Alhamdulillahirabbilalamin.Syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat iman dan islam dalam kehidupanku.Syukur juga yang tidak terhingga atas kurniaan umur yang masih ada sehingga hari ini.Selawat dan salam buat junjungan Nabi SAW, keluarga baginda dan buat sekalian pejuang-pejuang Islam.Selamat berusaha bersama memajukan diri bersama Islam.
Bulan Mei datang menghantar khabar duka di awalnya apabila Jumaat lalu menerima khabar kematian abang sepupu yang di tahan 2 malam di wad ICU akibat tekanan darah tinggi.Maha suci bagi Allah yang menyembunyikan ajal tiap-tiap manusia.Datangnya kesakitan, kemalangan mahupun dalam keadaan apa sekalipun maut itu yang pastinya hanya sebagai asbab kerana hidup dan mati seorang anak adam itu telah tertulis sejak azali lagi.Firman Allah SWT dalam Al-Quran Karim:
"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan."[surah al-'a'raf :34]
Segala puja dan puji hanyalah milik Allah SWT.DIA yang menghidupkan DIA juga yang berkuasa mematikan.Sungguh usiA dunia itu tidak panjang dan beruntunglan bagi manusia yang hidup dengan menyempurnakan kehidupan sebagai manusia di samping memenuhi keduniaan dengan sebaik yang mungkin.Manusia diciptakan Allah bagi meyempurnakan tugas sebagai khalifah bumi yang mengabdikan diri padaNYA.Namun dunia adakalanya benar-benar menguji ketaatan hamba.
Mati.Hanya mengandungi empat huruf satu perkataan yang amat di takuti oleh sesiapa sahaja yang hidup.Namun pasti akan di rasai pada tiap-tiap jasad yang bernyawa.Nyata malah jelas sifat Al-Adil Allah.Mengungkap perkataan itu mudah malah menyempurnakan tanggungjawab kita pada keadaan itu juga insyaAllah boleh tapi yang malangnya mengambil iktibar pada mati itu jarang sekali kita terapkan dalam diri.Kematian adalah penamat riwayat hidup seorang hamba.
Fikir-fikirkanlah kita semua bersama.Hari ini kita mungkin mengebumikan jenazah saudara kita kedalam liang lahad dengan sempurna.Tamatlah satu perjalanannya dan akan menepuhi dua lagi pejalanan iaitu alam barzakh dan akan menuju ke medan masyar.Bagaimana dengan kita yang masih hidup? Muhasabahlah diri kita bersama sekerap yang mungkin.Sungguh mati itu amat pedih dan alam barzakh itu amat menakutkan.Namun Allah itu maha pengampun dan akan menepati janjinya.Setiap hamba diberi balasan setimpal dengan amalannya.Maka jika mahu melalui saat hidup yang indah, melalui sakaratul maut yang tidak menyakitkan, menanti di barzakh dengan senyuman dan akan berada di medan masyar dengan cahaya dan senyuman untuk bertemu Allah SWT maka perdekatkanlah diri kita kepadaNYA.Jadikanlah diri kita hamba yang taat kepadaNYA dan kepada RasulNYA.
Ya Allah, andai Engkau mengambil nyawaku hari ini ambillah dalam keadaan aku beriman kepadaMu.Amen


No comments:
Post a Comment