Saturday, November 14, 2009

Mak Long Dalam Kenangan

Alhmadulillah.puji syukur pada yang Maha Esa mengurniakan kesempatan dalam kesibukan yang bertimpa-timpa untuk mencoret sesuatu dalam ruangan blog ini yang sudah hampir sebulan menyepi tanpa suapan makanan.November sudah separuh berlalu.Bercelaru dengan masalah kerja yang tidak pernah habis ditambah dengan musibah keluarga rasa bebanan itu sungguh berat mahu di tanggung.Namun di mana lagi kekuatan mahu di perolehi melainkan meminta padaNYA.YA, Allah syukur alhamdulillah atas kesabaran dan kekuatan serta ketabahan dan keredhaan yang Engkau kurniakan pada hamabMU yang fakir ini.

Mahu menulis ini semua membuatkan air mata yang kering seketika tumpah kembali.Selama ini apabila melihat orang lain melaluinya hanya bisikan kata-kata kekuatan yang di firmankan dalam Al-Quran cuba untuk di terapkan pada sang hamba yang bernama teman yang melalui pedihnya kehilangan orang tersayang.Namun apabila perkara sama di lalui barulah kita tahu yang sebenarnya melalui saat perginya orang tersayang itu benar-benar menguji kepercayaan kita pada janji bahawa "Setiap yang hidup itu pasti merasai mati".


Semalam majlis tahlil untuk arwah mak Long yang telah pergi mengahadap ilahi 10 November lalu selesai dengan mudah seperti mana yang di izinkan Allah.Dengan bantuan yang Allah kirimkan berasbabkan saudara-saudara seislam segalanya berjalan lancar.Namun masih terbayang-bayang rasanya segala yang telah di takdirkan untuk di lalui beberapa detik terdekat ini umpama mimpi yg tidak berkesudahan.Namun tanparan redha itu adalah penawarnya.Janji Allah itu benar.Maka rugilah insan-insan yang hanya merasa dirinya mengebumikan saudara-saudaranya namun tidak mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.Terfikir seketika dengan lafaz doa moga suatu hari nanti apabila tiba saat untuk diri ini kembali maka pengurusan juga mudah dan mendapat tempat yang terbaik disisi Allah SWT.

Perjalan hidup yang tidak di ketahui hujungnya adakalanya benar-benar menimbulkan debaran yang maha hebat.Setiap hari rasanya yang di nanti adalah saat nyawa itu di hirup untuk yang terakhir kalinya.Mengenang kembali saat-saat akhir yang di lalui sebelum mak long pergi menanti di alam barzakh hati tidak pernah berhenti berdoa agar mak long melalui dengan tenang.Walaupun mak long menghembuskan nafas terakhir saya tiada disisi namun saya redha Allah telah menentukan untuk saya seperti itu.

Satu yang saya belajar dari ini semua bahawa ujian keredhaan yang paling teratas apabila Allah mengambil orang yang kita sayang dari kita.Sepanjang mak long bertaruh nyawa di saat akhir kerisauan saya amat tinggi pada mak.Saya takutkan mak pengsan namun hari ini saya dapat melihat dengan sendiri apa yang selama ini orang sekeliling mengatakan yang mak sangat tabah dan sabar.Saya tahu mak sedih kehilangan satu-satunya kakak yang mak ada dalam dunia ini namun kepercayaan mak pada janji Allah membuatkan saya tersentap dan meyedari bahawa saya tidak seperti mak.Saya lemah sebagai hamba Allah kerana saya gagal melawan imosi kerana merasa sangat sedih.

Mengenang detik itu:

9Nov2009

Jam 7.10pg
-saya menerima panggilan dari hospital,

"Cik Salma?"
"Ya saya"
"Ni dari Hospital.Makcik kamu bertanya tetang keluarganya sejak semalam.tak ada yang nak datang?"
"InsyaAllah ada nanti nurse"
-Saya minta ayah pergi jeguk mak long kerana saya perlu bekerja.


Jam 4ptg
"Al, saya baru hantar mak ke hospital.Haji kritikal.semua orang dah ada disini.Petang nanti balik ofic kita terus pegi ya." Itu butir bicara kak long.Hati saya sudah berdebar-debar.Hanya doa yang mententeramkan.

Jam 6.15ptg
Saya tiba di hospital.Melihat mak long di beri bantuan pernafasan air mata saya laju menuruni pipi.Namun saya cepat beringat, mak lancar meneruskan bacaan Yassinnya tanpa henti.Saya menghampiri telinga mak long.Saya tidak mahu berhenti membisikkan syahadah.Saya bukan mendoakan mak long pergi namun saya redha kerana apa saja yg Allah takdirkan adalah yang terbaik.

Jam 8.30mlm
Saya pulang membersihkan diri.

Jam 9.30mlm
saya bawa mak balik mandi.Ayah dan adik lelaki menanti di hospital.

Jam 10.15mlm
Kami tiba semula di hospital.Saya, mak & kak long menyambung bacaan Yassin.Mak long masih macam tu.Bernafas dengan bantuan mesin.Adakalanya tersekat-sekat.

Jam 1pg
Saya ke surau melelapkan mata seketika.Hanya dikejutkan apabila mak masuk nak solat subuh.Mak long masih sedemikian.Selepas subuh saya balik ke rumah sekejap.Mahu menemankan kak long yang mahu ke sekolah menguruskan cuti.

10NOv2009
Jam 7pg
-Kak long dah ke sekolah,
-Saya maklumkan ofic yang saya bercuti.

Jam 7.05pg
Adik bangsu call
"Kak long cepat pegi hospital bacaan jantung 40"
-Saya bergegas bersama ayah dan adik lelaki.Namun

Jam 7.11pg
Dalam perjalanan telefon sy berbunyi lagi.Adik bongsu.
"Kak Long.(terhenti) Mak Haji dah tak ada."Saya tidak dapat menggambarkan perasaan saya saat ini.Hanya air mata yang laju menuruni pipi.Saya menelefon kak long.
"Kak Syam...."
"Along, sabar jangan nangis.Kita kena terima."

Jam 7.15pg
Hanya jenazah mak long yg saya tenung sebelum saya mengizinkan nurse untuk membalutnya sebelum di hantar kerumah untuk disempurnakan.

Saya mengiringi jenazah sepanjang penghantaran dan meguruskan semampu saya.Saya terus membisikkan kata itu di hati.Kerana permintaan mak long bagaikan terbisik di telinga tanpa henti."long, kalau saya meninggal jangan tunggu uruskan cepat ya"

Akhirnya alhamdulillah jenazah mak long selamat dikebumikan dengan sempurna menjelang waktu Asar.Saya bersyukur kerana jenazah mak long dapat di kebumikan di tanah perkuburan yang menempatkan arwah atuk.Itu salah satu hajat mak long.Dan segala hajat mak long untuk di kafankan dengan kain yang dibelinya semasa menunaikan fardhu haji dulu, dan kerandaanya di tutupi dengan kain yang juga dibelinya dari Mekkah sempurna segalanya.Segala puji dan puja hanya milik Allah SWT yang memudahkan segalanya.

Hari ini Mak long yang saya panggil dengan gelaran Mak Haji sudah dengan rela hati saya tukarkan dengan Arwah Mak Haji.Ya, Allah hanya padamu kutitipkan doa moga Engkau mencucuri Rahmat dan menempatkan arwah mak long bersama orang-orang yang beriman.Amin

Suatu yang tidak pernah saya lupa sehingga akhir hayat saya, yang saya juga bakal diberikan nanti adalah ucap kata "Wahai saudaraku Binti binti Hawa" Sebahagian dari bacaan talkin benar-benar mengingatkan akan diriku bahawa setiap yang hidup pasti akan mersai MATI.

Akhir coretan:
Tenanglah wahai Allayarhamah BINTI binti HAWA di alam barzakh sana.Engkau pergi pada 10 November 2009 menyahut panggilan Ilahi dan kami yang masih melata di atas muka bumi ini bakal menyusulmu namun waktu dan masanya yang tidak di ketahui.Selamat berehat di alam lain sebelum kita semua dibangkitakn lagi di hari perhitungan amal yang menentukan tempat abadi kita selamanya.Kini kita di pisahkan oleh dua alam yang berbeza moga kita akan di temukan semula di syurga Allah yang kekal selama-lamanya.Amin

Dan hari ini saat saya menghabiskan coretan ini hanya kenangan bersama arwah mak long saja yang tinggal.Mak Long tak ada anak,ilmu hanya Allah yang tahu.Tapi mak long seorang yang taat beragama.Hanya mampu kami anak-anak buahnya ini lakukan untuk bantuannya di sana adalah sedekah jariah atas nama mak long.Moga Allah menerimanya.Saya merasa puas atas segala yang saya usahakan untuk kali terakhir arwah mak long walaupun kepenatan namun dalam kepenatan itu saya tidak pernah berhenti merafak rasa syukur pada DIA yang MAHA ESA.Terima kasih ya Allah mengurniakan aku kekutan dan kudrat meyempurnakan fardhu kifayah ini.Moga bila tiba saat untuk diriku nanti segalanya juga berjalan dengan sempurna baik berteraskan syariatmu.Amin.Amin ya Allah, Amin ya Rahman, Amin Ya Rahim, Amin ya Rabbal 'Alamin.

No comments: