Monday, December 29, 2008

Salam Ma'al Hijrah 1430H

"Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah SWT ialah dua belas bulan (sebagaimana) ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya ada empat bulan haram.Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu, dan perangilah kaum musyrikin semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya.Dan ketahuilah bahawa Allah beserta orang-oramg yang taqwa"-Surah At-Taubah Ayat:36

Salam ma'al Hijrah 1430H.Hari ini sudah masuk tahun baru hari baru buat semua kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah.Moga segalanya sentiasa dalam redha Allah SWT.Ameen.
Hari baru, tahun baru moga azam kita seklian juga baru untuk terus memperjuangkan dan memelihara kesucian Islam.Berlalu hari-hari lalu pastinya meninggalkan segala yang telah kita lalui.Namun yang berlalu tetap berlalu.Usah di tangisi pada setiap kegagalan.Namun pacakkan azam untuk menjadi lebih baik dari semalam.
Apa yang pasti semakin jauh masa berlalu semakin dekat detik kematian.Maka jadikanlah diri kita hamba yang sentiasa mengingati fitrah kejadian dan kewujudan kita di atas muka bumi ini.
Akhirulqalam....
"Ya Allah jadikanlah tahun ini adalah tahun yang menjadikan kami semakin bertaqwa padaMU.Kurniakan kami sekalian kekuatan dalam menempuhi ujian yang KAU turunkan agar kami sentiasa berada pada jalan yang benar.Amin ya Rahman, Amin ya Rahim, Amin ya Karim, Amin Ya Rabbal Alamin"
Tahniah buat penerima anugerah ma'ah Hijrah 1430H SS Dato' Harussani Hj.Zakaria mufti besar Perak dan Ulama Syiria Dr.Wahbah Mustapha Al-Zuhaily pengarang buku Tafsir Al-Munir.

Sunday, December 28, 2008

Semoga Kau terpilih

Semalam
Kau Hadir tiba-tiba
Entah apa asbabnya
Pastinya aku tidak tahu
Kerana tanpa salam pembuka
Kau hadir semula memunculkan diri

Ya,
Lama tiada pertemuan antara kita
Suatu saat dulu kau pergi tanpa titipan terakhir
Kau biarkan aku terkapai-kapai sendiri
Namun
Kau tidak aku persalahkan
Kerana engkau tidak pernah mengerti
Tapi tanpa kau ketahui
Aku sudah lama tahu
Apa yang tersembunyi
Di balik hati murni yang kau miliki

Tapi aku tahu segalanya bukan mudah
Bagi dirimu
Juga bagi diriku
Namun dalam keterbatasan ini
Aku sering menitip doa
Pada DIA yang maha mengetahui
Moga keistimewaan hidayah yang aku rasai ini
Turut akan di anugerahkan padaMU
Moga engkau mengerti
Istimewanya Islam di mata kami
Ummat Rasulullah SAW

Bukan sedikit maknanya
Pada aku Agama suci ini
Sebab itu aku tidak pernah berhenti
Merafak dan terus merafak doa
Moga suatu masa nanti kau turut merasainya
Bukan untuk aku
Tapi untuk dirimu
Kerana aku rasakan amat sia-sia
Rasanya insan yang memiliki hati yang baik
sepertimu
Tapi engkau bukan sebahagian daripada kami
Yang menikmati kebenaran yang tiada tandingannya

Kerana itu
Bersempena dengan kehadiran
Kalander Hijrah 1430
Yang akan mengambil tempat beberapa jam lagi
Aku pohon padaNYA moga engkau
Akan di kembalikan pada fitrah kejadianMU
Ameen ya RABB!!

Friday, December 19, 2008

Bukan Hanya Kasut

BAGHDAD 16 Dis. - Wartawan Muntadar Al-Zeidi yang membaling kasutnya ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush kelmarin dilaporkan cedera selepas didakwa dipukul oleh ejen keselamatan Iraq.-Utusan Online

Inilah wajah sebenar kesabaran yang telah sekian lama terpendam.Sekian lama hanya menjadi pemerhati dan penadah telinga pada janji-janji manusia yang berselindung di balik topeng keganasan itu akhirnya dengan tangan yang ringan wartawan ini melontarkan kasut ke arah manusia yang di beri gelaran "polis dunia".Tahniah!!!

Sudah lama sepatutnya tikus putih itu menerima hadiah tersebut bahkan sepatutnya lebih daripada itu.Sudah lama juga sebenarnya sorakan kata-kata anti keganasan yang di laungkan olehnya menerima lontaran balasan akibat sikap hipokritnya.Bukan saja kasut malah batu sekalipun boleh diberikan kerana inilah manusia yang sepadan dengan pepatah melayu "Cakap Tak Serupa Bikin"



Semoga dengan langkah awal keberanian wartawan ini menjadi contoh untuk era kebangkitan menentang musuh-musuh islam secara nyata dan lebih berani walaupun akan ada balasan dunia yang mungkin boleh mematahkan tulang namun balasan akhirat pastinya lebih hebat kelak.Dimana saat engkau bersenang lenang di syurganya nanti.Mabruk Muntadar Al-Zeidi!!!

Wednesday, December 17, 2008

Tuntutan Disember

Disember....

Bulan yang sentiasa menuntut pengorbanan masa dan tenaga setiap tahun.Saat inilah mata selalu berair, tidur yang tidak pernah mencukupi dan tenaga terpaksa dikerah lebih.Otak juga dipulas sepuasnya bagi memenuhi tuntutan kerja yang memang menuntut lebih tanggungjawab.Menghadap skrin komputer dan menghadap kali terakhir dokumen-dokumen yang di telaah sepanjang tahun sebelum segalanya diserahkan di jabatan audit.

Saat-saat inilah rasanya kemuncak yang benar-benar mengajar erti pengorbanan yang tinggi atas nama tanggungjawab.Adakalanya terasa mahu saja menyerah kala apabila butang-butang calculator sudah puas di tekan-tekan namun perbezaan kadang-kala menjadi jawapan pada persoalan.Resah melihat meja yang berlonggok dengan fail dan kertas.Hujung minggu buat keluarga juga terpaksa terkorban sama.Tapi itu semua nilai kepada tanggungjawab.Kepuasan itu adalah hasil yang amat indah walaupun pada mulanya amat memeritkan.

*Meja komputer yang menemani



*longgokan kertas dan fail mewakili pemikiran yang turut sesak

Namun dalam keperitan itu Allah pasti menyediakan kesenangan.Sebagaimana firman Allah SWT:

"Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" [Al-Insyirah (Ayat:5-6)]

Dan atas kebenaran firmannya itu jugalah saya mempunyai masa mengkhatamkan Salju Sakinah Sekali lagi.Tabiat yang tidak pernah saya lakukan :).. Tahniah sekali lagi buat penulis buku ini.Sifat ulat buku yang memang ada dalam diri saya tidak pernah sekalipun membuatkan saya menghadap satu buku beberapa kali kecuali jika ada yang saya jadikan rujukan.Namun saya tewas juga pada Salju Sakinah.Inilah buku yang julung-julung kalinya saya baca berulang dari kulit depan ke kulit belakang.


* dimana istimweanya novel ini? Sukar untuk saya katakan

Namun dalam kepantasan masa yang beredar Alhamdulillah, Allah juga menyediakan masa untuk ilmu-ilmunya.Tafsir Al-Munir yang saya miliki ramadhan yang lalu tidak pernah saya lupakan.Itulah nikmat yang disediakan dalam menempuhi hari-hari akhir 2008 ini.Adakalanya saya merasakan masa yang saya miliki amat terhad namun Allah Maha mengetahui.Dalam keterbatasan itu pasti ada ruang untuk mengisi rohani agar tidak menjadi cawan yang kosong. Ayat apa lagi yang mampu di lafaz selain lafaz Syukur Alhamdulillah.




Ya Allah,
Pada keterbatasan masa yang sentiasa aku miliki
Kurniakan aku ruang untuk setiap ilmuMU
Masa untuk bersamaMU
Masa untuk dendangan ayat-ayatMU
Masa untuk bermunajat padaMU
Sebagai manusia pastinya banyak yang datang menuntut untuk dipenuhi
Namun kebijaksaanku menguruskan segalanya
Pasti atas anugerahMU
Dan apa yang ku lalui kini
Pastinya atas susunanMU yang lebih bijaksana
"Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya." [Al-Khafi:17]

Friday, December 12, 2008

Jadilah Orang Bijaksana

Pada awalnya berat hati mahu meceritakan apa yang bersarang di qalbu.Tapi semakin di pendam semakin terasa sesak rasanya.Mungkin itu buktinya Allah masih mengekalkan hidayah kesedaran di hati ini.Alhamdulillah.

Untuk bersuara pastinya tidak mudah tapi itulah hakikat yang perlu di telan.Bukan mudah melalui semua ini apatah lagi bila membayangkan natijahnya kelak.

Mencapai ke tahap pandai saja bukan sedikit pengorbanan yang perlu kita lakukan malah juga tidak sedikit kelukaan yang harus dirasa.Apatah lagi untuk menjadi orang bijaksana.Pastinya pengorbanan dan kesakitan itu lebih berlipat kali ganda.

Sejauh mana kita sedar itu semua tanyalah diri kita.

"Untuk menjadi orang yang pandai maka tergadahlah apabila terhantuk.Jika berhajat menjadi orang bijaksana tergadahlah apabila orang lain terhantuk"-Dr.Hj.Mohd.Fadhilah Kamsah.

Itu tutur pakar motivasi negara dalam Forum Perdana Ehwal Islam semalam.Sebagai muslim kata-kata itu sangat berharga rasanya.Tapi malangnya berapa persen sahaja yang mengambil kata-kata sedemikian sebagai iktibar dan dorongan untuk menjadi lebih baik dari sehari kesehari?

Sebagai contoh dua program tv yang berpangkalkan ayat sama.Akademi Fantasia dan Akademi Al-Quran, adakah kita bijak memilih dan mengundi? Tepuk dada tanyalah iman.Di mana kita meletakkan diri kita.




Apa yang pasti kegagalan kita pada fasa pemilihan akan menjadikan kita juga gagal pada fasa seterusnya.Berapa ramai yang memilih Akademi Fantasia yang membariskan wajah-wajah anak bangsa malah Islam berpusu-pusu di uji bakat.Tidak cukup itu ada juga yang sanggup menitiskan air mata andai kecundang dalam senarai yang bakal beraksi di pentas.

Dan berapa ramai yang pergi ke uji bakat Akademi Al-Quran? Yang berlumba-lumba untuk menjadi pendendang ayat-ayat Allah.Titisan air mata yang gagal memasuki senarai yang terpilih pastinya lebih berharga daripada titisan air mata yang gagal menjadi peserta akademi fantasia.

Tapi sayangnya manusia selalu gagal memilih.Malah sengaja membutakan mata juga hati asalkan keinginan nafsu tercapai.Kesian anak bangsa kita malah lebih kasihan anak bangsa akan datang kerana anak bangsa kinilah yang bakal menerajui kepimpinan negara.Jika corak yang ada sekarang tidak di ubah maka corak ini jugalah yang akan kita lakar nanti malah mungkin lebih buruk dari yang kini.

Sampai bila semua ini harus di teruskan.Apakah kita menanti tsunami melanda buat kali ke dua untuk menggulung seluruh dunia? Atau kita menanti sehingga tiupan sangkakala pertama?
Cermin-cerminlah diri agar kita tahu di mana kita meletakkan diri kita selama ini.Doa dan harapan moga Allah sentiasa melindungi kita semua dari malapetaka.moga kita sentiasa menjadi orang yang pandai dan bisa mencapai ke tahap orang yang bijaksana.Ameen



"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."[Ar-Ruum(30)]

Thursday, December 11, 2008

Allah Maha Tahu

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."[Ar-Ruum-41]

Sudah hampir seminggu peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa menjadi topik berita tak kiralah di mana-mana saluran tv.Dan semalam berita sama masih di muatkan menjadi topik utama sehingga terimbas kembali peristiwa runtuhnya Higland Tower pada 11 Disember 1993.Sudah lima belas tahun berlalu namun ianya menyingkap memori silam apabila tanah runtuh berlaku lagi di kawasan berhampiran.Tapi sejauh mana perkara itu menjadi pengajaran buat kita wallahu a'lam.


Dan siapa yang perlu di persalahkan?

Siapa yang perlu dipertanggungjawabkan?

Semuanya menjadi persoalan.

Jawapannya tetap satu iaitu dia yang bernama MANUSIA.



Dan yang hangat laginya semalam apabila seorang penduduk membuat laporan polis kerana di hadiahkan perkataan bodoh oleh petugas yang membantu.
Hakikatnya itulah manusia.
Apabila di landa sesuatu maka tidak lepas dari tunding menunding kesalahan ke bahu orang lain.Namun sukar benar menelan bahawa yang terjadi itu atas kesilapan sendiri.Dan yang lebih tepat lagi pada saya ini semua adalah kejadian yang di hadiahkan olehNYA yang maha kuasa untuk memberi amaran kepada manusia yang alpa sifatnya.
Maka renung-renungkanlah diri kita.Di mana kita meletakkan diri kita selama ini....
Apa pun ucapan takhziah kepada semua yang menjadi mangsa.Di doakan semoga semuanya tabah menghadapi takdir Allah.
"Segala yang kita miliki adalah hakNYA.Dari DIA kita datang kepada DIA jugalah kita akan di kembalikan."

Tuesday, December 9, 2008

Tinta Aidiladha....

Semalam yang berlalu pasti tak akan kembali.Dan hari ini yang kita lalui, laluilah sebaik yang mungkin moga hari ini kita akan terus memperelokkan ibadah dan amalan kita padanya.Salam Aidiladha yang baru kita raikan semalam.Indah,gembira,sedih dan terharu segalanya bercampur aduk.Tapi yang pasti tangan diangkat merafak syukur kepada Allah atas kesempatan yang masih di beri untuk bertemu aidiladha yang menjadi salah satu perayaan terbesar ummat Islam.Syukur ya Allah.

Tidak tahu mengapa idea untuk menulis terasa membeku.Sedangkan apa yang yang mahu saya ceritakan dalam blog ni terlalu banyak.Tapi segalanya terasa tersekat hanya Allah yang Maha tahu.

Aidiladha begitu indah rasanya tahun ini.dipenuhi dengan kunjungan saudara mara dan teman-teman walhal kami tidak membuat persiapan juadah yang besar-besaran namun alhamdulillah segalanya mencukupi malah rasa terharu dapat berkongsi rezeki Allah.

Namun redup-redup kesedihan pada tangkai hati juga tidak dapat di halang.Bermula paginya kesedihan sudah membendung di hati.Tidak pernah di undang ianya datang mewarnai hati.Mungkin Allah mahu memberi tahu sesuatu tapi kita manusia biasa kadang kala gagal mentafsir.Air mata yang selalunya mudah benar mengalir tidak pula mengiringi.Namun segalanya aturan yang Maha Esa.Titisan-titisan itu gugur jua apabila khutbah solat aidiladha di sampaikan.Malah imam yang menyampaikannya seolah-olah dapat membaca isi hati apabila beliau juga turut berlingan air mata.tidak tahu mengapa syahdu benar di pagi ini.Ditambah pula keadaan cuaca yang mendnung juga seolah-olah mengiringi.Namun itulah hakikat kita sebagai hamba.Kesedihan dan kegembiraan akan datang bertamu di hati mengikut kehendakNya.

Kegembiraan semalam menyiapkan juadah makanan hari ini terasa terbang di bawa pergi.Baru semalam kami sekeluarga bekumpul membungkus dan mengikat buras(makanan istimewa di pagi raya buat orang tawau yang berbagsa bugis).Ditambah pula dengan kehadiran dua orang sepupu dari matrikulasi yang turut memperuntukkan cuti aidiladha bersama kami sekeluarga.Gurau senda tawa riang kami kongsi bersama.Segalanya harga termahal pada sebuah ukhuwah.

Dan sekali lagi air mata jatuh kebumi saat mengimamkan solat magrib.Ibu yang menjadi makmum juga turut menitiskan air mata.Mungkin kerana ini kali pertama saya yang mengimani solat kami.Selalunya saya hanya menjadi pengamin doa namun kali ini saya yang berdoa dan ibu yang mengaminkan.Persaan ini terlalu berharga rasanya.Sukar untuk di gambarkan.Terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan aidiladha yang begitu bererti buat hambamu yang dhaif ini.Terima kasih ibu atas setiap kasih sayangmu yang tidak terbelag bahagi pada kami anak-anakmu.Terima kasih ayah atas setiap pengorbanan titik peluhmu membesarkan kami.Dan terima kasih buat semua.

Wednesday, December 3, 2008

Coretan Awal Disember

Alhamdulillah...hanya lafaz itulah yang dirafak berulangkali setelah melalui minggu-minggu yang amat perit.Tidak sanggup rasanya melaluinya lagi.Namun siapa saya yang mahu memilih.Andai ujian sedemikian bakal saya lalui lagi pastinya hanya DIA yang mengerti, mengapa.

Hari ini telah masuk hari ke-3 dalam bulan Disember.Bererti tidak sampai sebulan lagi tahun baru 2009 akan menjelang.Beberapa hari lagi juga kalander Hijrah akan bertukar ke 1430H. Kemuncak ibadah haji kian hampir.Mabruk buat semua bakal haji.Aidiladha juga bakal di rai bersama korban.Kemeriahan saat melaksanakan korban tidak dapat di gambarkan hanya mereka yang benar-benar ikhlas saja yang akan memahami.Malah pelbagai juga ragam orang-orang yang melaksanakan korban.Begitu juga dalam mendefinisikan makna korban.

Kepantasan perjalanan masa benar-benar menghimpit setiap makhluk.Beruntunglah yang menghargainya dan yang mengabaikannya akan terus terabai.Masa tidak menanti sesiapa ia kan tetap berlalu dan tidak akan terundur semula.Itulah salah satu bukti kekuasaan Allah SWT.

Bagi pelajar (termasuk adik saya) yang kian tiba ke penghujung peperiksaan, semoga telah melakukan yang terbaik.Doa sentiasa mengiringimu moga berjaya dunia dan akhirat.Ingatlah peperiksaan persekolahan mungkin telah kau tamatkan tapi peperiksaan dunia tidak akan tiba ke penghujungnya selagi nyawa di kandung badan. Ingatlah sentiasa bahawa dunia ini ibarat pentas lakonan dan kita adalah pelakonnya.Di satu saat yang telah di janjikan dan telah di ceritakan dalam qalam Allah akan ada hari anugerah buat kita.Jika di pentas lakonan dunia yang menang mendapt trofi dan hadiah yang kalah mencuba lagi.Tapi hari anugerah yang di janjikan Allah itu tidak sedemikian.Di sanalah kita bakal di himpunkan menimbang dosa pahala.Yang menang akan ke syurga yang ada segalanya dan yang kalah tidak akan ada peluang untuk mencuba lagi maka nerakalah jawabnya.

Ya janji Allah pasti.Tidak ada sesiapa yang dapat menduga apa yang bakal di laluinya di 2009M/1430H nanti.Malah adakah kita samapai ke tahun baru itu semuanya terhijab dari pancaindera dan penegtahuan manusia.Hanya DIA yang maha mengetahui.Maka berwaspadalah kita semua kerana kita tidak tahu garis penamat untuk larian kita di mana.

Buat semua muslimin dan muslimat selamat meyabut Hari Raya AidilAdha....moga kita diperpajangkan usia untuk memberi bakti menegakkan agama Allah...Tqabbalallahu minna wa minkum taqabbal ya karim.

Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Kullu Am Wa Antum Bil Khair