Saturday, February 13, 2010

Bukan Mencabar Tapi Perhalusi

Bercakap dan berbual memang ada benda yang nak di sampaikan.Sebab itulah kadang-kadang orang yang bermasalah ni di sarankan untuk berkongsi dan bercakap dengan seseorang.Walaupun adakalanya berkongsi tidak menyelesaikan masalah tapi insyaAllah ada jalan keluar yang di tunjukkan oleh DIA yang Maha Esa.Benar sekali.Menulis entry ini hanya sebagai penyuntik semangat yang baru saja terjana asbab bercakap dengan seorang teman.Terima kasih sahabat atas cetusan idea yang di kongsi bersama.

Hampir setahun melalui menjadi sebahagian daripada muslimat.Masalah yang selalu timbul pastinya kurang kehadiran muslimat pada setiap agenda-agenda yang terancang terutamanya usrah.Usrah adalah tunjang tarbiah.Selogan selalu sahaja di terima dari mana-mana sahabat.Tapi malangnya perjalanan usrah yang agak lembab dengan masalah-masalah berbangkit sering memundurkan kuantiti dan boleh merobek kualiti.Maka mencuba dan terus mencuba memahami kedudukan dan status yang mungkin berbeza mencari titik persamaan namun malangnya yang banyak timbul adalah masalah bukan jalan keluar.

Bercakap dengan seorang teman melalui YM baru tadi mendapat satu suntikan yang rasanya mungkin jalan yang Allah beri untuk merawat penyakit berjangkit yang virusnya menular sehari demi sehari.'guna pendekatan yang sangat halus bukan mencabar'.Itu tulisannya.Ya benar itulah sebenarnya yang di perlukan dalam mencari titik-titik persamaan agar rantai ukhuwah yang terbina terus tersambung bukan tecerai dari tali ikatan simpul agar perjuangan dapat di teruskan.Contoh banyak di depan mata.Malah sirah perjuangan Nabi SAW juga secara halus.Ya Allah, lemahnya diri yang sering terkhilaf dalam percaturan merapatkan titik-titik yang membina satu ikatan untuk meneruskan perjuangan Rasul junjungan.

Tidak tahu di mana harus bermula.Mungkin ruang yang ada terlalu sempit namun bila di lihat dari mata kasar tahu kenapa keadaan itu timbul.Tapi siapa yang mahu membantu mengisi cawan-cawan kosong agar terus terisi dengan udara nyaman bukannya udara yang tidak sihat.Pada Allah juga di panjatkan hajat kerana hanya dia yang Maha Mengetahui.Seruan semangat selalu ada.Hingga adakalanya diri juga terasa lemah pada semua alasan dan adakalanya tertanya-tanya, dirikah yang tidak memahami? atau mereka yang tidak memahami? ataupun masing-masing tidak nampak erti perjuangan? atau masing-masing tidak mendapat intipati dari setiap apa yang di lalui bersama? Banyak sungguh persoalan.Sampai bila harus seperti ini? masih tidak ditemui jawapan.Masih soalan yang berulang.Bermadah sini sana yang adakalanya diri juga turut down tapi suntikan demi suntikan vaksin merawat kelumpuhan semangat juga yang sering di terap dengan sendirinya agar tidak turut lemah.Kerana jika semua lemah siapa lagi yang mahu kehadapan?

Bicara dan terus berbicara siapa yang mahu mendengar? Jika ada sekalipun hanya mendengar dan turut sama mengeluh.Jadi di mana harus di mulakan? Pintalah hanya kepadaNya.Moga kelonggaran yang wujud akan terus di rapatkan moga perjuangan tidak pernah hanya mengutamakan Hablumminallah dan melupakan Hablumminannas.Tapi biaralah kedua-duanya seiring bersama kerana konklusi pada segalanya sudah lama tertulis cuma kita yang adakalanya terlepas pandang.Di mana letakknya? Tidak lain dan tidak bukan pada Qalam Allah SWT.

Bukan mudah tapi tidak seperit perjuangan Rasulullah SAW.Maka jangan banyak mencari di mana silap, di mana yang tidak kena, apa masalah, apa hal, kenapa, tapi banyaklah mengkoreksi diri, bermuhasabah, berdoa dan meminta, mengharap dan mencari jalan.Merealisasikan segalanya jangan takut pada jawapan tapi carilah pada jalan penyelesaian.Berjaya atau tidak bukan di tangan kita tapi ketentuan yang Empunya dunia.Berjaya atau tidak bukan permasalahan tapi baik buruk itulah yang terbaik buat kita dariNYA.Jadilah hamba yang banyak bersyukur bukan mempersoal.

Bahtera telah belayar walaupun perlahan.Adakalanya angin sepoi bahasa, adakalanya angin kuat menghempas ingin memusnahkan namun kita harus terus bertahan kerana kita memilih jalan yang di bina oleh Rasul SAW.

No comments: