Monday, April 13, 2009

Jadilah Seorang Mutadayyinun

"Anugerah berharga pada manusia adalah apabila dia di anugerahkan hidayah Allah untuk menjadi seorang Islam."



Sukar untuk kita nafikan impian akhir hidup kita adalah ke syurga Allah SWT.Pasti tidak ada satupun makhluk yang apabila ditanyakan kepadanya 'mahu ke neraka?' dan jawapannya adalah YA.Siapa yang mahu merasakan kepanasan api yang tiada tandingannya itu? Di dunia sahaja apabila berhadapan dengan panas mentari kulit ibarat ayam panggang yang sudah sedia untuk di makan.Terasa benar akan gigitan mentari.Dan secara automatiknya tangan mencapai remote control untuk menghidupkan penghawa dingin mahupun kipas.Tak ada kipas angin tak menjadi masalah apa sahaja yang boleh memberikan tiupan angin apabila dihuyung sudah memadai.Cepat benar otak manusia itu di fungsikan bagi memenuhi keinginan lahir yang tidak tertanggung.



Mahu berbicara mengenai kepandaian manusia bukan sedikit yang Allah berikan.Kepantasan berfikir milik semua manusia.Semua manusia pandai.Memiliki kelebihan sebagai penambah rasa dan kekurangan untuk di aplikasikan untuk mengajak organ otak membawa ke arah teras impian untuk menjadi kenyataan.Siapa yang berpendapat kekurangan adalah satu aspek penghalang untuk berjaya itulah manusia yang gagal sebelum gagal.Manusia yang lebih berjaya di muka bumi ini adalah manusia yang sentiasa berusaha dan berusaha walaupun adakalanya menemui kegagalan.Jika mahu menjadi manusia yang berjaya jangan takut pada yang namanya kegagalan dan jadikan kegagalan sebagai cerminan kehidupan pada masa akan datang.Allah itu maha Adil sifatnya.Malah di dalam 99 namaNYA ya'ni amsaul husna Al-Adil merupakan satu daripada 99 itu.Maka dengan akal waras dan hati yang yakin mengapa kita selalu meragukan yang hak dan menyalahkan yang tidak bersalah.Kejayaan dan kegagalan membawa pengertian yang sama pada setiap insan.Kedua-duanya membawa erti yang amat besar pada yang bergelar insan.Kerana kejayaan dan kegagalan kedua-duanya adalah ujian yang Allah turunkan pada kita.Malah antara duanya kejayaan adalah ujian yang terbesar buat yang bernama hamba.



Yang mahu di bicarakan pada entri ini bukan isu siapa yang mahu berjaya dan siapa yang mahu gagal.Tapi yang mahu di bicarakan ialah kita semua layak dan mampu untuk berjaya.Namun hanya usaha yang akan membataskan kedudukan kita selepas itu.Yang berusaha seperti melepaskan batuk di tangga maka setakat itu jugalah kejayaan yang dimilikinya.Yang berusaha sehabis daya maka itulah jugalah hasil yang bakal diperolehi.Adakalanya walaupun gagal di pertengahan jalan namun kegagalan juga merupakan kejayaan kerana kepuasan yang diterap dalam hati adalah kepuasan yang total bukan kepuasan yang kalah sebelum kalah.

Pelbagai kejayaan yang bererti dalam hidup.Namun kejayaan yang hakiki adalah kejayaan yang membawa kita ke syurga Allah SWT.Menjadi manusia adalah setinggi-tinggi penghargaan yang Allah berikan pada kita.Ditambah lagi apabila kita seorang muslim.Anugerah yang maha hebat Allah pada kita hambanya.Namun hakikatnya siapa yang mahu hanya setakat muslim sahaja maka disitulah juga ganjarannya.Menjadi seorang muslim belum menjamin syurga Allah.Maka usahalah agar kita sampai ke peringkat yang menjadikan kita manusia agung di sisi Allah Subahahu Wa Ta'ala.

  • Muslimun - Seorang Islam
  • Mukminun - Islam dan beriman
  • Mukhlisun - Islam, beriman dan ikhlas
  • Mutaqqin - Islam,beriman, ikhlas dan bertaqwa
Maka ukurlah diri kita berada di mana saat ini.Kesungguhan seorang manusia yang benar-benar mahu menjadi agung di sisi Allah adalah di mana dia mahu meletakkan dirinya sebagai seorang muslim.Pilihan ada terlentang luas hanya memerlukan kita memilih jalan untuk diri kita pada masa akan datang.Sungguh bukan mudah mencapai satu tahap yang kita inginkan andai kita hanya menyimpan angan-angan ibarat 'Mat Jenin'.Tapi semuanya tidak menjadi masalah andai kita mahu dan benar ingin ke syurga Allah SWT.
Menjadi seorang muslim bukan hanya pada kalimah syahadah.Namun kalimah syahadah perlu di terapkan sedalam dalamnya dalam diri juga di susuli dengan 3 perkara iaitu Tashqidun bil qalbi(mengakui dengan hati), Taqirun bil lisan(melafaskan dengan lisan) dan Amalun bil akran(mengamalkan dengan anggota) disamping menerapkan juga 6 rukun iman.Penghayatan Islam dalam diri memerlukan kekuatan yang bukan sedikit kerana godaan bukan seperti kaki yang dihurung semut maka semburlah dengan spray shieldtox.Namun godaan ibarat pisau yang telah terletak di batang leher kita maka ianya perlu di alihkan dengan keijaksanaan kita sebagai manusia yang dikurniakan aqal fikiran dan kelebihan iman.
Sungguh jika mahu berjaya dalam hidup maka laluilah jalan belukar dengan tabah dan bijaksana.Janga memilih jalan yang lurus kerana kesenangan itu akan bisa menghartar diri kepada kealpaan yang mengheret ke jurang kehinaan.Rebutlah yang sukar namun meninggalkan kesan yang hebat daripada yang senang namun akan disesali.
Ayuh sekalian pengunjung yang budiman sama-samalah kita memperbaiki diri menjadi insan yang bertaqwa menuju mardhatillah agar kita mencapai ke tahap manusia yang mutadayyinun dalam merealisasikan "HIDUP MENANG MATI SYURGA" menjadi kenyataan bukan hanya unkapan dan angan-angan.

No comments: