Friday, December 11, 2009

Tutuplah Lubang-Lubang Fitnah

Entri pertama dalam bulan Disember.Sudah lama tidak menulis.Idea buntu seketika mendapat kekangan masa yang amat kritikal dan atas muhasabah mendidik hati menjadi sabar dan tabah serta redha.Hati masih berkata-kata renjisan godaan syaitan pada sebuah keimanan yang mahu di runtuhkan amat kuat gegarannya namun hakikat keimanan itu adalah pada didikan kita sendiri dan mahu berada di tahap mana.Sering kali hati terbisik bahawa kita lahir dengan keistimewaan kalimah 'Lailahaillallah' mengapa harus mengalah.Semangat bangkit memecah godaan yang datang bertalu dan rahmat Allah itu luas maka berusahalah agar nasib kita terbela kerana yang membela nasib kita bukan sesiapa tapi adalah diri kita sendiri.

Beberapa hari lagi tahun akan berganti meningkat seangka lagi.Tinggalah segala yang telah di lalui di kenang sebagai kenangan yang mungkin akan pudar dan pergi.Masa lalu itulah perkara yang paling jauh daripada kita.Moga kehadiran tahun baru ini mengajak kita bersama meningkatkan hijrah diri ke arah yang lebih baik di dunia dan insyaAllah pada akhirat.Bukan mahu mengupas permasalahan ataupun mengungkap topik perbincangan namun cukuplah sebagai satu lakaran buat tatapan pengunjung blog yang tidak berharga ini jika ada.

Saat terdetik minit pantas berubah jam pun berpusing masa bertukar baru.Hari melangkah pergi menukar bulan dan tahun.InsyaAllah kita akan ditemukan dengan 1431 hijrah.Pasaklah azam.Perkara biasa yang sering kedengaran setiap tahun yang berlalu.Perkara yang sering menjadi topik perbualan. Tidak kiralah pertukaran tahun Hijri ataupun tahun masihi.Hanya satu ayat iaitu azam.Itulah yang sering di bualkan.Namun sejauh mana kita merealisasikannya maka tanyalah hati dan iman.Kerana hanya kita yang tahu di mana kita berada dari masa ke semasa.

Perkara yang paling banyak terlentak di akhir zaman ini tidak lain dan tidak bukan adalah fitnah.Dilahirkan sebagai kaum hawa adalah satu keistimewaan yang di dokong oleh tugas yang sangat istimewa terpikul di bahu.Bakal menjadi isteri yang sering di gandingkan dengan ungkapan tulang belakang perjuanga suami.Kemudian menjadi ibu yang di anugerahkan martabat tinggi oleh Allah SWT apabila syurga si anak terletak di bawa telapak kaki ibu.namun di sebalik kesemua keistimewaan itu pastinya Allah adillkan dengan sebertentangan dengannya.

Wanita dan fitnah amatlah hampir yang menjarakkan adalah iman.Lubang-lubang fitnah amat terhampar luas pada wanita maka itulah Allah memperingatkan kaum wanita dengan seasas-asas suruhan ya'ni menutup aurat.Dinyatakanjelas dalam surah An-Nur ayat 31;-

وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّ‌ۖ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ ءَابَآٮِٕهِنَّ أَوۡ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآٮِٕهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ أَخَوَٲتِهِنَّ أَوۡ نِسَآٮِٕهِنَّ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّـٰبِعِينَ غَيۡرِ أُوْلِى ٱلۡإِرۡبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفۡلِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يَظۡهَرُواْ عَلَىٰ عَوۡرَٲتِ ٱلنِّسَآءِ‌ۖ وَلَا يَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِيُعۡلَمَ مَا يُخۡفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ‌ۚ وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.(SURAH AN-NUR : 31)



Kemudian Rasulullah SAW pula memperingati kita lagi dangan memelihara sifat malu agar kita sentisa terpelihara dari fitnah akhir zaman yang terbentang luas medannya.Sabda baginda yang mashur untuk kaum hawa:

"pakaian kita taqwa, hiasan kita malu, hasil kita adalah ilmu"

Maka dengan itu jadilah kita manusia yang berpegang pada satu hakikat dimana kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah SWT.Bersamalah kita mencegah daripada merawat.Peganglah hadith Rasulullah sebaiknya.Agar kita menjadi insan yang tergambar dari kata-kata masyur ibnu Majah di bawah:

"semakin bertambah usia semakin hampir kita pada kematian.Rugilah manusia yang apabila terbenam matahari tapi amalannya tidak bertambah"

Berasama kita renungkan.Akhir qalam, hiasi diri perbaiki peribadi banyakkan taqwa moga kita menjadi muslimah dunia dan menjadi bidadari syurga pilihan Allah SWT.


No comments: