Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Thursday, September 30, 2010

Jodoh dan perkahwinan

Melewati usia emas 25 tahun memang banyak rasa cabarannya.

Pada usia ini Rasul junjungan menjejak ke alam rumahtangga.Ramai yang kata berkahwin pada usia 25 ikut sunnah.Siapa yang tidak mahu mengikut sunnah Nabi.Walhal kita ketahui bahawa itulah salah satu pegangan dan peninggalan yang apabila kita terus berpegang padanya maka tidak tersesatlah jalan kita.

Isu dan pertanyaan mengenai perkahwinan, menamatkan zaman bujang, menukar status solo ke berkahwin menjadi isu yang selalu menjadi sapaan telinga sejak awal tahun.Bukan saja dari teman-teman yang sudah berumahtangga malah yang berstatus sama juga tidak kurang.Dan akhir-akhir ini adik-adik Nisa' juga sudah pandai mengusik dengan pertanyaan ini.Ehm....tak tahu mahu menjawab apa.Adakalanya menjawab dengan gurauan "ya dalam masa terdekat ni.."

Jodoh akan datang juga perlu di usahakan.Pasti semua wanita mengimpikan seorang suami yang terbaik di matanya juga di pada Allah.Tapi yang penting jadikan diri kita seperti apa yang kita idamkan pada pasangan hidup terlebih dahulu kerana Allah pasti memberikan yang setimpal dengan diri kita.InsyaAllah...

Moga persoalan jodoh ini akan tamat.Bukan malas mahu mendengar namun sudah puas memberi jawapan.


Buatmu yang bakal mendampingiku....

Bakal Suamiku.....
Aku tahu
Kita sudah sekian lama dikenalkan
Cuma ta'aruf nyata yang belum terlaksana
Kita sudah lama terikat
Namun belum dimetraikan
Kita sudah lama disatukan
Namun hakikat nyata belum realiti
Nun jauh di sudut sana
Jasadmu di mahkotakan amanah
Begitu juga aku
Melempiaskan sekerat tenaga pada tugas janji
Yang telah termetrai di azali
Aku tahu
Kau juga tahu
saat itu akan tiba
Namun bila masih menjadi rahsia Ilahi
Kita sama menanti
Pada satu realiti pasti yang dijanji ALLAH
Kesabaran ini bukan satu cabaran
Namun ujian buat kita yang menanti
Pada satu ikatan murni
Yang akan kita usahakan bersama
Agar menjadi
SAKINAH, MAWWADAH, WARAHMAH.....


Buat Sahabat-Sahabat yang bakal & telah mendirikan rumahtangga doa kukirim dengan lafas
"Barakallahu lakuma 'wa baraka alikuma wa jam'a bainakuma fil khair"

Wednesday, October 7, 2009

Selamat Bertempur Adikku!

Hujan menyimbah bumi Allah seawal 2/3 malam hari ini.Langit umpama menyimbah air mata kesedihan pada tingkah laku manusia di akhir zaman ini.Angin pula bertiup kencang umpama melepaskan rasa marah yang sama.Itu semua bahasa alam dan dalam bahasa itu ada zikir yang terlafaz oleh hamba Allah itu.Saya hanya mendefinisikan sedemikian, yang nyatanya Allah sahaja yang tahu.Malaysia berada di tengah, Indonesia di selatan di timpa tanah runtuh dan beratus mayat di temui dan sebilangan lagi hilang.Filipina di barat pula di timpa ribut dan taufan juga mengorbankan sejumlah manusia.Di Samoa pula dengan fenomena tsunaminya juga beribu yang pergi menemui ilahi.Semua yang pergi telah mereka ketahui nasib mereka.Bagaimana dengan kita? Hanya yang MAHA Pencipta sahaja yang tahu.Apa yang penting kita akan melalui juga yang namanya MATI.Maka bersamalah kita mengumpul sebanyak saham untuk akhirat dan berdoa semoga Allah merahmati kita kerana amal bukan penentu jalan ke syurga ia adalah tanggungjawab yang menentukan adalah rahmat dan kasih sayang Allah pada kita yang berstatus 'hamba'.

Hari ini, hari pertama peperiksaan PMR bermula.Adik bungsu saya turut melaluinya dengan izin Allah.Hanya doa yang saya iringi semoga terang hati untuk menjawab dan insyaAllah memperolehi kejayaan dalam PMR yang akan membawa kejayaan di akhirat.Kedinginan masih membungkus seluruh penduduk pulau terkecil ini.Moga kedinginan ini bukan memberi kemalasana tapi mencetuskan semangat agar kita terus bangkit menunaikan apa yang telah kita lafas ikrarkan.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan nyawa pada saya untuk terus bernafas lagi.Moga usia hari ini tidak menjadi sia-sia.SElamat berjuang buat adik-adik yang menempuhi PMR selama seminggu ini.Moga ada kejayaan dunia yang akan membentangkan jalan kejayaan menuju ke akhirat buat kita seluruh ummat NABI MUHAMMAD SAW.

Friday, August 21, 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Semalam pengumuman menyambut ramadhan di umumkan.InsyaAllah Ummat Islam seluruh dunia akan berpuasa pada sabtu ini 22 Ogos 2009 bersamaan 1 Ramadhan 1430H.Hari ini, hari terakhir bulan sya'ban 1430H.Dua hari leopas masyuarat pelantikan AJK muslimat telah berakhir.Alahamdulillah segalanya atas izin Allah.Dukacita diri menerima jawatan sebagai Timbalan Setiausaha.walaupun baru setahun jagung bersama namun doa sentiasa di panjatkan moga Allah sentiasa beri kekuatan dan kudrat berserta hidayah untuk terus sama menghayun langkah agar mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama insan-insan yang berjuang demi ketegakan agama suci ya'ni Islam.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.Usia sampai ke hari ini.Moga Allah memanjangkan untuk merasai manisnya ramadhan.dan moga-moga Ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terbaik dan menjadikan diri sebagai hamba yang lebih beriman dan bertaqwa di sisinya.Ini adalah ramadhan kali kedua kami berada di rumah baru.Menegangkan ramadhan-ramadhan yang lalu penuh dengan kenangna-kenangan yang tersendiri.Apa pun moga kenangan yang manis itu akan terus menjadi ingatan yang membuahkan senyuman dan yang pahit di jadikan iktibar.Sungguh Allah menjadikan yang manis dan pahit itu berpasangan agar kita sentiasa beringat yang hidup kita ini ibarat roda.Adakalanya kita gembira dan adakalanya kita bersedih.Adakalanya kita di atas dan adakalanya kita berada di bawah.Namun segalanya adalah ujian yang Allah telah tetapkan demi meraih redhaNYA.

Apapun mengakhiri coretan pendek ini hayatilah firman Allah SWT:

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.[surah al-Baqarah ayat : 185]


"Apabila masuknya malam pertama daripada bulan Ramadhan para syaitan dan pengganas jin akan dirantai, pintu-pintu neraka akan ditutup, tiada satupun akan dibuka, pintu-pintu syurga dibuka, tiada satupun akan ditutup. Akan ada seseorang yang akan melaungkan, 'Wahai orang yang inginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang inginkan kekejian, berhentilah. Allah mempunyai orang-orang yang dibebaskan daripada neraka pada setiap malam." ((HR Tirmizi, Kitab as-Saum, Bab Ma Ja' Fi Fadl Shahr Ramadhan, No. 618. Dihukum sahih




Ramadhan qarim Allahu aqram......

Thursday, August 13, 2009

Tahniah ; Selamat Pulang

Bismillahirahmanirrahim.....Alhamdulillah atas segalanya.Selawat dan salam buat Rasul junjungan,keluarga baginda juga buat sahabat-sahabat baginda.

Assalamualaikum Warahmatullah.Terima kasih buat yang sentiasa sudi menjenguk ke blog saya.Saya sangat menghargai apa sahaja respon kalian semua walaupun sekecil zarah.Apa pun saya tekankan di sini saya bukanlah penulis yang baik.Saya hanya menulis sebagai perkongsian yang sekecil kuman.Apa pun saya sangat mensyukuri akan nikmat dan anugerah idea yang Allah kurniakan.Adakalanya idea memang banyak tapi kebuntuan untuk mengolah ayat itu selalu hadir dan saya menerimanya sebagai satu takdir bahawa Allah tidak mengizinkan untuk saya menulis mengenai apa sahaja idea yang timbul di minda.Ala kulli hal Allah itu maha pemberi nikmat.Atas nikmatnyalah blog ini terisis juga dengan beberapa coretan.Alhamdulillah.

Saat saya menulis artikel ini saya masih teruja dengan keputusan tilawah Al-quran petingkat kebangsaan kali ke-51 yang berakhir semalam.Tahniah buat qariah kita ukti Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman kerana menyandang johan qariah tahun ini.Juga tidak lupa juga buat johan qari Saudara Usamah Abdullah.Mabruk alaik buat kedua-duanya.


Saat

saya berkira-kira mahu mencoretkan sesuatu dalam blog ini tadi saya menerima satu pesanan ringkas dari kak Long saya.Berita yang benar-benar mengundang sendu di hati.Hari ini kita telah kehilangan seorang penggiat dakwah negara termasuk pejuang industri nasyid negara, Ustaz Asri Ibrahim.Apa yang saya diberitakan beliau meninggal dunia kerana sakit jantung.Apa pun sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham moga rohnya di cucuri rahmat dan tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.Salam takhziah buat keluarga Ustaz.

Selamat pulang srikandi.Kamu mendahului kami pasti menyusul.

"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah di tetapkan); maka apabila
datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak
pula mereka didahulukan"[surah Al-a'raf : Ayat 34]





-AL-FATIHAH-

Tuesday, May 19, 2009

Terima Kasih Guru

Puisi ini ku titipkan Khas buat guru-guru yang pernah berbakti mengajarku ilmu hayat
- Cikgu Saiya(guru Darjah 1)
- Cikgu Jaafar, Cikgu Ngaidah, Ustazah Syamsiah(Guru sekolah rendah)
- Cikgu Noraini,Ustaz Marwan, Cikgu Sainis, Cikgu Jaya, Cikgu Masri,Teacher Asmi, Ustaz Bakhri,(Guru Sekolah Menengah)
- Cikgu Hisham(Guru yang melatihku menjadi naib juara pidato)
& Buat semua guru S.K.Banjar Keningau,SK Rancha-Rancha dan SMK Labuan.

Ucapan ini juga saya titipkan khas buat kakak tercinta
-Cikgu Samsiah

Dan teristimewa buat guru yang mengajarkan ku ilmu mengenal Allah sehinnga hari ini
- Ustazah Hjh.Noordianah Hj.Alwi
- Ustazah Solehah Hj.Alwi



"Selamat Hari Guru"