Serentak dalam bualan ini 3 berita kematian yang saya terima 3 minggu berturut-turut.Sungguh ianya sangat memilukan kerana insan-insan yang pergi adalah insan terdekat.Namun Allah itu MAHA mengetahui akan segalanya.Berfikiran positif pada khabar duka itu adalah hamparan muhasabah yang indah darinya.Mungkin selama ini diri yang dhoif ini terlalu banyak ghofla dan logha' nya.Terima kasih ya Allah menghantarkan diriku sentiasa dekat pada ingatan mati kerana sesungguhnya tidak pernah aku terlupakan akan firmanmu:
" Dan Sebaik-baik peringatan itu adalah dengan mengingati Mati"
Menyingkap kembali tabir kehidupan silam yang penuh dengan pelbagai ragam yang alpa ada, yang logha ada, yang ghofla ada, malah yang mungkar juga pastinya ada pada insan biasa yang kerdil lagi hina.Astagfirullah Al-azim.Maha suci bagi Allah yang mengurniakan keampunan buat hamba-hambanya.Semalam yang berlalu ia pergi meninggalkan kita.Andai ada kenangan manis jadikanlah ia sandaran untuk kita sentiasa mempernaiki diri.Jika terselit parut luka dan duka dosa maka jadikan ia iktibar untuk terus memperbaiki diri kita yang bertaraf hamba di sisiNYA.Lalui hari ini yang masih di berikan oleh Allah dengan sebaik mungkin agar kita perbaharui hajat dan niat kita sebaik yang mungkin.Perbanyakkan muhasabah agar kita sedar akan hakitat sebenara yang usia kita mungkin setakat hari ini sahaja.
Coretan ini sebenaranya saya tujukan khas buat diri yang pasti ada melakukan dosa, juga buat semua yang membaca coretan ini.Moga ada kebaikan yang bakal kita kongsikan bersama atas izin Allah Subahana Wa Ta'ala.Amen.
Meihat pada fenomena kemodenan hari ini hati kita umpama barangan berharga yang menjadi rebutan dunia.Mahu membawa kita jauh dari hakikat kehadiran kita.Dunia benar-benar bisa menggadai diri kita menjadi pencinta dunia hingga melupakan cinta sebanar kita pada DIA yang menciptakan cinta.Dunia hari ini ukan sedikit godaannya.Usah lihat pada skop yang besar lautan tebaran dunia tapi lihat sahajalah rancangan TV yang bermacam-macam adanya dan di adakan.Jika rancangan itu bisa di definisikan sebagai makanan pastinya saya samakan ia sebagai makanan yang tidak seimbang sehingga mengundang pelbagai penyakit.Begitulah juga rancangan TV yang ibarat "Cendawan tumbuh selepas hujan" ketika ini.Ianya turut membawa barah penyakit kepada hati-hati manusia yang lahirnya suci bersih.
Menyaksikan secara spontan rancangan melodi petang semalam satu lagi rancangan berentuk hiburan bakal di siarkan ia itu 'Oh lala..'yang saya sendiri tidak pasti apa kebaikan daripada program realiti sedemikian.Apa yang saya tahu program ini hanya membuang masa, wang ringgit dan yang pasti menyedihkan mengikis ingatan kita kepada mati.Akedemi Fantasia musim ke-7 yang bertemakan transformasi kononnya baru sahaja berakhir.Juaranya menangis menerima hadiah yang di pertaruhkan membawa peminat setianya menyingkap kembali nostalgia 'mawi' empat tahun yang lalu.Tangisan yang sungguh-sungguh pada sebuah kemangangn yang mengalpakan kita pada DIA.Tamat AF kembali pulak rancangan 'jangan lupa lirik'.Saya hanya tersenyum pada program itu.Apa motifnya sama sahaja dengan AF namun bezanya mehu menjadikam manusia jutawan.Tapi malangnya jutawan yang menggadaikan maruah diri yang tinggi pada asalanya.Mengapa tidak? Jika yang wanitanya bergelek, bertepuk tampar, berpentas menayangkan tubuh badan dan yang sedihnya apabila ianya turut di tonton oleh yang keluarga tersayang.Saya menkonklusikan seperti ini sahaja jika suatu hari nanti ahli keluarga kita akan menghantar kita ke dalam liang lahad tapi pada awalnya kita telah di hantar ke neraka Allah.Na'uzubillah min zalik...
Lagi yang terbaru, rancangan anak wayang akan di tayangkan Jun akan datang.Sungguh tidak putus-putus rancangan yang membuatkan sang syaitan itu berpesta di hasilkan.Tidak cukup dengan program mee segera yang mengorbankan duit-duit hamba Allah yang jahil di tamabah lagi dengan kehadiran drama-drama dan wayang-wayang yang menambah perencah barah iman.Sungguh yang malang sekali kebanyakan rancangan sebegini terhasil dari tangan-tangan dan otak-otak manusia yang memegang status Islam.
Hari ini apabila kita di gemparkan dengan kes pembunuhan, kes-kes rogol, anak-anak remaja yang menjadi bohsia,bohjan, mat rempit, minah rempit, siapa yang di tunding menjadi sasaran penyebab? Sana-sini yang bersalah.Tapi malangnya tidak ada yang mengatakan yang dirinyalah yang bersalah.Apa yang di nyatakan "kami hanya buat filem yang dorang nak ikut apa pasal" kasar bunyinya.Tapi entah jawapan itu bakal di dengar oleh Allah atau tidak di akhirat nanti.Wallau a'alam.
Kesimpulannya dunia kita yang sudah berada pada akhir zaman ini terlalu banyak yang mengundang tawa kita tapi amat kurang malah jarang-jarang ada yang mengundang tangis dalam memperingati diri kita pada yang namanya "MATI".
Maka dengan itu, dengan ilmu yang sedikit, dengan dosa yang ada, dengan kesedaran yang Allah masih kurniakan ayuh kita hayun langkah berbekal ingatan 'mati itu pasti' untuk memperbaiki diri kembali kepada fitrah kejadian kita yang selamanya hanyalah seorang hamba yang mengabdikan diri kepadaNYA selagi ada sisa-sisa hayat yang tersimpan.
"Bismillarirrahmanirahim...rabbana la tuzik'kulubana ba'da izhadaitana wahablana min ladunka rahmatan innaka antal wahhab"
Amin ya Allah.....Amin ya Rahman...Amin ya Rahim...Amin ya Rabbal Alamin.
Selepas Salju Sakinah
14 years ago


No comments:
Post a Comment