Tahniah buat Erdogan.Inilah contoh pemimpin Islam yang amat di dahagakan negara-negara Islam kini.Secara peribadi saya menyamakan perbuatan beliau meninggalkan 'World Economic Forum' sebagai satu hadiah buat sahabat baik J.W.Bush, Shimon Peres.Jika Bush menerima kasut sebagai hadiah lawatan anggaplah ini juga merupakan tamaparan yang hebat buat Peres.Moga kedua-dua pemimpin yang bergelar polis dunia yang banyak membaham nyawa-nyawa Islam akan terus menerima hadiah-hadiah istimewa seperti ini.Bagi kita rakyat Malaysia, ambillah iktibar dari setiapa perkara yang di lakukan atas keberanian insan-insan Islam yang berani seperti Muntadar dan Erdogan.Bebanding dengan Palestin dan Iraq kita sebenarnya sangat bertuah menjadi rakyar Malaysia.Kita tidak ada peperangan, kita tidak kebuluran sehingga memohon ehsan orang lain.Malah jauh sekali kita jika mahu dibandingkan dengan mereka.Namun di sebalik kegusaran mereka akan tanah air tercinta berbanding nyawa yang boleh melayang bila-bila masa mereka punya azam yang kuat demi agama, bangsa dan negara.Tidak cukupkah itu sebagai satu contoh buat kita? Palestin melalui zaman peperangan yang sangat dasyat tapi kita masih juga begini duduk diam menanti ketibaan Akedemi Fantasia.Palestin berjuang hingga ketitisan akhir nyawa yang melayang tanpa menunggu masa akibat serangan bom zionis laknatullah.Tapi kita masih lagi berlaga sesama sendiri mempertahankan bahasa asing untuk di ajarkan kepada anak keturunan.Tangisan Palestin tidak pernah henti menangisi nasib anak-anak mereka tapi kita masih lagi tertawa melihat kelakuan tanpa batas anak-anak kita di pentas kemasyuran sebagai penyayi,pelakon dan Raja lawak.Palestin hari ini masih berjuang ke jalan Allah tapi kita masih lagi seperti dulu memperjuangkan keinginan dunia memenuhi nafsu agar martabat tinggi di mata dunia.Gigih sungguh perjuangan kita tapi sayangnya jalan kita belum juga lurus menuju redha Allah berbanding mereka yang usaha sangat dasyat ingin negara mereka merdeka dan Islam tertegak namun jelas hala tujunya.
Sampai bila agaknya negara terus maju tapi rakyatnya mundur? Jawablah olehmu sendiri wahai manusia Islam yang memegang kerakyatan Malaysia dan berbagsa Melayu.Sampai bila agaknya jalan kita baru akan jelas halatujunya? Jawablah olehmu yang berbangsa Melayu berkerakyatan Malaysia yang Islam pada kad pengenalannya.
Banggakah bertutur dalam bahasa asing yang dasyat benar pengaruhnya sehingga bangsa sendiri tidak di agungkan? Fikirkanlah bersama.Moga jawapan yang kau cari selama ini akan membuatmu tersenyum menjadi seorang muslimin kearah mukminin menjurus ke arah mukhlisin dan akhirnya menjadi muttaqin yang berkerakyatan Malaysia berbangsa melayu.
Syabas buat pejuang bangsa Melayu yang turun padang pada perhimpunan bantahan terhadap PPSMI!!

Akhirulqalam....jangan bunuh bahasa ibunda!!!


No comments:
Post a Comment