
Bergegar rasanya tangan mahu menulis sesuatu untuk di muatkan dalam ruangan blog yang percuma ini.Banyak benar rasanya babanan tahun ini yang terpikul di bahu.Adakalanya rasa seperti mahu lari dari ini semua.Namun tahun terus berlalu sedangkan keluhan tetap keluhan pada perkara yang sama."Sampai bila mahu begini?" Hati selalu membisik sedemikian namun usaha masih gagal untuk memulakan.Mungkin silap diri yang terlalu lemah dengan kudrat.Takkan nak bergerak sendiri siapa yang mahu peduli tapi siapa pulak yang mahu memulakan andai semua takut mahu menampilkan diri.Sedangkan semua yang memencilkan diri itu akan di selongkarkan Allah di masyar kelak apa yang telah di perlakukan semasa hidupnya yang di beri percuma di dunia Allah ini.
Hati berdebar menanti masa yang semakin menghampiri.Mesej telah di hantar kepada semua yang bakal terlibat menjadi tunjang dan tulang belakang untuk menubuhkan organisasi yang bersatu berjuang dengan nama Allah.Hampir sebulan berborak dan berborak bersama kakak-kakak yang hanya di kenali melalui maya bercerita dan terus berkongsi rasa hati semakin terjentik mahu memulakan.Alhamdulillah, insyaAllah dengan restu dan rahmat kasih SayangNYA segalanya akan bermula beberapa hari ini.Hati semakin degendang dengan semangat yang jitu."Ya, inilah masanya."Itulah bisikan hati sehari demi sehari.Semoga Allah terus merestui sehingga titisan kudrat yang terakhir nanti.
Mengulang kembali saat dahulu amat perit rasanya.Membesar dalam suasana persekitaran yang amat sinonim dengan gelaran 'bebas cukai' benar-benar menyentak sanubari.Bukan gah dengan jolokan sedemikian namun jolokan itulah yang amat di takuti kerana tafsiran jolokan itulah yang bakal melonggarkan ikatan-ikatan iman pada Allah tanpa di sedari.Ramai yang datang ke Labuan malah rakan-rakan maya juga tertarik dengan jolokan bebas cukai itu."Mesti barang-barang di Labuan murahkan?" Tidak terbilang rasanya berapa kali persoalan itu menerjah gegendang telinga.Malu rasanya mahu menjawab kerana semua itu hanya indah khabar daripada rupa.Memikirkan semua itu adalah pancingan, rasa diri bertanggungjawab mahu berdiri sama sebaris dengan yang lain mahu menentang slogan keramat untuk pulau terkecil yang hampir tidak kelihatan pada peta Malaysia.
Masih teringat satu coretan rakan blog yang memuatkan entri mengenai Labuan.Komen yang sama namun nada saja berbeza.Saya akui tulisannya semua nyata dan benar.Tidak terselindung bukan juga mahu mengata tapi itulah hakikatnya.Apa katanya, hampir sebaris rumah kedai saja pasti ada sebuah kedai yang menjual arak.Malah botol-botol arak yang ada sudah melebihi angka penduduk Labuan rasanya.Sedih ada pilu pun ada.Ini Nasib saya hari ini.Bagaimana pula nasib anak cucu akan datang? Hanya Allah yang tahu.Benar namun Rasulullah SAW ada berpesan "Jika mahu melihat masa depan negara maka lihatlah anak mudanya hari ini" Ya sudah terang lagi bersuluh.Al-Amin itu tidak pernah berdusta.Maka semangat itulah yang membuahkan kudrat untuk melakukan sesuatu agar masa depan bumi tanah tumpah darah kelahiran ini tidak terus berpayungkan Agama Allah namun di serang ribut taufan fitnah yang menggans tanpa mengira siapa pun dan apakah amalannya.
Didalam hati menanam sebuah azam moga dengan usia yang masih tersisa ini Allah akan terus mengurniakan kudrat untuk berganding bahu pada sesiapa saja yang sudi agar sama-sama menuju mampu mengubah walaupun tidak banyak namun ada setitik bekas yang boleh meninggalkan parut dan meghapus kelukaan semalam untuk menyembuhkan hati yang di kurniakan kalimah LAILAHAILLALLAH untuk terus membersihakn titik-titik hitam agar bersih dan suci semula untuk menerima tanggungjawab sepenuhnya sebagai khalifah bumi yang sementara sebelum di jemput pulang pada DIA yang menciptakan.
Satu harapan dan azam moga setiap titik peluh bersama sahabat-sahabat kelak akan menjadi satu titisan rahmat Allah pada seluruh insan pulau ini agar dapat merubah persepsi dan kembali menujangkan agama sebagai garis panduan hidup dan menjadikan Islam satu amanah dan tanggungjawab yang lebih besar InsyaAllah.Bukan pada sesiapa tapi tentunya pada Allah di pohon semampunya dari hamba yang banyak meminta, kaya dengan doa dan pengaharapan namun miskin dengan usaha ini moga Allah selalu menunjukkan jalan dan dan cahaya pada setiap lorong restunya yang dilalui dan ditebas.semoga semak samun pulau tercinta ini akan tertebas dengan usaha dan pancaran jiwa anak-anak agama yang masih terpancar sinaran cinta pada dunia ini yang mahu diterangi dengan kebenaran.

Ayuh sahabat kitalah orangnya.Jangan beri alasan tapi katakan ya.Usah berdalih tapi mari kita ganggam tangan bersama membina satu tembok perjuangan menentang arus yang membeli diri kita dari agama Suci Islam.
Misi 2010 sudah tercoret moga terlaksana dengan izinNYA insyaAllah
**Rindu Kebenaran**


No comments:
Post a Comment