Thursday, January 14, 2010

Jangan Banyak Beralasan...

Assalamualaikum warahmatullah...alhamdulillah.Nikmat usia yang tiba sehingga ke tarikh ini adalah bonus pada hamba yang sentiasa mengkoreksi diri.Apakah lagi yang ingin saya lakukan pada lanjutan usia hari ini agar menjadi catatan malaikat untuk di bentangkan kepada Allah? Rajin-rajinlah kita wahai yang menyedari dirinya berstatus hamba bertanya agar masa dan kesempatan yang masih Allah beri secara percuma tidak berlalu dengan sewenang-wenangnya.Selawat dan salam buat kekasih Allah Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW.Letih masih terasa kesannya walupun sudah hampir 18 jam dilalui selepas hari kelmarin.Namun ala kulli hal Alhamdulillah.Inilah nikmat usaha seharian yang dititiskan demi sebuah ibadah.

Hari ini bumi Labuan di simbahi rahmat Allah lagi.Alhamdulillah rahmat Allah turun mencurah-curah sejak pagi semalam.Apa yang dibawa olehnya kita tidak tahu tafsirannya apa yang penting angkatlah tangan dan berdoalah moga ianya turun bersama rahmat dan kasih sayang Allah bukan bersama kesan tangan-tangan manusia yang membinasakan.

Sudah hampir seminggu masyuarat pelantikan Jawatankuasa Nisa' Kawasan Labuan berakhir.Namun hati masih di gendang kuat ekoran lantikan sebagai penanung.Hati terasa berat mahu menerima ekoran pengalaman yang tiada malah ilmu yang benar-benar sedikit namun amanah Allah ini saya terima sebagai medan ujian moga dengan adanya sahabat-sahabat yang hebat disisi akan terus menyokong dan menjadi tulang belakang langkah juang ini.Bayang-bayang perjuangan telah dapat dilihat di bumi kecil ini kerana saya lahir dan dibesarkan disini.Bumi yang tersergam indah ini walaupun kecil namun semangat juangnya pada jalan Allah masih kabur asbab kurangnya manusia yang mahu menonjolkan diri.Namun kehadiran warga kampus yang di bina nun jauh di hujung pulau Labuan ini memberi satu harapan dan impian moga situasi akan berubah dari masa ke masa hinggalah bumi yang sinonim dengan gelaran bebas cukai ini akan bertukar menjadi medan memantapkan iman InsyaAllah.

Generasi akan bertukar tangan namun andai tiada generasi yang mahu memulakan maka kekaburan akan terus gelap gelita tanpa cahaya menerangi.Teringat kembali keluhan sang sahabat di YM suatu hari yang diizinkan Allah dulu

"Sal, apalah nk jadi dengan labuan ni? Makin hari makin teruk."

"Awak rasa macam mana?"Saya tidak menjawab tapi bertanya kembali.Ingin melihat dari sudut mana topik yang dibukanya setelah salam bersambut.

"Ialah cuba tengok pemandangan yang ada cuma yang memritkan mata melihat.Jangankan remaja lepak sekarang ni, dengan GROnya, rumah-rumah judi, arak tak payah sentuhlah memang-memang sah ada malah banyak." Panjang taipannya.

"Apa rasanya yang kita kena buat?" Saya meyuarakan provokasi tanpa menjawab.

"Kita kena ubah sal, kesian generasi akan datang."

"Kita? kita siapa?" Saya masih memprovok beliau.

"Kitalah sal.Insan-insan yang masih melihat bumi ini pinjaman Allah."

"Alhamdulillah.Ayuhlah.Saya dengan rela hati sanggup berganding tangan kalau ada yang sudi mendampingi."

"Tapi sal..."

Sampai bila tapi pada setiap manusia itu berguna tanyalah pada diri kita.Saya masih teringat sambungan cerita tersebut yang saya rasakan tidak perlulah saya catatkan di sini.Tapi yang di gunakan oleh setiap insan itulah yang sering mengendurkan matlmat dan semangat juang yang bersayap tapi tak mahu terbang.Saya kecewa sendiri dalam diri.Adakah saya hanya perlu meyendiri.memberontak sendiri menyemarakkan azam namun tiada langkah susulan? Betahun saya bertanya dalam diri samapi bila harus saya ulangi semua sejarah-sejarah sedemikian? Namun Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang.DIA akhirnya membentangkan jalan buatku merealisasikan impian yang telah lama berakar umbi dalam hati.Moga titik mula ini akan merubah 'tapi' yang sentiasa ada itu kepada 'ayuh'.

Ala kulli hal, moga organisasi NISA' yang baru terbentuk membentangkan jalan untuk sentiasa menukar 'tapi' yang sebagai jalan pemintas kepada 'tapi' kepada calan pencerahan.Buat sahabat-sahabat segandingan dalam NISA' ayuh kita jadi generasi yang ada tapi pada pencerahan bukan tapi kepada alasan.Pimpinlah tanganku, menhayunlangkah membuka tabir baru buat seluruh warga bumi Allah yang tercinta ini.Moga Allah sentiasa menyarungkan kita dengan pakaian taqwa dan iman dalam memenuhi tuntutan kehidupan yang menuju destinasi pasti yang di sembunyikan bila masa dan ketikanya.

Takhziah buat sekalian sahabat-sahabat yang terlantik menjadi pemegang amanah moga kalian sabar dalam redha dengan amanah ini moga kesabaran itulah yang menjadi kekuatan buat kita semua.Salam maju jaya buat diri kita bersama-PENGERUSI NISA' KAW.LABUAN.


*Antara Jawarankuasa Nisa' Kaw.Labuan


*JK Nisa' Kaw.Labuan Bersama Timb.Ketua Muslimat

*Ya Allah binalah peribadi taqwa dalam diriku.sungguh aku adalah hambamu yang lemah sering menghubungkan diri dengan orang lain malah sering cuba belajar tentang manusia tapi namun sering gagal memahami diri sendiri? Apa yang aku tahu aku adalah hambaMU yang kaya dengan doa namun miskin dengan usaha.Berilah aku petunjukmu ya Allah.

No comments: