Si teman hanya diam memerhati gelagat gadis sunti itu dalam gelengan.
Seribu tafsiran gelangan dan kegembiraan pada dua reaksi.Ada yang bersetuju dengan si teman dan tidak kurang juga sokongan yang di terima oleh si gadis sunti yang tidak mengerti akan apa yang di laluinya itu adalah kerosakan iman yang ada di mana-mana.Siapa yang mendefinisikan 14 Febuari itu sebagai 'Hari Kekasih', bukankah sambutan hari itu di amalkan oleh rakyat kristian sebagai peringatan kepada seorang bangsanya.Adalah bagi kita amat tidak wajar untuk turut serta.Tapi malang seribu kali malang ramai sungguh anak-anak agama kita yang mancontohi perbuatan mereka.Bukan saja pada sambutan hari yang di label sendiri namanya itu malah tidak kurang perilaku penganut-penganut kristian yang mahu di contohinya.
"Ala ko ni kolot sangat.Kita sekarang dah modenlah.Ko suka ikut fesyen lama? Sekarang zaman mileniumlah.Takkan nak guna baju kurung saja kot macam orang kampung je."Seorang remaja melontarkan hujahnya.
"Pakai baju kurung nampak kolot ka?"Si teman bertanya.
"Yalah, sekarang ni kan banyak fesyen baru.Baju kurung raya je baik pakai.Masa ada kenduri tahlil ke.Baru bersesuaian."
Inilah harga kemodenan dunia yang perlu di bayar oleh generasi harapan negara.Yang nampak elegen fesyen pakaian dan kehidupannya, merasakan dialah yang maju.Yang berbaju kurung pula dianggap ketinggalan zaman.Sungguh erti kemodenan yang membeli maruah jika kita tidak tahu menjustifikasikan dengan akal waras.
"Ko tak pernah tengok Akedemi Fantasia? Ko biar betul? Kesiannya."Antara tutur bicara lagi.
"Ko tak rasa AF tu merosakkkan ke?" Jawab si kawan.
"Tak ada yang rosak pun.Biasalah saja pun aku tengok.Bagus apa program tu banyak yang berbakat menyanyi menjadi artis.Dulu kalau nak jadi artis bukan senang."Dia masih membidas atas rasa dirinya dan pendapatanya betul.
Biusan dunia yang membawa arus kemodenan kepada remaja kian mencacamerbakan akal fikiran waras manusia.Yang betul di anggap salah yang salah di anggap betul.Malah ianya semakin menular bukan saja kepada remaja tapi juga golongan tua.Dengan usia yang semakin meningkat yang harus sebaiknya di gunakan untuk memperbanyakkan amal kepada Allah subahahu wa ta'ala di salah gunakan.Alam remaja yang pernah di lalui diulangi kembali dalam fasa kedua dengan pandangan dan alternatif berbeza.Semuanya kerana mahu nampak maju ke depan mengejar dunia yang semakin lari jauh dari mereka.Berlomba-lomba memperbaiki diri untuk tontonan umum tapi malangnya kaki seringkali tersungkur dek kerana salah memilih tempat namun pengajaran di anggap asam garam kehidupan.Kesedaran yang datang menyapa di biarkan berlalu ibarat angin lalu yang menyampaikan pesan dari Tuhannya.
"Bila lagi nak kau nak cari boyfriend ni? Saat kita belajar kat U ni lah masanya.Esok-esok dah kerja susah nak dapat."Kecacamerbaan merebak ke siswa siswi.
Satu lagi penyakit remaja yang diperluaskan pengaruhnya.
Bagaimana Bercinta Dalam Islam?
Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk memebunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyintai ini.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak menarik ; Jodoh.Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya. “Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan yang empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah Haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah. Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas perkahwinan. Insya-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata.Allah akan mempermudahkan urusan kita itu.
Oleh itu untuk memperolehi kebaikan mulakanlah dengan kebaikan.Hayatilah Firman Allah subahahu wa ta'ala:
'Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)['Surah An-Nuur(24) ayat 26]


No comments:
Post a Comment