BAGHDAD 16 Dis. - Wartawan Muntadar Al-Zeidi yang membaling kasutnya ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush kelmarin dilaporkan cedera selepas didakwa dipukul oleh ejen keselamatan Iraq.-Utusan OnlineInilah wajah sebenar kesabaran yang telah sekian lama terpendam.Sekian lama hanya menjadi pemerhati dan penadah telinga pada janji-janji manusia yang berselindung di balik topeng keganasan itu akhirnya dengan tangan yang ringan wartawan ini melontarkan kasut ke arah manusia yang di beri gelaran "polis dunia".Tahniah!!!
Sudah lama sepatutnya tikus putih itu menerima hadiah tersebut bahkan sepatutnya lebih daripada itu.Sudah lama juga sebenarnya sorakan kata-kata anti keganasan yang di laungkan olehnya menerima lontaran balasan akibat sikap hipokritnya.Bukan saja kasut malah batu sekalipun boleh diberikan kerana inilah manusia yang sepadan dengan pepatah melayu "Cakap Tak Serupa Bikin"

Semoga dengan langkah awal keberanian wartawan ini menjadi contoh untuk era kebangkitan menentang musuh-musuh islam secara nyata dan lebih berani walaupun akan ada balasan dunia yang mungkin boleh mematahkan tulang namun balasan akhirat pastinya lebih hebat kelak.Dimana saat engkau bersenang lenang di syurganya nanti.Mabruk Muntadar Al-Zeidi!!!


No comments:
Post a Comment