Thursday, December 11, 2008

Allah Maha Tahu

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."[Ar-Ruum-41]

Sudah hampir seminggu peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa menjadi topik berita tak kiralah di mana-mana saluran tv.Dan semalam berita sama masih di muatkan menjadi topik utama sehingga terimbas kembali peristiwa runtuhnya Higland Tower pada 11 Disember 1993.Sudah lima belas tahun berlalu namun ianya menyingkap memori silam apabila tanah runtuh berlaku lagi di kawasan berhampiran.Tapi sejauh mana perkara itu menjadi pengajaran buat kita wallahu a'lam.


Dan siapa yang perlu di persalahkan?

Siapa yang perlu dipertanggungjawabkan?

Semuanya menjadi persoalan.

Jawapannya tetap satu iaitu dia yang bernama MANUSIA.



Dan yang hangat laginya semalam apabila seorang penduduk membuat laporan polis kerana di hadiahkan perkataan bodoh oleh petugas yang membantu.
Hakikatnya itulah manusia.
Apabila di landa sesuatu maka tidak lepas dari tunding menunding kesalahan ke bahu orang lain.Namun sukar benar menelan bahawa yang terjadi itu atas kesilapan sendiri.Dan yang lebih tepat lagi pada saya ini semua adalah kejadian yang di hadiahkan olehNYA yang maha kuasa untuk memberi amaran kepada manusia yang alpa sifatnya.
Maka renung-renungkanlah diri kita.Di mana kita meletakkan diri kita selama ini....
Apa pun ucapan takhziah kepada semua yang menjadi mangsa.Di doakan semoga semuanya tabah menghadapi takdir Allah.
"Segala yang kita miliki adalah hakNYA.Dari DIA kita datang kepada DIA jugalah kita akan di kembalikan."

No comments: