Friday, June 19, 2009

Jangan Pernah Berhenti Berharap

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.Alhamdulillah atas kepanjangn usia yang masih di beri.Syukur juga atas nikmat kesihatan yang masih kurniakan walaupun selasa lepas saya mendapat satu berita kurang baik kerana doktor mengesahkan saya perlu menghadirkan diri ke kedai membuat cermin mata untuk mendapatkan sokongan penglihatan kerana nikmat penglihatan saya sudah berkurangan.Apa pun saya berterima kasih atas setiap nikmat itu pada DIA yang maha Esa.Mengurangkan sesuatu untuk saya merasai nikmat yang berbeza pula.Alhamdulillah atas segala-galanya.



Saat saya menulis artikel ini saya masih lagi merasai rasa sayu atas pemergian ulama yang banyak membina diri saya melalu perkongsiannya melalui tulisan-tulisannya.Al-Fadhil Dr.Fathi Yakan yang telah kembali kerahmatullah subuh 13 Jun 2009 yang lepas.Saya sebenarnya bercadang mahu menulis rasa dukacita ini pada hari tersebut tapi tak perlulah saya memanjang lebarkan menceritakan pelbagai alasan yang membatutkan penulisan saya pada hari tersebut.Segalanya adalah aturan Allah SWT.Kita merancang Allah juga merancang dan perancangan Allah lah yang terbaik.Apa pun saya doakan semoga pemergian seorang ulama termasyur yang tidak pernah akan saya berjumpa dengannya meninggalkan kesan positif di hati-hati insan yang mencintai kebenaran.Ilmu yang di tinggalkan buat kita bukan sedikit tapi terlalu banyak yang terbina akan jiwa muslim atas sumbangan beliau.Siapa saja yang pernah duduk dalam usrah pastinya tidak asing dengan buku tulisan beliau "Apa Ertinya Saya Memeluk Islam".Bersamalah kita menyedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham.Manfaatkanlah sebaik-baiknya apa yang ditinggalkan beliau buat kita.Moga apabila kita kembali pada ya Khaliq kita tergolong dalam golongan apa yang telah di sabdakan Baginda Rasul:


"Nabi saw bersabda yang bermaksud; “Apabila mati anak Adam, maka terputuslah amal kebaikan kecuali; mereka yang meninggalakn ilmu bermanfaat, sedekah (kebajikan) jariah, dan anak soleh yang mendoakan akannya” (Hadith Riwayat Muslim)."

Akhir-akhir ini kita sentiasa di dedahkan dengan pelbagai masalah politik negara.Sudah mahu seminggu isu "Negara Perpaduan" masih di bahaskan di berita-berita Tv.Saya tidak tahu sebenarnya apa motifnya tapi yang pasti ianya semakin hangat diperkatakan.Apa yang penting saya tidak mahu menjadi tukang komen mahupun pengkritik biaralah sesama ahli politik negara kita yang menyelesaikan apa yang mereka cetuskan.Apa yang saya rasakan kini saya cuma bersimpati pada warga-warga emas yang tidak memahami akan kancah politik negara kita akhir ini.Apalah yang mereka definisikan akan hal ini.Adakah mereka akan mengatakan yang ahli politi negara kita kini semakin gilakan kuasa? atau mereka hanya menggeleng malas mahu melayan permainan ahli-ahli politik negara kita? Masing-masing ada pendapat tersendiri.Tapi saya lebih bersetuju dengan pendapat seorang kawan yang mengatakan bahawa dunia politik memang penuh dengan tipu helah.Maka siapa yang tertipu menanggung rugi dunia tapi siapa yang menipu menanggung dosa.Fikir-fikirkanlah.Konklusinya satu sahaja manusia di akhir zaman memang pelbagai ragamnya.
Namun daripada segala kecacamerbaan ini saya cuma mengharapkan satu sahaja dalam seribu pengharapan dari orang yang berjuta di luar sana ikhlaskanlah diri kita dalam memperjuangkan apa yang pernah di usahakan oleh Junjungan kita Nabi Muhammad SAW.Kerana yang membentuk hasil usaha kita adalah pada apa yang kita niatkan kepadaNYA.
Akhir coretan hayatilah hadis ini dan hadamkan di dalam jiwa kita agar jalan kita tidak menyimpang daripada jalan yang sentiasa membawa kita untuk tidak pernah berhenti berserah diri dalam segala hal kepada yang HAK.



عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

No comments: