Untuk bersuara pastinya tidak mudah tapi itulah hakikat yang perlu di telan.Bukan mudah melalui semua ini apatah lagi bila membayangkan natijahnya kelak.
Mencapai ke tahap pandai saja bukan sedikit pengorbanan yang perlu kita lakukan malah juga tidak sedikit kelukaan yang harus dirasa.Apatah lagi untuk menjadi orang bijaksana.Pastinya pengorbanan dan kesakitan itu lebih berlipat kali ganda.
Sejauh mana kita sedar itu semua tanyalah diri kita.
"Untuk menjadi orang yang pandai maka tergadahlah apabila terhantuk.Jika berhajat menjadi orang bijaksana tergadahlah apabila orang lain terhantuk"-Dr.Hj.Mohd.Fadhilah Kamsah.
Itu tutur pakar motivasi negara dalam Forum Perdana Ehwal Islam semalam.Sebagai muslim kata-kata itu sangat berharga rasanya.Tapi malangnya berapa persen sahaja yang mengambil kata-kata sedemikian sebagai iktibar dan dorongan untuk menjadi lebih baik dari sehari kesehari?
Sebagai contoh dua program tv yang berpangkalkan ayat sama.Akademi Fantasia dan Akademi Al-Quran, adakah kita bijak memilih dan mengundi? Tepuk dada tanyalah iman.Di mana kita meletakkan diri kita.


Apa yang pasti kegagalan kita pada fasa pemilihan akan menjadikan kita juga gagal pada fasa seterusnya.Berapa ramai yang memilih Akademi Fantasia yang membariskan wajah-wajah anak bangsa malah Islam berpusu-pusu di uji bakat.Tidak cukup itu ada juga yang sanggup menitiskan air mata andai kecundang dalam senarai yang bakal beraksi di pentas.
Dan berapa ramai yang pergi ke uji bakat Akademi Al-Quran? Yang berlumba-lumba untuk menjadi pendendang ayat-ayat Allah.Titisan air mata yang gagal memasuki senarai yang terpilih pastinya lebih berharga daripada titisan air mata yang gagal menjadi peserta akademi fantasia.
Tapi sayangnya manusia selalu gagal memilih.Malah sengaja membutakan mata juga hati asalkan keinginan nafsu tercapai.Kesian anak bangsa kita malah lebih kasihan anak bangsa akan datang kerana anak bangsa kinilah yang bakal menerajui kepimpinan negara.Jika corak yang ada sekarang tidak di ubah maka corak ini jugalah yang akan kita lakar nanti malah mungkin lebih buruk dari yang kini.
Sampai bila semua ini harus di teruskan.Apakah kita menanti tsunami melanda buat kali ke dua untuk menggulung seluruh dunia? Atau kita menanti sehingga tiupan sangkakala pertama?
Cermin-cerminlah diri agar kita tahu di mana kita meletakkan diri kita selama ini.Doa dan harapan moga Allah sentiasa melindungi kita semua dari malapetaka.moga kita sentiasa menjadi orang yang pandai dan bisa mencapai ke tahap orang yang bijaksana.Ameen
"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."[Ar-Ruum(30)]


No comments:
Post a Comment