Friday, June 19, 2009

Maafkan Daku

Saya tidak tahu mahu menggambarkan diri saya seperti apa.Biarlah hanya sahabat-sahabat saya yang menilai di mana saya mahu diletakkan kerana saya tahu saya bukan sahabat yang baik.Tapi apa yang saya tahu dalam diri saya ada satu sifat yang memang sukar untuk saya ubah walaupun saya telah cuba berkali-kali iaitu susah mahu meluahkan rasa.Mungkin yang membaca tulisan saya ini ada yang mengibaratkan saya "masuk bakul angkat sendiri" terpulanglah.Tapi saya insan kerdil yang banyak kealpaannya.

Buat teman-teman yang mengirimkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat saya pada 15 Jun yang lalu terima kasih atas ingatan tersebut.Saya menghargainya dari lubuk hati yang dalam.Moga Allah makbulkan doa-doa kalian buat saya juga doa-doa saya buat kalian.Saya amat terharu namun saya tahu saya bukan sahabat yang baik kerana terlalu banyak masa saya untuk diri sendiri berbanding bersama kalian.Maafkan aku wahai yang bergelar sahabat.Namun jauh di sudut hati yang dalam ketahuilah rasa kasih ku pada kalian terlalu tinggi umpama menyayangi diruku sendiri.Iringilah langkah kaki kita dengan doa agar sentiasa menempatkan diri dipersada ini untuk menjadi muslim yang berjaya dunia akhirat.Puisi ini saya garapkan khas buat kalian semua

Sahabat,
Masa kita bersama amat terhad
Adakalanya kita di temukan
Dalam majlis atau terserempak sahaja
Bertanya khabar berpeluk cium di pipi
Dan
Adakalanya kita hanya menyapa
Melalui kiriman teknologi
Tapi selalu hanya kalian yang memulakan
Mungkin inilah salah satu kelemahanku
Aku jarang mendahului kalian
Tapi ingatlah sahabatku
Aku tidak pernah melupakan kalian
Dalam doa yang selalu kurafak sembah
Pada DIA yang Esa.
Maafkan aku sahabat
kerana aku bukan sahabat yang baik
Sungguh saya belajar sesuatu dari kalian yang persahabatan itu bukan hanya melalui kemajuan teknologi mahupun pertemuan tapi juga melalui rabitah hati kita yang bertaut keranaNYA. Keikhlasan itu sukar mahu dipamerkan kerana ia ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di malam yang pekat hitam.Moga kalian terus mengerti.

No comments: