Salam penghujung Sya'ban.hari ini adalah hari terakhir melalui sya'ban dalam tahun 1431H insyaAllah.Esok dengan izin Allah seluruh ummat Islam akan bertemu dengan bulan yang amat dirindui, Ramadhan Al-Mubarak.
Seringkali diperingatkan dan memperingati akan masuknya 1 Rejab setiap tahun membaca doa agar melalui rejab, sya'ban dan mahu di sampaikan kepada ramadhan.Namun ketentuan Allah hanya DIA yang mengetahui.Siapa antara hamba-hambanya yang akan melalui bulan mulia itu lagi.Seringkali setiap menjelang ramadhan ayat yang sering kita diperdengarkan tidak lain an tidak bukan "Wahai orang-orang yang beriman, di wajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana yang telah di wajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." Sangat besar pengertian namun adakah puasa kita sampai ke tahap akhir firman Allah SWT itu?
Bertaqwa? sejauh mana kita memahami erti dan tafsiran pada perkataan tersebut.Bukan mudah kerana terlalu banyak pengertian untuk perkataan taqwa namun yang mengetahui hanyalah Allah SWT.Merujuk kepada seluruh rukun Islam dan Iman, mungkin kita nampak mengamalkan sepenuhnya, memepercayai sepenuhnya namun luaran nilaian manusia adalah pakaian yang mampu di lihat oleh mata kasar namun luaran tidak semestinya menggambarkan isi di dalam yang terpendam.Umpama buah-buahan elok di luar tapi berulat kemungkinannya pada isi di dalamnya.
Lihatlah bertapa sukarnya kita mentafsir isi buah maka lebih sukar lagi pada istilah yang tinggi martabatnya di sisi Allah SWT.Dunia akhir zaman sering memperlihatkan insan-insan yang jauh menyimpang dari landasan agama.Dan insan-insan yang mempunyai kesedaran agama sering kali mengeluh melihat saudara-saudari kita yang tersesat di beli kemewahan dunia yang sementara tapi kesedihan tidak bakal mengubati namun usaha kita perlu lebih berlipat kali ganda dan istiqamah kerana hasilnya bukan di tangan kita.
Disamping usaha perkara penting yang perlu di utamakan adalah sejauh mana kita menjaga diri kita.Menyayangi diri kita kerana adakalanya kita rasa kita sudah cukup dengan apa yang kita lakuakn.Kita merasakan kita adalah insan terpilih untuk berada pada barisan manusia yang memperjuangkan agama Allah dan meneruskan perjuangan Nabi tercinta namun sedarkah kita merasa sedemikian adalah satu ujian yang amat besar kerana kemungkinan pada rasa itu terselit perasaan riak yang amata kita takuti.Mungkin juga tersisip kemunafikan yang tanpa kita sedari.Na'uzubillah min zalik.
Kita sering melihat pada kesilapan orang lain namun kesilapan kita jarang kira perdulikan.Kita menyangkal pada dosa besar kerana kita memang tidak terlibat namun berwaspadalah dosa-dosa kecil mungkin seringkali kita eratkan pada diri kita.Kerana sesungguhnya adakalanya kita terlepas pandang bahawa ada hak orang lain yang mungkin tidak kita tunaikan.Maka berwaspadalah kita dalam menilai setiap perbuatan diri sendiri.Sampaikan apa yang patut kita sampaikan, berterima kasih pada setiap tutur kata orang lain pada diri kita kerana walaupun adakalanya pahit namun itulah yang adakalanya mendidik sifat kita untuk lebih dekat kepada Allah dan mengejar rasa dan sifat taqwa.
Akhir qalam, sentiasalah mengkoreksi diri pada setiap kesilapan kita dan kesilapan orang lain kerana mungkin kita lebih teruk malah mungkin kita sama dengan orang lain.Berusahalah menjadikan diri kita sentiasa berguna pada orang lain dan beruasahalan menunaikan hak orang lain yang ada di tangan kita dengan ikhlas agar suatu masa nanti kita temui yang ISLAM itu MUSLIM dan yang MUSLIM itu juga ISLAM dan menujulah kita ke satu taraf yang sukar iaitu T-A-Q-W-A.
Wallahu 'allam.....Salam Ramadhan Al-Mubarak 1431H
Selepas Salju Sakinah
14 years ago


No comments:
Post a Comment