Sebenarnya semalam lagi nak post cerita ini tapi rasa letih sangat lepas balik menunaikan tanggungjawab di ofic yang tak pernah kan habis.Kerja klu dah habis nak samapi dah dunia ni ke akhirnya.Kebetulan mak pula ke Lahad Datu bersama kak long menghadiri majlis kahwin seorang pakcik(sepupu bapa)."Selamat Pengantin Baru".Lebih meletihkan selepas seharian berhadapan dengan komputer, terpaksa pulak balik bawa kereta hari ni.Selalunya dok duduk belah driver je.Jam pulak.huhu...terasa sangat penat yang berganda-ganda.Tapi alhamdulillah Labuan ni kalau jam pun tak lah seteruk mana.Alhamdulillah.
Malam sebelumnya mendapat jemputan menjadi juri di Festival Kebudayaan Islam di UMSKAL.Satu pengalaman yang indah.Benarlah kata orang pengalaman itu satu pembelajaran.(sy pun kata mcm tu).Ramai jugak peserta yang mengikuti pertandingan Seanggun Ainul Mardhiah.11 orang kesemuanya.Pertandingan Nasyid 2 buah kupulan jak.Dengan pengalaman yang memang tak ada bergantung je pada kehendak Allah dan fatwa hati.Ialah kita kadang-kadang tengok benda-benda macam ni ringan je tapi di pandangan Allah, kecil besar semua menjadi tanggungjawab kita untuk kita jawab bila tiba masanya.
Pelbagai ragam dan personaliti.Adakalanya di selang selikan juga dengan lulucon dikalangan peserta.Sangat menghiburkan.menguji IQ dan keyakinan untuk bercakap di hadapan audiens bukan semua orang boleh.Namun syabas pada semua peserta.Pastinya apa yang berlaku dalam pertandingan ini memberikan kita pembelajaran yang baru.
Cukup terharu dengan persembahan nasyid oleh dua buah kumpulan.Lagu yang mantop dan bersesuaian.Lebih menyentuh perasaan persembahan akhir dari dua beradik yang menyampaikan lagu terakhir.Itulah hidup.Setiap permulaan ada akhirnya.Kita adalah hamba, di pinjamkan untuk mentadbir dunia ciptaan yang Maha Esa untuk menguji siapakah di antara kita yang lebih banyak amalanya.
Moga sekalian yang hadir akan memanfaatkan apa yang di perolehi sebagai hikmah yang bakal di serapakan di dalam diri moga terus membina jati diri muslimah yang terbaik.Ingatlah kita bersama-sama bahawa kita dijadikan Allah mempunyai peluang yang besar untuk menjadi ahli syurga dan juga mempunyai ruang yang besar untuk ke neraka.Maka bijaklah kita memegang iman dan islam sebagai bekalan hidup untuk kita memperolehi kehidupan yang tiada tandingannya di akhirat kelak.
Tahniah kepada pengarah program, adinda Hasni Binti Rajak.
Di dunia kita menganjurkan pertandingan seanggun Ainul Mardhiah, moga kita menjadi muslimah yang benar-benar muslimah, menjadi tulang belakang perjuangan suami kelak, menjadi ibu yang mithali, insyaAllah bersama kita bergandingan tangan menujuk syurga Allah SWT.Amin Ya Rabb....
Selepas Salju Sakinah
14 years ago


No comments:
Post a Comment