September begitu pantas berlalu.
Oktober menjelma.
Banyak yang mahu di coretkan tapi seperti biasa ilham selalu datang dan pergi begitu sahaja.Apabila tidak rajin mahu menulis banyaklah ilham yang datang mencurah-curah.Tatkala rajin tangan menekan keyboard komputer maka bertempiaranlah ilham pergi pada destinasi yang tidak pasti.
Masyuarat pertembungan pemuda dan Nisa' tidak memberi kepuasan apabila saya terpaksa mengangkat kaki meninggalkan sidang masyuarat apabila tuntutan urusan keluarga mendesak jemputannya.Banyak yang mahu diperkatakan agar pergerakan sentiasa seiring.Muslimat lemah dan tidak bangkit sudah banyak keluhan yang didengar.Bukan saja dari pihak muslimat tapi juga dari pihak pemuda.Kesalahan tidak seharusnya di letakkan di bahu mana-mana pihak kerana pasti setiap yang terlibat ada tanggungjawabnya.Apabila ungkapan "muslimat hanya bertugas sebagai penyaji makanan di setiap program" bukan hanya ahli yang menyampaikan rasa tidak puas hati bahkan ketua muslimat sendiri lantang membangkang dengan keras bahawa ianya seolah-olah tunding jari yang muslimat mempunyai tugas tetap.Namun mendengar sebelah pihak bukan cara saya.Maka masyuarat ini saya gunakan sepenuhnya.Walaupun hampir 60% berbincang mengenai pemuda namun itu bukan penghalang pada suara muslimat untuk di ketengahkan.Masih teringat suara adik Mahira pada masyuarat lalu apabila saya bersuara menyampaikan alasan kerterjadiannya muslimat sedemikian "nah muslimat sudah bersuara".
Walaupun tidak mengakhiri masyuarat dengan tepat pada waktunya, tapi insyaAllah ada sesuatu yang perlu dilakukan untuk merubah paradigma dan status pergerakan muslimat.Kesalahan yang menyebabkan perkara ini terjadi bukan pada siapa tapi semua pihak harus memperbetulkan eliment kedudukan masing-masing.Jika suara muslimin juga pemuda mengatakan muslimat seolah-olah hanya sebagai penyaji makanan di setiap program maka kemarahan muslimat bukan penyelesaian.Kerana ada soalan yang perlu di jawab tentang ketersediaan muslimat turun padang sebagai tenaga kerja lain pada setiap atucara.Begitu juga pada pemuda dan muslimin usah sering mempersoalkan tentang kertersediaan muslimat menerima mangku tugas namun kesepakatan perlu sama-sama di bina demi kekuatan bersama.Kermna kita segandingan.Muslimat dan muslimin ibarat tangan kanan dan tangan kiri.Itu yang pasti.
Semua ini kerana kita adalah sama.Tiada beza antara muslimat dan muslimin juga antara nisa' dan pemuda.Apa yang penting kesatuan gandingan kita dalam meletakkan diri di tempat yang sepatutnya.Usah seringkali menunggu bila dan di mana namun sentiasa bertanya pada diri kita sentiasa perlu ada pada setiap keperluan.Maralah kehadapan agar semua pihak akan gagal mencari di mana keterciciran diri kita.Kerana jalan ini Allah yang memilih kita sebagai pelaksana.Impian kita pasti kerana itu usaha perlu agar ianya realiti bukan hanya mimpi atau angan-angan mat jenin.
Saya tahu ini belum tentu meyelesaikan masalah keturunan dalam pergerakan muslimat namun dengan daya upaya yang ada suara kesatuan perlu selalu di bangkitkan agar gandingan secara langsung muslimat dengan kelemahan tidak menjadi satu khazanah yang akan kita turun temurunkan pada perjuangan akan datang.
Kelemahan kita tidak berpunca dari orang lain.
Tapi...
Tanya pada diri sendiri sejauh mana kita mahu merawat setiap penyakit yang selalu datang dalam diri.
Salam perjuangan menuju perubahan membawa muslimat bangkit membela jati diri selaras dengan keistimewaan darjat yang di angkat bersama Islam yang tercinta...
Ingat kita golongan pilihan bukan golongan beralasan....
Selepas Salju Sakinah
14 years ago


No comments:
Post a Comment