Saturday, February 13, 2010

Bukan Mencabar Tapi Perhalusi

Bercakap dan berbual memang ada benda yang nak di sampaikan.Sebab itulah kadang-kadang orang yang bermasalah ni di sarankan untuk berkongsi dan bercakap dengan seseorang.Walaupun adakalanya berkongsi tidak menyelesaikan masalah tapi insyaAllah ada jalan keluar yang di tunjukkan oleh DIA yang Maha Esa.Benar sekali.Menulis entry ini hanya sebagai penyuntik semangat yang baru saja terjana asbab bercakap dengan seorang teman.Terima kasih sahabat atas cetusan idea yang di kongsi bersama.

Hampir setahun melalui menjadi sebahagian daripada muslimat.Masalah yang selalu timbul pastinya kurang kehadiran muslimat pada setiap agenda-agenda yang terancang terutamanya usrah.Usrah adalah tunjang tarbiah.Selogan selalu sahaja di terima dari mana-mana sahabat.Tapi malangnya perjalanan usrah yang agak lembab dengan masalah-masalah berbangkit sering memundurkan kuantiti dan boleh merobek kualiti.Maka mencuba dan terus mencuba memahami kedudukan dan status yang mungkin berbeza mencari titik persamaan namun malangnya yang banyak timbul adalah masalah bukan jalan keluar.

Bercakap dengan seorang teman melalui YM baru tadi mendapat satu suntikan yang rasanya mungkin jalan yang Allah beri untuk merawat penyakit berjangkit yang virusnya menular sehari demi sehari.'guna pendekatan yang sangat halus bukan mencabar'.Itu tulisannya.Ya benar itulah sebenarnya yang di perlukan dalam mencari titik-titik persamaan agar rantai ukhuwah yang terbina terus tersambung bukan tecerai dari tali ikatan simpul agar perjuangan dapat di teruskan.Contoh banyak di depan mata.Malah sirah perjuangan Nabi SAW juga secara halus.Ya Allah, lemahnya diri yang sering terkhilaf dalam percaturan merapatkan titik-titik yang membina satu ikatan untuk meneruskan perjuangan Rasul junjungan.

Tidak tahu di mana harus bermula.Mungkin ruang yang ada terlalu sempit namun bila di lihat dari mata kasar tahu kenapa keadaan itu timbul.Tapi siapa yang mahu membantu mengisi cawan-cawan kosong agar terus terisi dengan udara nyaman bukannya udara yang tidak sihat.Pada Allah juga di panjatkan hajat kerana hanya dia yang Maha Mengetahui.Seruan semangat selalu ada.Hingga adakalanya diri juga terasa lemah pada semua alasan dan adakalanya tertanya-tanya, dirikah yang tidak memahami? atau mereka yang tidak memahami? ataupun masing-masing tidak nampak erti perjuangan? atau masing-masing tidak mendapat intipati dari setiap apa yang di lalui bersama? Banyak sungguh persoalan.Sampai bila harus seperti ini? masih tidak ditemui jawapan.Masih soalan yang berulang.Bermadah sini sana yang adakalanya diri juga turut down tapi suntikan demi suntikan vaksin merawat kelumpuhan semangat juga yang sering di terap dengan sendirinya agar tidak turut lemah.Kerana jika semua lemah siapa lagi yang mahu kehadapan?

Bicara dan terus berbicara siapa yang mahu mendengar? Jika ada sekalipun hanya mendengar dan turut sama mengeluh.Jadi di mana harus di mulakan? Pintalah hanya kepadaNya.Moga kelonggaran yang wujud akan terus di rapatkan moga perjuangan tidak pernah hanya mengutamakan Hablumminallah dan melupakan Hablumminannas.Tapi biaralah kedua-duanya seiring bersama kerana konklusi pada segalanya sudah lama tertulis cuma kita yang adakalanya terlepas pandang.Di mana letakknya? Tidak lain dan tidak bukan pada Qalam Allah SWT.

Bukan mudah tapi tidak seperit perjuangan Rasulullah SAW.Maka jangan banyak mencari di mana silap, di mana yang tidak kena, apa masalah, apa hal, kenapa, tapi banyaklah mengkoreksi diri, bermuhasabah, berdoa dan meminta, mengharap dan mencari jalan.Merealisasikan segalanya jangan takut pada jawapan tapi carilah pada jalan penyelesaian.Berjaya atau tidak bukan di tangan kita tapi ketentuan yang Empunya dunia.Berjaya atau tidak bukan permasalahan tapi baik buruk itulah yang terbaik buat kita dariNYA.Jadilah hamba yang banyak bersyukur bukan mempersoal.

Bahtera telah belayar walaupun perlahan.Adakalanya angin sepoi bahasa, adakalanya angin kuat menghempas ingin memusnahkan namun kita harus terus bertahan kerana kita memilih jalan yang di bina oleh Rasul SAW.

Thursday, February 11, 2010

Musafir Singkat Yang Bermakna

Singkat sungguh rasanya masa minggu ini.Tanpa di sedar masa berlalu terlalu pantas.Hari ini sudah masuk hari yang ke-4 untuk minggu ke-7 untuk tahun 2010.Lenguh rasanya tulang-tulang masih tidak di sembuhkan atas masa yang terasa sangat suntuk minggu-minggu sebelumnya.Namun apabila usaha berbayar dengan penyelesaian itulah balasan nikmat yang tidak terhingga.

Hujung minggu lalu peluang bercuti menghadirkan diri ke Bengkel Organisasi Nisa' Sabah walaupun amat singkat namun hakikatnya perolehan dari sana sungguh istimewa.Tidak tahu dari sudut mana istimewanya namun yang pasti itulah perolehan ukhuwahfillah.Nikmat paling manis antara hikmah hidup terikat dalam satu aqidah yang sama.Ditemani oleh dua orang adik yang salah seorangnya adalah insan yang berjasa membawaku ke lorong perjuangan yang telah lama di rindui ini walaupun amat singkat namun peluang inilah digunakan 'menterburaikan' segala yang terbuku di hati sekian lama.Terima kasih adindaku Mahira dan Hasni kerana sudi berkongsi cerita dengan akak.

Taklifan yang diterima sebagai penaung dengan pengalaman yang amat pastinya belum ada dan ilmu yang sungguh-sungguh terhad membuatkan adakalanya diri tertanya-tanya apakah diri mampu memikul amanah yang sangat besar ini? Namun janji insan-insan hebat yang sentiasa bergerak bersama insyaAllah menyuntik semangat yang walaupun adakalanya turun dan naik.Namun adakalanya diri menginsafi segala rasa kerana sering terkhilaf pergantungan.Terlalu banyak bergantung kepada manusia sedangkan pergantungan yang lebih baik adalah hanya pada DIA yang maha pengasih lagi maha penyayang.Astagfirullah al-azim....

Perjalanan kami bermula dengan feri yang membawa kenderaan menyeberangi laut untuk sampai ke bumi Menumbuk.Melihat wajah-wajah adik-adik tidak tahu mahu memulakan perbualan.Diri tidaklah terlalu pendiam tapi agaknya masih tidak terasa berbulu untuk bercakap dengan adik-adik.[maaf adindaku berdua kakak kamu ni memang bercakap kena cari mood...:)].Kami kemudian meneruskan perjalanan ke KK pada hampir ke pukul 4.00petang.yang melucukan rakan yang duduk di sebelah hampir di tinggalkan oleh pemandu bas.[Tak sistematik langsung bas ni.Dahlah dengan nombor flat yang tertera di tiket berbeza, sampaikan penumpang pun tidak di ketahui ada yang sudah menaiki bas ke belum...huhu]**Sudah jangan banyak merungut...heheh..

Kami tiba di bandaraya KK hampir masuk waktu magrib.Terus menaiki kereta suami kak Nani yang rasanya sudah lama menanti.Kami terus bergegas ke sebuah surau untuk menunaikan solat.Meneruskan perjalanan dengan tiada sekali perbualan.Hanya celoteh dua orang adik yang adakalanya saya tersenyum sendiri mendengar cerita mereka.[agaknya begitulah rutin mereka sebagai student.]Kemudian berhenti lagi menunaikan solat fardhu Isyak.[saya jak pun yang pergi.adik berdua tu dah jamak tadi.Bukan tak mahu jamak tapi ingatkan pasti akan berhenti juga nanti].Berjumpa dengan dua jemaah muslimah di situ.Sempat juga memperkenalkan diri.Terpacul soalan yang memang selalu menghiasi gegendang telinga.'Guru ke?' seperti biasa senyuman dan gelengan yang di beri sebagai jawapan.Selesai solat isyak barulah kami bertolah meneruskan perjalanan ke rumah Kak Asniaty di mana kami akan menginap di sana.Kami tiba dalam jam 8 lebih.Dijemput oleh kak Asniay.Tiba di bilik yang di sediakan barulah rasa selesa mehinglangkan lenguh-lenguh tulang.Macam tak percaya je dari Menumbuk lalu Papar nak ke KK, sampai KK ke Papar Semula.Rasa bermusafir sungguh...:) Kami menjamu selera hampir tengah malam.Nasi Ayam CP[kalau tak silap la] yang di tapaukan oleh Suami Kak Nani.Makan ala kadar saja.selera dah mati walaupun adik-adik berselera. Teringat kata Hasni "Kami jam beginilah baru makan kak" itulah kehidupan student.

Mata terlelap bila waktu sudah mencecah 12 malam.Hampir semua waktu kami gunakan untuk berkongsi cerita.Banyak yang kami bualkan.Mengenai perjuangan,usrah,masalah-masalah muslimat,dan termasukalah budaya bangsa yang memang kaya.Kebetulan adik berdua tu pun sebangsa.[Pandai Mahira pilih].Maka terburailah segalanya.

Kami bertolah 8.30pagi esoknya ke tempat bangkel bermula dengan di hantar suami kak Nani.Barulah bersua muka dengan kak Nani.Guru muda yang manis.Melihat wajahnya teringat seorang makcik.Kami tiba sejam lebih selepas itu.Tak tahu di mana tapi yang ingatnya rumah pengerusi Nisa' KK, kak Su.Lebih Kurang dalam jam 11.30pagi barulah bangkel bermula di sampaikan oleh setiausaha Nisa' Sabah, kak Fatmawaty Yosoff.Membentang halatuju Nisa' Sabah.Kemudian di ikuti dengan pembentangan Konsert Aura Ungu Yang bakal berlangsung.Bangkel tamat lebih kurang jam 1 petang.Kami berpisah di rumah kak Su.Kami bertolak ke nurssery dan rombongan lain ke Kudat untuk Nisa' Games Kudat.[Maaf pada team nisa' yang lain tak sempat nak ta'aruf.]

Petangnya kami bertiga berkesempatan berjalan meronda Center Point dengan teksi.[Ada kereta tapi tak berani nak drive..buat malu je ada lesen..hehe] Hampir magrib juga barulah kami pulang.Tak ada apa pun yang di beli hanya buku kecil yang memuatkan beberapa surah dan santapan makan malam.Malam kedua bersama, menyambung lagi perbualan dengan pelbagai topik.Bayaklah yang terluah tapi terawat atau tidak selepas ini hanya Allah saja yang tahu.Namun besar harapan moga setiap masalah yang di kongsi bersama yang selama ini hanya tersimpan dan bernanah akan ada penyelesaiannya...insyaAllah.

Kami bertolah balik, esoknya dengan bus 1 Borneo.Menyempatkan pagi dengan segelas milo ice.Tiba awal di Menumbuk dan juga di Labuan.memang tak dapat melelapkan mata.entah mengapa.Di kepala bersarang pelbagai benda termasuk dengan kerja-kerja yang perlu di uruskan di pejabat esoknya.

Apa yang pasti perjalanan walaupun hanya memakan masa selama tiga hari namun sesuatu yang di rasa dan di alami hanya mampu di rasai dengan hati.semua dengan rasa sukar di ungkap.Namun yang nyata dan pasti rindu menghentak dada terlalu kuat melambai pada sebuah pertemuan lagi.

***[Syukur Alhamdulillah atas kesempatan dan kudrat yang Allah berikan hingga kaki terjejak bumi bawah bayu lagi.Terima kasih pada kak Nani sekeluarga atas bantuan dari segi transport dan makan malam pertama kami.Terima kasih kak Asniaty(kakak ke?...x pasti) kerana menumpangkan kami semalaman.Terima kasih team Nisa' Sabah & team Nisa' Pantai Barat Sabah atas sebuah pertemuan yang singkat.Terima kasih buat adinda Mahira dan Hasni yang sudi menemani.]