Wednesday, October 7, 2009

Selamat Bertempur Adikku!

Hujan menyimbah bumi Allah seawal 2/3 malam hari ini.Langit umpama menyimbah air mata kesedihan pada tingkah laku manusia di akhir zaman ini.Angin pula bertiup kencang umpama melepaskan rasa marah yang sama.Itu semua bahasa alam dan dalam bahasa itu ada zikir yang terlafaz oleh hamba Allah itu.Saya hanya mendefinisikan sedemikian, yang nyatanya Allah sahaja yang tahu.Malaysia berada di tengah, Indonesia di selatan di timpa tanah runtuh dan beratus mayat di temui dan sebilangan lagi hilang.Filipina di barat pula di timpa ribut dan taufan juga mengorbankan sejumlah manusia.Di Samoa pula dengan fenomena tsunaminya juga beribu yang pergi menemui ilahi.Semua yang pergi telah mereka ketahui nasib mereka.Bagaimana dengan kita? Hanya yang MAHA Pencipta sahaja yang tahu.Apa yang penting kita akan melalui juga yang namanya MATI.Maka bersamalah kita mengumpul sebanyak saham untuk akhirat dan berdoa semoga Allah merahmati kita kerana amal bukan penentu jalan ke syurga ia adalah tanggungjawab yang menentukan adalah rahmat dan kasih sayang Allah pada kita yang berstatus 'hamba'.

Hari ini, hari pertama peperiksaan PMR bermula.Adik bungsu saya turut melaluinya dengan izin Allah.Hanya doa yang saya iringi semoga terang hati untuk menjawab dan insyaAllah memperolehi kejayaan dalam PMR yang akan membawa kejayaan di akhirat.Kedinginan masih membungkus seluruh penduduk pulau terkecil ini.Moga kedinginan ini bukan memberi kemalasana tapi mencetuskan semangat agar kita terus bangkit menunaikan apa yang telah kita lafas ikrarkan.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan nyawa pada saya untuk terus bernafas lagi.Moga usia hari ini tidak menjadi sia-sia.SElamat berjuang buat adik-adik yang menempuhi PMR selama seminggu ini.Moga ada kejayaan dunia yang akan membentangkan jalan kejayaan menuju ke akhirat buat kita seluruh ummat NABI MUHAMMAD SAW.

No comments: