Showing posts with label zikir fikir. Show all posts
Showing posts with label zikir fikir. Show all posts

Wednesday, February 25, 2009

Fitrah Itu Indah

"Wei ko dapat apa erk valentine ni? Ko tau boyfriend saya bagi bunga ros merah.Bukan sekuntum tau 12 kuntum beb!"Itu antara luahan hati gembira seorang gadis pada temannya di 14 Febuari yang dianggapnya sebagai 'Hari Kekasih'.

Si teman hanya diam memerhati gelagat gadis sunti itu dalam gelengan.

Seribu tafsiran gelangan dan kegembiraan pada dua reaksi.Ada yang bersetuju dengan si teman dan tidak kurang juga sokongan yang di terima oleh si gadis sunti yang tidak mengerti akan apa yang di laluinya itu adalah kerosakan iman yang ada di mana-mana.Siapa yang mendefinisikan 14 Febuari itu sebagai 'Hari Kekasih', bukankah sambutan hari itu di amalkan oleh rakyat kristian sebagai peringatan kepada seorang bangsanya.Adalah bagi kita amat tidak wajar untuk turut serta.Tapi malang seribu kali malang ramai sungguh anak-anak agama kita yang mancontohi perbuatan mereka.Bukan saja pada sambutan hari yang di label sendiri namanya itu malah tidak kurang perilaku penganut-penganut kristian yang mahu di contohinya.

"Ala ko ni kolot sangat.Kita sekarang dah modenlah.Ko suka ikut fesyen lama? Sekarang zaman mileniumlah.Takkan nak guna baju kurung saja kot macam orang kampung je."Seorang remaja melontarkan hujahnya.

"Pakai baju kurung nampak kolot ka?"Si teman bertanya.

"Yalah, sekarang ni kan banyak fesyen baru.Baju kurung raya je baik pakai.Masa ada kenduri tahlil ke.Baru bersesuaian."

Inilah harga kemodenan dunia yang perlu di bayar oleh generasi harapan negara.Yang nampak elegen fesyen pakaian dan kehidupannya, merasakan dialah yang maju.Yang berbaju kurung pula dianggap ketinggalan zaman.Sungguh erti kemodenan yang membeli maruah jika kita tidak tahu menjustifikasikan dengan akal waras.

"Ko tak pernah tengok Akedemi Fantasia? Ko biar betul? Kesiannya."Antara tutur bicara lagi.

"Ko tak rasa AF tu merosakkkan ke?" Jawab si kawan.

"Tak ada yang rosak pun.Biasalah saja pun aku tengok.Bagus apa program tu banyak yang berbakat menyanyi menjadi artis.Dulu kalau nak jadi artis bukan senang."Dia masih membidas atas rasa dirinya dan pendapatanya betul.

Biusan dunia yang membawa arus kemodenan kepada remaja kian mencacamerbakan akal fikiran waras manusia.Yang betul di anggap salah yang salah di anggap betul.Malah ianya semakin menular bukan saja kepada remaja tapi juga golongan tua.Dengan usia yang semakin meningkat yang harus sebaiknya di gunakan untuk memperbanyakkan amal kepada Allah subahahu wa ta'ala di salah gunakan.Alam remaja yang pernah di lalui diulangi kembali dalam fasa kedua dengan pandangan dan alternatif berbeza.Semuanya kerana mahu nampak maju ke depan mengejar dunia yang semakin lari jauh dari mereka.Berlomba-lomba memperbaiki diri untuk tontonan umum tapi malangnya kaki seringkali tersungkur dek kerana salah memilih tempat namun pengajaran di anggap asam garam kehidupan.Kesedaran yang datang menyapa di biarkan berlalu ibarat angin lalu yang menyampaikan pesan dari Tuhannya.

"Bila lagi nak kau nak cari boyfriend ni? Saat kita belajar kat U ni lah masanya.Esok-esok dah kerja susah nak dapat."Kecacamerbaan merebak ke siswa siswi.

Satu lagi penyakit remaja yang diperluaskan pengaruhnya.

Bagaimana Bercinta Dalam Islam?

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk memebunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyintai ini.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak menarik ; Jodoh.Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya. “Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan yang empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah Haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah. Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas perkahwinan. Insya-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata.Allah akan mempermudahkan urusan kita itu.

Oleh itu untuk memperolehi kebaikan mulakanlah dengan kebaikan.Hayatilah Firman Allah subahahu wa ta'ala:

'Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)['Surah An-Nuur(24) ayat 26]

Friday, December 12, 2008

Jadilah Orang Bijaksana

Pada awalnya berat hati mahu meceritakan apa yang bersarang di qalbu.Tapi semakin di pendam semakin terasa sesak rasanya.Mungkin itu buktinya Allah masih mengekalkan hidayah kesedaran di hati ini.Alhamdulillah.

Untuk bersuara pastinya tidak mudah tapi itulah hakikat yang perlu di telan.Bukan mudah melalui semua ini apatah lagi bila membayangkan natijahnya kelak.

Mencapai ke tahap pandai saja bukan sedikit pengorbanan yang perlu kita lakukan malah juga tidak sedikit kelukaan yang harus dirasa.Apatah lagi untuk menjadi orang bijaksana.Pastinya pengorbanan dan kesakitan itu lebih berlipat kali ganda.

Sejauh mana kita sedar itu semua tanyalah diri kita.

"Untuk menjadi orang yang pandai maka tergadahlah apabila terhantuk.Jika berhajat menjadi orang bijaksana tergadahlah apabila orang lain terhantuk"-Dr.Hj.Mohd.Fadhilah Kamsah.

Itu tutur pakar motivasi negara dalam Forum Perdana Ehwal Islam semalam.Sebagai muslim kata-kata itu sangat berharga rasanya.Tapi malangnya berapa persen sahaja yang mengambil kata-kata sedemikian sebagai iktibar dan dorongan untuk menjadi lebih baik dari sehari kesehari?

Sebagai contoh dua program tv yang berpangkalkan ayat sama.Akademi Fantasia dan Akademi Al-Quran, adakah kita bijak memilih dan mengundi? Tepuk dada tanyalah iman.Di mana kita meletakkan diri kita.




Apa yang pasti kegagalan kita pada fasa pemilihan akan menjadikan kita juga gagal pada fasa seterusnya.Berapa ramai yang memilih Akademi Fantasia yang membariskan wajah-wajah anak bangsa malah Islam berpusu-pusu di uji bakat.Tidak cukup itu ada juga yang sanggup menitiskan air mata andai kecundang dalam senarai yang bakal beraksi di pentas.

Dan berapa ramai yang pergi ke uji bakat Akademi Al-Quran? Yang berlumba-lumba untuk menjadi pendendang ayat-ayat Allah.Titisan air mata yang gagal memasuki senarai yang terpilih pastinya lebih berharga daripada titisan air mata yang gagal menjadi peserta akademi fantasia.

Tapi sayangnya manusia selalu gagal memilih.Malah sengaja membutakan mata juga hati asalkan keinginan nafsu tercapai.Kesian anak bangsa kita malah lebih kasihan anak bangsa akan datang kerana anak bangsa kinilah yang bakal menerajui kepimpinan negara.Jika corak yang ada sekarang tidak di ubah maka corak ini jugalah yang akan kita lakar nanti malah mungkin lebih buruk dari yang kini.

Sampai bila semua ini harus di teruskan.Apakah kita menanti tsunami melanda buat kali ke dua untuk menggulung seluruh dunia? Atau kita menanti sehingga tiupan sangkakala pertama?
Cermin-cerminlah diri agar kita tahu di mana kita meletakkan diri kita selama ini.Doa dan harapan moga Allah sentiasa melindungi kita semua dari malapetaka.moga kita sentiasa menjadi orang yang pandai dan bisa mencapai ke tahap orang yang bijaksana.Ameen



"Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."[Ar-Ruum(30)]

Monday, September 15, 2008

Perjalanan Hidup Manusia Seperti Lima Jari

"Kita tengok balik jari kita ada lima"
Masih terasa akan penerangan ustazah tentang kehidupan kita seperti lima jari kurniaan Allah kepada semua manusia.

Kita bermula dengan jari kelinking.Dimana kita kecil dan di besarkan menjadi remaja.Masa itulah kita di didik dan di asuh mengikut acuan masing-masing dan cara pendekatan masing-masing oleh ibu bapa kita.Jika ibu bapa kita beriman maka itulah acuan kita dan begitulah juga sebaliknya.

Kemudian kita membesar menjadi remaja yang mana di gambarkan seperti jari manis.Di mana itulah saat-saat manis melalui awal kehidupan untuk berdepan dengan masyarakat.Banyak jalan pilihan yang kita tempuhi.Tapi apa yang penting moga kita terarah pada jalan pilihan yang betul mengikut syariatullah dan sunnahtullah.

Masa semakin membawa kita sehinggalah kita sampai ketahap dewasa.Di ibaratkan seperti jari hantu.Saat inilah kita memilih jalan hidup yang benar-benar berguna sama ada mahu menjadi baik atau mahu menjadi hantu.Tergelak pun ada tersengeh pun ada ahli-ahli kelas yang hadir.

Sehinggalah kita sampai ke jari telunjuk.disinilah kemuncak kehidupan kita sebelum kita menjadi warga emas.sekiranya ketiga-tiga tahap tadi telah kita lalui sebenar-benarnya pada tahap ini mungkin kita boleh menjadi penunjuk jalan lurus dan benar kepada orang lain.

Akhirnya kita akan menjadi seperti ibu jari.Tibalah saatnya kita di gelar warga emas.Namun kita boleh menjadi dua.Sama ada kita menjadi warga emas yang ibu jari menuju ke atas atau kita menjadi warga emas yang ibu jari kebawah.

"Benih yang kita semai hari ini akan kita tuai hasilnya pada masa akan datang.maka semailah benih-benih yang baik agar hasil yang kita tuai pada hari akan datang adalah hasil yang berkualiti.