Monday, May 25, 2009

Terlalu Banyak Yang Mengundang Tawa

Serentak dalam bualan ini 3 berita kematian yang saya terima 3 minggu berturut-turut.Sungguh ianya sangat memilukan kerana insan-insan yang pergi adalah insan terdekat.Namun Allah itu MAHA mengetahui akan segalanya.Berfikiran positif pada khabar duka itu adalah hamparan muhasabah yang indah darinya.Mungkin selama ini diri yang dhoif ini terlalu banyak ghofla dan logha' nya.Terima kasih ya Allah menghantarkan diriku sentiasa dekat pada ingatan mati kerana sesungguhnya tidak pernah aku terlupakan akan firmanmu:

" Dan Sebaik-baik peringatan itu adalah dengan mengingati Mati"

Menyingkap kembali tabir kehidupan silam yang penuh dengan pelbagai ragam yang alpa ada, yang logha ada, yang ghofla ada, malah yang mungkar juga pastinya ada pada insan biasa yang kerdil lagi hina.Astagfirullah Al-azim.Maha suci bagi Allah yang mengurniakan keampunan buat hamba-hambanya.Semalam yang berlalu ia pergi meninggalkan kita.Andai ada kenangan manis jadikanlah ia sandaran untuk kita sentiasa mempernaiki diri.Jika terselit parut luka dan duka dosa maka jadikan ia iktibar untuk terus memperbaiki diri kita yang bertaraf hamba di sisiNYA.Lalui hari ini yang masih di berikan oleh Allah dengan sebaik mungkin agar kita perbaharui hajat dan niat kita sebaik yang mungkin.Perbanyakkan muhasabah agar kita sedar akan hakitat sebenara yang usia kita mungkin setakat hari ini sahaja.

Coretan ini sebenaranya saya tujukan khas buat diri yang pasti ada melakukan dosa, juga buat semua yang membaca coretan ini.Moga ada kebaikan yang bakal kita kongsikan bersama atas izin Allah Subahana Wa Ta'ala.Amen.

Meihat pada fenomena kemodenan hari ini hati kita umpama barangan berharga yang menjadi rebutan dunia.Mahu membawa kita jauh dari hakikat kehadiran kita.Dunia benar-benar bisa menggadai diri kita menjadi pencinta dunia hingga melupakan cinta sebanar kita pada DIA yang menciptakan cinta.Dunia hari ini ukan sedikit godaannya.Usah lihat pada skop yang besar lautan tebaran dunia tapi lihat sahajalah rancangan TV yang bermacam-macam adanya dan di adakan.Jika rancangan itu bisa di definisikan sebagai makanan pastinya saya samakan ia sebagai makanan yang tidak seimbang sehingga mengundang pelbagai penyakit.Begitulah juga rancangan TV yang ibarat "Cendawan tumbuh selepas hujan" ketika ini.Ianya turut membawa barah penyakit kepada hati-hati manusia yang lahirnya suci bersih.

Menyaksikan secara spontan rancangan melodi petang semalam satu lagi rancangan berentuk hiburan bakal di siarkan ia itu 'Oh lala..'yang saya sendiri tidak pasti apa kebaikan daripada program realiti sedemikian.Apa yang saya tahu program ini hanya membuang masa, wang ringgit dan yang pasti menyedihkan mengikis ingatan kita kepada mati.Akedemi Fantasia musim ke-7 yang bertemakan transformasi kononnya baru sahaja berakhir.Juaranya menangis menerima hadiah yang di pertaruhkan membawa peminat setianya menyingkap kembali nostalgia 'mawi' empat tahun yang lalu.Tangisan yang sungguh-sungguh pada sebuah kemangangn yang mengalpakan kita pada DIA.Tamat AF kembali pulak rancangan 'jangan lupa lirik'.Saya hanya tersenyum pada program itu.Apa motifnya sama sahaja dengan AF namun bezanya mehu menjadikam manusia jutawan.Tapi malangnya jutawan yang menggadaikan maruah diri yang tinggi pada asalanya.Mengapa tidak? Jika yang wanitanya bergelek, bertepuk tampar, berpentas menayangkan tubuh badan dan yang sedihnya apabila ianya turut di tonton oleh yang keluarga tersayang.Saya menkonklusikan seperti ini sahaja jika suatu hari nanti ahli keluarga kita akan menghantar kita ke dalam liang lahad tapi pada awalnya kita telah di hantar ke neraka Allah.Na'uzubillah min zalik...

Lagi yang terbaru, rancangan anak wayang akan di tayangkan Jun akan datang.Sungguh tidak putus-putus rancangan yang membuatkan sang syaitan itu berpesta di hasilkan.Tidak cukup dengan program mee segera yang mengorbankan duit-duit hamba Allah yang jahil di tamabah lagi dengan kehadiran drama-drama dan wayang-wayang yang menambah perencah barah iman.Sungguh yang malang sekali kebanyakan rancangan sebegini terhasil dari tangan-tangan dan otak-otak manusia yang memegang status Islam.

Hari ini apabila kita di gemparkan dengan kes pembunuhan, kes-kes rogol, anak-anak remaja yang menjadi bohsia,bohjan, mat rempit, minah rempit, siapa yang di tunding menjadi sasaran penyebab? Sana-sini yang bersalah.Tapi malangnya tidak ada yang mengatakan yang dirinyalah yang bersalah.Apa yang di nyatakan "kami hanya buat filem yang dorang nak ikut apa pasal" kasar bunyinya.Tapi entah jawapan itu bakal di dengar oleh Allah atau tidak di akhirat nanti.Wallau a'alam.

Kesimpulannya dunia kita yang sudah berada pada akhir zaman ini terlalu banyak yang mengundang tawa kita tapi amat kurang malah jarang-jarang ada yang mengundang tangis dalam memperingati diri kita pada yang namanya "MATI".

Maka dengan itu, dengan ilmu yang sedikit, dengan dosa yang ada, dengan kesedaran yang Allah masih kurniakan ayuh kita hayun langkah berbekal ingatan 'mati itu pasti' untuk memperbaiki diri kembali kepada fitrah kejadian kita yang selamanya hanyalah seorang hamba yang mengabdikan diri kepadaNYA selagi ada sisa-sisa hayat yang tersimpan.

"Bismillarirrahmanirahim...rabbana la tuzik'kulubana ba'da izhadaitana wahablana min ladunka rahmatan innaka antal wahhab"
Amin ya Allah.....Amin ya Rahman...Amin ya Rahim...Amin ya Rabbal Alamin.

Tuesday, May 19, 2009

Terima Kasih Guru

Puisi ini ku titipkan Khas buat guru-guru yang pernah berbakti mengajarku ilmu hayat
- Cikgu Saiya(guru Darjah 1)
- Cikgu Jaafar, Cikgu Ngaidah, Ustazah Syamsiah(Guru sekolah rendah)
- Cikgu Noraini,Ustaz Marwan, Cikgu Sainis, Cikgu Jaya, Cikgu Masri,Teacher Asmi, Ustaz Bakhri,(Guru Sekolah Menengah)
- Cikgu Hisham(Guru yang melatihku menjadi naib juara pidato)
& Buat semua guru S.K.Banjar Keningau,SK Rancha-Rancha dan SMK Labuan.

Ucapan ini juga saya titipkan khas buat kakak tercinta
-Cikgu Samsiah

Dan teristimewa buat guru yang mengajarkan ku ilmu mengenal Allah sehinnga hari ini
- Ustazah Hjh.Noordianah Hj.Alwi
- Ustazah Solehah Hj.Alwi



"Selamat Hari Guru"

Saturday, May 16, 2009

Kecil Menjadi Kawan Besar menjadi Lawan

Itulah peribahas buat api.Benar sungguh apabila kecil menjadi kawan pada manusia.Menjadi pelita penyuluh kegelapan namun apabila ianya membesar mampu membinasakan apa sahaja sekelip mata.Inilah rentetan apa yang berlaku pada penduduk Kg.Muslim W.P.Labuan 14 Mei lalu apabila dalam masa hampir 3 jam sahaja api yang marak memusnahkan beratus-ratus buah rumah mengakibatkan hampir 3000 penduduk kehilangan harta benda dan tempat tinggal.Apa pun di doakan buat semua yang menjadi mangsa menerima musibah ini dengan hati yang terbuka.Pasti ada hikmah yang Allah janjikan untuk semua yang berlaku.
















Bersama kita hayati firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran [ayat:140]

"Dan demikianlah sehari-hari dipergilirkan kegembiraan dan kesedihan agar manusia mengambil pengajran"

Tuesday, May 12, 2009

Lambat Atau Cepat Kebenaran Pasti Mengatasi Kebatilan

Bismillahirahmanirrahim...
Alhamdulillah...segala puja dan puji hanya milik Allah SWT.Selawat dan salam buat Rasul junjungan Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat juga buat sekalian yang berjuang atas nama Islam.

Pelbagai rencam kehidupan melanda.Kesedihan menerima berita kematian abang sepupu belum lagi surut sepenuhnya, satu lagi berita kematian bekas jiran yang kelangan jalan raya sabtu
lalu.Allahu Akbar.Sungguh benar firman Allah SWT

" Dan demikianlah sehari-hari Allah pergilirkan kegembiraan dan kesedihan agar manusia mengambil pengajaran darinya"[surah Ali-Imran:140]

Kegetiran dalam kehidupan di hantar kepada manusia sebagai muhasabah untuk terus menilai duduk letakknya diri kita yang hina ini di sisi Allah Subahanahu Wa Ta'ala.Menilai kekuatan menghadapi setiap khabar duka sebagai ujian yang di tempuhi bersandarkan Iman dan aqal waras pasti ada hikmah yang menanti.Maka khabar duka Allah ganjarkan dengan khabar gembira kemenangan Dato' Ir. Nizar Jamaludin yang sah sebagai menteri besar Perak.

Sungguh benar, terang lagi nyata Allah itu memberi kesedihan sebagai ujian dan kemenangan sebagai ganjaran juga ujian yang terbesar dalam kehidupan.Maka ayuh kita hayun langkah untuk terus berdiri di bawah panji bulan purnama melaungkan Takbir atas setiap titis nikmat yang Allah kurniakan agar kita akan terus menadah tangan meminta hanya padaNya, berdoa hanya padanya dan sujud juga hanya padanya pada tiap-tiap kesedihan dan kegembiraan.

Tahniah Dato' Ir. Nizar Jamaludin.

Monday, May 11, 2009

Ibu Kasihmu Hingga Ke Syurga

Ibu,
Tanggal 10Mei 2009
Sekali lagi hari ibu disambut penduduk dunia
Aku tidak pasti
Apakah ia satu kewajipan
Namun pada aqal dan kewarasan
Pada aku hari ibu itu bukan sahaja hari ini
Bukan tahu hadapan
Bukan setiap tahun
Tapi pada aku hari ibu
Adalah pada tiap-tiap hariku bersamamu disisi

Ibu,
Jasamu tidak mungkin mampu ku bayar
Walau kuberikan selautan emas
Sedaratan permata
Setinggi gunung wang ringgit
Namun nilai kasihmu tidak terbayar

Ibu,
Jasamu membesarkanku
Adalah hamparan kasih syurga dariNYA
Engkau adalah permata hatiku
Engkau adakah nadi kehidupanku

Ibu,
Ajal dan maut
Kententuan Tuhan,
Andai Aku pergi dulu sebelummu
Ketahuilah ibu
Akan kubawa kasih sayangmu hingga bertemu kembali
Di SyurgaNYA
InsyaAllah....

Saturday, May 9, 2009

Mati Itu Pasti

Bismillahirahmanirrahim....

Alhamdulillahirabbilalamin.Syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat iman dan islam dalam kehidupanku.Syukur juga yang tidak terhingga atas kurniaan umur yang masih ada sehingga hari ini.Selawat dan salam buat junjungan Nabi SAW, keluarga baginda dan buat sekalian pejuang-pejuang Islam.Selamat berusaha bersama memajukan diri bersama Islam.

Bulan Mei datang menghantar khabar duka di awalnya apabila Jumaat lalu menerima khabar kematian abang sepupu yang di tahan 2 malam di wad ICU akibat tekanan darah tinggi.Maha suci bagi Allah yang menyembunyikan ajal tiap-tiap manusia.Datangnya kesakitan, kemalangan mahupun dalam keadaan apa sekalipun maut itu yang pastinya hanya sebagai asbab kerana hidup dan mati seorang anak adam itu telah tertulis sejak azali lagi.Firman Allah SWT dalam Al-Quran Karim:

"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan."[surah al-'a'raf :34]


Segala puja dan puji hanyalah milik Allah SWT.DIA yang menghidupkan DIA juga yang berkuasa mematikan.Sungguh usiA dunia itu tidak panjang dan beruntunglan bagi manusia yang hidup dengan menyempurnakan kehidupan sebagai manusia di samping memenuhi keduniaan dengan sebaik yang mungkin.Manusia diciptakan Allah bagi meyempurnakan tugas sebagai khalifah bumi yang mengabdikan diri padaNYA.Namun dunia adakalanya benar-benar menguji ketaatan hamba.

Mati.Hanya mengandungi empat huruf satu perkataan yang amat di takuti oleh sesiapa sahaja yang hidup.Namun pasti akan di rasai pada tiap-tiap jasad yang bernyawa.Nyata malah jelas sifat Al-Adil Allah.Mengungkap perkataan itu mudah malah menyempurnakan tanggungjawab kita pada keadaan itu juga insyaAllah boleh tapi yang malangnya mengambil iktibar pada mati itu jarang sekali kita terapkan dalam diri.Kematian adalah penamat riwayat hidup seorang hamba.

Fikir-fikirkanlah kita semua bersama.Hari ini kita mungkin mengebumikan jenazah saudara kita kedalam liang lahad dengan sempurna.Tamatlah satu perjalanannya dan akan menepuhi dua lagi pejalanan iaitu alam barzakh dan akan menuju ke medan masyar.Bagaimana dengan kita yang masih hidup? Muhasabahlah diri kita bersama sekerap yang mungkin.Sungguh mati itu amat pedih dan alam barzakh itu amat menakutkan.Namun Allah itu maha pengampun dan akan menepati janjinya.Setiap hamba diberi balasan setimpal dengan amalannya.Maka jika mahu melalui saat hidup yang indah, melalui sakaratul maut yang tidak menyakitkan, menanti di barzakh dengan senyuman dan akan berada di medan masyar dengan cahaya dan senyuman untuk bertemu Allah SWT maka perdekatkanlah diri kita kepadaNYA.Jadikanlah diri kita hamba yang taat kepadaNYA dan kepada RasulNYA.

Ya Allah, andai Engkau mengambil nyawaku hari ini ambillah dalam keadaan aku beriman kepadaMu.Amen