinta.

Dia nampak seperti tidak bersetuju.

"Lihatlah"Saya menghulurkan buku tersebut kepadanya.Selepas membaca di bahagia kulit belakang buku tersebut beliau tersenyum.

Kenapa? Itu pastinya persoalannya

"Maaf mungkin saya terlupa pepatah orang Inggeris "don't judge the book by it's cover".InsyaAllah saya akan memperolehinya.

Saya tersenyum penuh makna.Tidak menyangka memori sebegini akan terlakar hanya kerana sebuah buku dan berada di dalam bas.Sungguh bijaksana Allah mengaturnya.Tapi malangnya saya sungguh terlupa mahu bertanyakan nama saudari tersebut sehinggalah kami terpisah dengan senyuman apabila beliau turun ke destinasinya.Allahuakbar!

Moga ada pertemuan lagi bersamanya.

Dalam tiga hari ini saya mula membaca "Bercinta Sampai Ke Syurga", dan terfikir pulak saya mungkin ada yang bertanya apakah saya sudah berumahtangga atau mahu berumah tangga memandangkan ada label yang tertulis 'kemudi rumahtangga' di sisi kiri buku tersebut.:)..Sungguh memori itu indah walaupun hanya seketika dan di mana andai hati kita tenang melaluinya.

Subahanallah!!

Tuesday, September 8, 2009

Ragam Manusia, Tarbiah Buat Kebaikan Diri

Memerhatikan perilaku manusia di sekeliling kita yang pelbagai ragamnya adalah salah satu landasan untuk kita memperbaiki diri kita.Itu tanggapan saya kini.Dulu saya suka memandang manusia yang pelbagai ragam dengan pelbagai reaksi.Apabila saya memandang seorang ustazah, saya tertarik untuk menjadikan diri saya sekurang-kurangnya 1/4 daripada ustazah tersebut.Apabila saya terpandang orang yang berkelulusan saya juga mahu berjaya sepertinya.Jika manusia yang melanggar hukum agama menjadi tatapan mata saya adakalaya sedih dan adakalanya saya rasa seperti merendahkan orang sedemikian.Namun saya sedar semua itu kerana saya memndang mereka dengan mata kasar dan emosional.


Pandangan saya terhadap manusia yang beragama tapi tidak beramal dengan agamanya mula berubah apabila saya cuma memandang ragam manusia seperti ini dengan mata hati dan bertunjang keimanan.Mereka sebenarnya tidak bodoh tapi mereka membodohkan diri hanya kerana mahu merasai nikmat dunia dengan segala alternatif yang ada tanpa mengetahui akan impaknya.


Saat saya menulis entry ini, saya bertarung dengan linangan air mata memikirkan segala dosa-dosa saya selama ini.Benarlah nikmat hidayah Allah itu apabila menyusup dalam sanubari manusia keturunan Adam, sukar untuk di ungkap dengan kata-kata.Saya memikirkan tentang diri saya sambil saya memikirkan saudara-saudara,rakan-rakan dan umunya ummat islam yang masih jauh dari landasan agama.Hati saya robek membayangkan azab yang Allah janjikan buat insan-insan yang ingkar akan perintahnya.Jika saya merasakan hati saya robek, saya turut terbayangkan hati insan-insan yang bergelar ustaz dan ustazah yang pastinya sudah lama terkoyak robek dengan semua ini.


Benarlah apa yang kita lihat hanya ibarat debu yang berterbangan apabila kita melihatnya sahaja.Tapi apa yang kita lihat akan kita lihat hikmahnya apabila kita melihat dengan berlandaskan apa yang telah Allah gariskan.Itulah yang saya praktikkan dalam diri saya kini.Apabila melihat kebaikan di hadapan mata saya meletakkan diri saya pada si pembuat kebaikan itu dan begitulah sebaliknya dan saya merasakan ada sesuatu yang saya perolehi daripada dua situasi yang berbeza itu.


Jika penyakit yang melanda orang dewasa ialah penyakit lupa diri.berpesata umpakan dia kembali ke zaman remaja yang penuh kemanisan tanpa segan silu memeperlihatkan apa yang mereka miliki.Namun penyakit remaja kini lain pula kerana penyakit mereka adalah yang bernama Cinta.Saya tidak tahu mendefinisikan bagaimana kerana saya bukan pakar cinta.saya juga bukan ustazah tapi saya cuma melihatnya melaui kosep diri saya sendiri.Saya tidak pernah merasa erti cinta antara insan.Walaupun ada juga beberapa lelaki yang pernah mengetuk pintu hati suatu ketika dahulu tapi apa yang saya perolehi hanyalah rasa gunha dan resah.Berteraskan pesan nabi bahawa 'hati itu cenderung ke arah kebaikan dan resah kepada maksiat saya memohon diri dari insan tersebut agar tidak terus hanyut di bawa arus pujukan nafsu dan syaitan.Kini Alhamdulillah saya lebih merasa tenang dan saya harap insan itu juga merasakan sama walaupun agak sukar baginya menerima keputusan saya.Tapi saya tahu dia memahaminya dan memerlukan masa untuk menerima dan menyedari akan hikmah keputusan saya.



Saya berdoa moga teman-teman yang mengelilingi saya dalam melayari hidup dan kesempatan yang masih ada ini, akan turut sama merasai apa yang saya rasakan.Tahanlah diri kita untuk lebih merasai akan nikmatnya cinta yang lebih berhak.



Saya baru saja menamatkan bacaan buku Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, pemilik blog saifulislam.com yang bertajuk 'Aku Terima Nikahnya'.Walaupun semua yang tercatat dalam buku tersebut telah saya khatamkan beberapa kali di blog beliau, tapi membaca bukunya lebih membuatkan saya menerima apa yang diberi beliau melalui buku tersebut kerana artikelnya tersusun dengan mengikut apa yang mahu di sampaikan.Perasaan saya lebih tenteram kini atas sokongan artikel-artikel beliau yang menyampaikan apa yang sebenarnya bermain di benar remaja seperti saya.Terus terang saya semakin merasa kuat untuk memegang azam yang telah saya pasakkan dalam jiwa.Saya tidak menolok cinta tapi biarlah cinta yang kita genggam esok bukan cinta yang memporak perandakan perasaan tapi cinta yang lebih menenteramkan hati kita dan berteraskan cinta kepad DIA yang MAHA ESA.Dan insyaAllah buku kedua beliau, "Bercinta Sampai Ke Syurga" akan saya mulakan bacaan jika ada ruang waktu mengizinkan.Tidak ada apa yang ingin saya perolehi melainkan sedikit ilmu Allah yang di kongsikan insan yang bernama hamba agar dapat saya kongiskan kepada hamba-hambaNYA yang lain kerana saya tahu tidak semua sahabat-sahabat saya malah mungkin mereka semua bukan pembaca saifulislam.com.Oleh itu apa saja yang saya perolehi dari setiap coretan ustaz Hasrizal akan saya kongsikan pada teman-teman yang lain dalam versi pemahaman saya.Semoga ustaz mengizinkan saya yang dhoif ini.

Akhir coretan kedua di mulan mulia ini saya sentiasa mengharapkan moga apa yang saya rasakan ini bukan hanya melekat sementara pada hati.Dan saya sentiasa berdoa moga hidayah Allah akan terus utuh di hati ini dan semoga Allah memberi kekuatan untuk terus memeliharanya.Buat sekalian pembaca blog ini doakan agar kita semua sama-sama istiqomah dalam memlihara manisnya iman dan taqwa hanya pada Allah SWT.

Selamat melalui hari-hari akhir di bulan ramadhan.

Wednesday, September 2, 2009

ENGKAU SYURGA HIDUPKU

Melalui ramadhan yang sudah tamat fasa 10 awalnya yang di janjikan Allah rahmah memang amat mencabar.Banyak benar dugaan yang datang mengetuk kesabaran dan ketabahan agar bergocak menuruti nafsu yang dididik syaitan selama 11 bulan agar membawa ke ambang kemusnahan.Alhamdulillah Allah tidak membiarkan kita bersendirian mengharungi segalanya malah dengan itu semua Allah mendidik kita menjadi manusia yang lebih baik semasa ke semasa.Hari ini insyaAllah kita akan menghkiri hari kedua dalam 10 pertengahan yang menganugerahkan keampunan insyaAllah.

Hari ini cukup istimewa buat saya.Hari ini ibu melalui setahun lagi usianya meningkat dan bertambah.Bukan mahu membangga bukan mahu menanyang namun segala puji hanyalah milik Allah atas anugerah yang tidak terhingga menganugerahkan saya seorang ibu yang terbaik.Saya merasa amat bersyukur lahir dari rahimnya sebagai anak.Saya tahu setiap anak yang merasa punya ibu pasti merasai apa yang rasai.Namun pastinya rasa yang tercorak dengan corak yang tersendiri.Apa pun berbanggalah kerana kita anak yang dilahirkan oleh insan yang bergelar ibu.Hargailah beliau selagi beliau masih bernafas dan masih bisa membelaimu, kerana engkau akan merasa sangat kehilangan apabila ia telah pergi buat selamanya.

Buat bondaku, Munah Binti Tahir maafkan anaknda kerana terlalu banyak melukai hatimu.anaknda sungguh anak yang terlalu banyak mengabaikanmu apabila anaknda sudah mengenal dunia luar.Masa anaknda terlalu banyak yang di luangkan pada tuntutan duniawi.masa buatbu benar-benar satu yang amat sukar.Maafkan aku bonda.Selaku anak aku terlalu banyak melakukan kesilapan padamu.Hanya Allah yang tahu betapa banyaknya anaknda meninggalkan bonda dalam menjaring sepi sendiri salam memenuhi tuntutan diri anaknda semata.

Entah mengapoa hati ini benar-benar di rundung sepi dan kosong apabila memikirkan semua itu.Terlalu banyak benar dosa yang bertepu di dalam diri ini pada bonda yang berjasa mewujudkan aku di dunia.Ya Allah, ampunilah segala dosaku pada ibu.Dan buat pertama kalinya hari ini rasanya apabila tangan ini di angkat menadah pada ilahi, menyebut lafaz doa yang sering di lafaz merasa benar doa itu meresap dalam sanubari.Mungkin selama ini hanya lafaz sahaja yang terkeluar namun penghayatan itu tidak ada.Malah doa itu tidak meninggalkan kesan.Namun hari ini doa itu benar benar meruntun sanubari.

"Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku dan ampunilah juga dosa kedua ibu
bapaku, dan kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihiku sejak aku
kecil"

Ibu maafkan anaknda.....andai ada tercalit kelukaan di hatimu kerana perbuatan anaknda, andai ada luka di htimu kerana kekasaran bahasa anaknda dan andai ada sepi di hatimu akibat pemergian anaknda sungguh anaknda memohan ampun dan maaf.Ankanda insan kerdil lagi hina, dhoif dan alpa ada kalanya.Sungguh ibu, aku terlalu menyayangimu.
"selamat ulang tahun kelahiran ibu"