"Saya rasa Nga Kor Ming lepas ni akan masuk ISA.Adakah pandai-pandai guna ayat Al-Quran dalam ucapannya.Dia bukan Islam"Luah seorang dewasa Islam.
Adakah ia wajar ummat Islam untuk marah atas penggunaan ayat Al-Quran oleh orang bukan Islam dalam ucapan? Penghinaankah apabila orang bukan Islam melafazkan ayat Qur'an dalam percakapan? Perhatian sungguh kita orang Islam atas kesalahan-kesalahan seperti ini.Syabas kerana sensetiviti ini amat perlu untuk masa depan Islam untuk terus tegak di atas muka bumi ini.Namun sesuatu yang perlu kita ambil pengajaran dari tingkahlaku Nga Kor Ming bukan kemarahan yang perlu kita luahkan untuk membuktikan kita benar-benar mengambil peduli akan apa yang menimpa Islam hari ini.Terfikirkah kita akan apa yang beliau lakukan itu benar-benar ibarat tamparan di pipi kita yang bergelar Islam dan Muslim? Orang non-muslim sudah mengambil Al-Quran sebagai rujukan, bukankah tanda positif bagi kita bahawa mereka juga meletakkan kepercayaan pada kitab suci kita?Mungkin kita masih mentafsirkan yang dia menggunakan ayat itu sebagai penghinaan terhadap ayat suci Al-Quran.Tapi malangnya adakah kita sedar yang beliau berucap dalam nada normal dan benar-benar serius bukan melafazkan ayat suci sebagai guraun atau permainan.
Hanya satu konklusi yang saya letakkan atas perbuatan beliau bahawa ianya satu pengajaran pada kita yang mengaku muslim dan Islam.Kurangnya perhatian kita pada ayat-ayat Allah dalam setiap perilaku kita selama ini.Jangan tunggu diri kita bergelar graduan agama, berstatus ustaz atau ustazah baru nak perihatin dan menggunakan ayat Quran untuk berucap namun Al-Quran itu adalah salah satu peninggalan Rasulullah SAW yang agung untuk kita praktikkan dalam kehidupan kita setiap masa.
Cukuplah saudara dan saudariku,
sudah cukup banyak yang melalaikan kita di akhir zaman ini.Hiburan tumbuh ibarat cendawan selepas hujan.Penyokong yang ramai, peserta yang ramai, sambutan yang hebat.Siapa mereka itu? Yang melorongkan dan menyediakan pelung mungkin bukan Islam tapi Islam lah yang paling ramai menjadi penyokong, menjadi peserta juga menyambutnya sebagai hujan emas yang jatuh dari langit.
Sampai bila harus begini? Disaat orang lain berpaling mendekati kebenaran kita yang dilahirkan dengan fitrah kebenaran semakin jauh dari fitrah itu.Ayuh tinggalkan yang gembira namun sementara dan kejarlah yang perit untuk kegembiraan yang kekal abadi.


No comments:
Post a Comment