Monday, April 6, 2009

Qualiti Masa Yang Membawa Bahagia

Bismillahirrahmanirahim......
Alhamdulillah titipan syukur sentiasa yang tidak pernah lekang dibibir pada DIA yang Maha Esa.Juga tidak lupa selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW.Juga buat keluarga baginda, para sahabat dan buat seluruh mujahidin dan mujahidah Islam.Semoga kita semua sentiasa dalan rahmat dan kasih sayang Allah SWT serta terpelihara dalam hidayahnya.Ameen..

Mac sudah hampir seminggu berlalu.Dipenuhi dengan pelbagai bunga kehidupan.Mendorong jejak langkan untuk terus melangkah, mengembara di atas bumi Allah SWT atas niat yang suci.Moga sentiasa mendapat petunjuk kebaikan.Pelbagai ragam dan rakaman kehidupan yang meleretkan senyuman menumpang gembira pada kurniaan nikmat Allah yang tidak mampu kita ramal akan kehadirannya.Benarlah kita merancang Allah juga merancang dan sesungguhnya perancangan dan takdir Allah itulah yang terbaik buat kita.Sama ada ia datang berbentuk nikmat, kegembiraan, ujian mahupun kesedihan itu semua pasti yang terbaik buat kita dan pastinya mempunyai hikmah yang telah Allah sediakan.Maha suci bagi Allah yang maha pemurah dan penyayang.DIA tidak meninggalkan hambanya dalam kesedihan yang selamanya.DIA juga tidak akan meninggalkan hambanya dalam keadaan gembira selamanya namun pada setiap kejadiannya pastinya adil dan saksama.Namun yang paling istimewa setiap kesedihan yang sementara, kegembiraan yang seketika pinjamannya itu andai kita lalui dengan iman dan amal yang soleh akan ada anugerah dan nikmat yang tiada tara di akhirat kelak yakni Syurga Allah SWT.


“Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan ‘amalan soleh (perbuatan baik), bahawa mereka akan memperolehi Taman Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai…” (Surah al-Baqarah, ayat 25)


Kesibukan mac yang lalu menghantar satu rasa muhasabah dan rasa syukur pada diri bahawa kesibukan salah satu benda yang menghalang kita daripada dosa.Memenuhi tanggungjawab pada amanah yang bernama kerja.Juga kesibukan pada majlis-majlis perkahwinan yang perlu di hadiri membuahkan bunga ukhuwah yang mahal harganya.Tahniah buat Saudara Aqil yang baru meraihkan walimah pada 15 Mac 2009 juga buat Ustazah Noordianah Hj. Alwi yang selamat di nikahkan dengan pasangannya saudara Azhar pada 20 Mac dan meraihkan walimah pada 27 Mac lalu.Moga penyatuan dua hati kerana melaksanakan sunnah Rasulullah SAW ini melahirkan generasi Islam yang solah dan solehah.Doa dititip moga memperolehi rumahtangga yang sakinah, mawaddah, warrahmah..ameen.

"Baarakallahu lakuma wa baaraka 'alaikuma wa jam'a bainakuma fi khair - "Selamat Pengantin Baru Moga berbahagia Hingga ke Syurga Allah SWT.Amen"

Sungguh setiap apa yang Allah rencanakan itu pastinya berpasang-pasangan.Ada yang berkahwin ada juga yang pergi meninngalkan kita.Takhziah buat sahabat saya Hayati yang baru sahaja kehilangan ayahnda tercinta.seribu kemaaf du hulur kerana belum ada kesempatan menziarahimu atas permintaan komitmen yang perlu di utamakan.Moga engkau mengerti wahai sahabat.Namun dari kejauhan doa terus saya rafakkan moga engkau tabah menerima kententuan Allah ini dengan penuh keimanan kerana itu sudah janjinya bahawa tiap-tiap yang hidup itu pasti akan merasai mati.Kita yang hidup hari ini juga akan menyusul cuma masa yang kita tidak ketahui."Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita akan dikembalikan"

Syukur juga pada Allah atas kesibukan yang telah tercatat masih ada waktu untuk menghadiri majlis-majlis ilmu bagi memenuhi tuntutan rohani.Tahniah buat Bahgian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia Dengan kerjasama Jakim dan RTM yang julung-julung kalinya membuat rakaman forum perdana ehwal Islam di bumi Wilayah Persekutuan Labuan.Moga ini adalah permulaan yang baik untuk terus mentarbiah warga Labuan.Forum yang hebat itu dipengerusikan oleh Y.Bhg Ustaz Mohd.Ajib Bin Ismail(Bhg.Dakwah Jakim Putrajaya) manakala ahli panelnya terdiri daripada:-




(i)Y.Bhg Dato' Dangiran bin Mustafa(Mantan Timbalan Pengarah Bhgn.Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia)
(ii)Y.Bhg Prof Dr.Sidek bin Baba (Pensyarah Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa)
(iii)Y.Bhg Ustazah Noordianah bt Alwi (Penolong Pengarah Pelajaran JAWI Labuan)



Dua tajuk yang di bincangkan pada malam tersebut ialah "Al-Insan" dan "Perhatikan Daku".Apa pun di doakan moga ianya membawa khair buat semua yang hadir pada malam tersebut.




Hari-hari cuti yang ada juga diisi dengan kelas agama bagi menambah ilmu yang ada amatlah berharga rasanya masa yang lapang daripada di penuhi dengan tidur dan menonton tv.Sudah hampir setahun Kelas Pendidikan wanita di jalankan walaupun sambutannya tidak begitu ramai namun harapan besar moga ahli akan bertambah lagi selepas ini dan harapnya ilmu juga bertambah.Terima kasih Buat ustazah Noordianah yang sudi turun padang mentarbiah masyarakat walaupun kesibukan yang agak padat sehari-hari.



*antara murid-murid kelas pendidikan wanita bersama ustazah Noordianah

Apa yang pasti tiada hasil yang nikmat tanpa usaha sepenuh tenaga.Jadilah kita manusia berilmu kerana Allah Subahanhu Wa ta'ala telah berfirman di dalam Al-Quran Karim:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا قِيلَ لَكُمۡ تَفَسَّحُواْ فِى ٱلۡمَجَـٰلِسِ فَٱفۡسَحُواْ يَفۡسَحِ ٱللَّهُ لَكُمۡ‌ۖ وَإِذَا قِيلَ ٱنشُزُواْ فَٱنشُزُواْ يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬ (١١

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. (Surah Al-Mujadilah Ayat:11)"

Buat penutupan pada Entri ini hayatilah puisi pendek yang amat bermanfaat petikan dari novel "Tautan Hati"


Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak air dituang,
Molekul udara memenuhinya.
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang bahagia,
Ketahuilah,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu tekadkan keyakinan,
Bangunlah dari lenamu yang panjang,
Yang tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biar dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Kerana kita ummat pilihan

No comments: