Semalam yang berlalu pasti tak akan kembali.Dan hari ini yang kita lalui, laluilah sebaik yang mungkin moga hari ini kita akan terus memperelokkan ibadah dan amalan kita padanya.Salam Aidiladha yang baru kita raikan semalam.Indah,gembira,sedih dan terharu segalanya bercampur aduk.Tapi yang pasti tangan diangkat merafak syukur kepada Allah atas kesempatan yang masih di beri untuk bertemu aidiladha yang menjadi salah satu perayaan terbesar ummat Islam.Syukur ya Allah.
Tidak tahu mengapa idea untuk menulis terasa membeku.Sedangkan apa yang yang mahu saya ceritakan dalam blog ni terlalu banyak.Tapi segalanya terasa tersekat hanya Allah yang Maha tahu.
Aidiladha begitu indah rasanya tahun ini.dipenuhi dengan kunjungan saudara mara dan teman-teman walhal kami tidak membuat persiapan juadah yang besar-besaran namun alhamdulillah segalanya mencukupi malah rasa terharu dapat berkongsi rezeki Allah.
Namun redup-redup kesedihan pada tangkai hati juga tidak dapat di halang.Bermula paginya kesedihan sudah membendung di hati.Tidak pernah di undang ianya datang mewarnai hati.Mungkin Allah mahu memberi tahu sesuatu tapi kita manusia biasa kadang kala gagal mentafsir.Air mata yang selalunya mudah benar mengalir tidak pula mengiringi.Namun segalanya aturan yang Maha Esa.Titisan-titisan itu gugur jua apabila khutbah solat aidiladha di sampaikan.Malah imam yang menyampaikannya seolah-olah dapat membaca isi hati apabila beliau juga turut berlingan air mata.tidak tahu mengapa syahdu benar di pagi ini.Ditambah pula keadaan cuaca yang mendnung juga seolah-olah mengiringi.Namun itulah hakikat kita sebagai hamba.Kesedihan dan kegembiraan akan datang bertamu di hati mengikut kehendakNya.
Kegembiraan semalam menyiapkan juadah makanan hari ini terasa terbang di bawa pergi.Baru semalam kami sekeluarga bekumpul membungkus dan mengikat buras(makanan istimewa di pagi raya buat orang tawau yang berbagsa bugis).Ditambah pula dengan kehadiran dua orang sepupu dari matrikulasi yang turut memperuntukkan cuti aidiladha bersama kami sekeluarga.Gurau senda tawa riang kami kongsi bersama.Segalanya harga termahal pada sebuah ukhuwah.
Dan sekali lagi air mata jatuh kebumi saat mengimamkan solat magrib.Ibu yang menjadi makmum juga turut menitiskan air mata.Mungkin kerana ini kali pertama saya yang mengimani solat kami.Selalunya saya hanya menjadi pengamin doa namun kali ini saya yang berdoa dan ibu yang mengaminkan.Persaan ini terlalu berharga rasanya.Sukar untuk di gambarkan.Terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan aidiladha yang begitu bererti buat hambamu yang dhaif ini.Terima kasih ibu atas setiap kasih sayangmu yang tidak terbelag bahagi pada kami anak-anakmu.Terima kasih ayah atas setiap pengorbanan titik peluhmu membesarkan kami.Dan terima kasih buat semua.
Selepas Salju Sakinah
14 years ago


No comments:
Post a Comment