Thursday, January 21, 2010

Segala Pujian Hanyalah Milik Allah

Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah pemilik segala-galanya.Selawat dan salam buat Rasul junjungan keluarga baginda dan juga para sahabat sekalian.Tidak tahu mahu memulakan dari mana.Namun niat dihati mahu sekali mengongsikan cerita yang benar-benar memberi impak yang tinggi pada diri.Namun apa sahaja yang berlaku segalanya adalah milik dan kehendak Allah SWT.KepadaNYAlah segala pujian harus di tuju.

Dua minggu lepas saya di kunjungi oleh insan yang tidak di kenali melalui Yahoo Massanger.Alhamdulillah bertambah satu lagi ikatan ukhuwah melalui maya.Moga ianya membawa kepada kebaikan.Namun saya di kejutkan dengan kemarahan beliau yang menghentam saya.Saya cuba mengamati dari mana asas yang menyebabkan kemarahan yang tersangat itu telah tercetus.Memang amat menyedihkan insan seagama itu menghamburkan kata-kata yang sangat pedih. Namun mengambil iktibar dari sirah perjuangan Rasulullah menyebarluaskan Islam maka saya mengambil inisiatif untuk membaca tanpa menjawab.Mungkin itu lebih baik.Membiarkan dia melempiaskan kemarahannya terlebih dahulu. Saya berpegang pada kata jika seseorang marah maka jangan di lawan atau di celah kemarahannya biarlah dia menghabiskan dulu marahnya bila dia dah sejuk maka mungkin ianya akan meyedarkan dirinya sendiri bahawa kemarahannya hanya sia-sia.Namun jika kita lawan maka bertambah maraklah api kemarahan di tambah pula dengan usikan-usikan syaitan yang tak kelihatan.

Panjang tulisannya tanpa henti hanya sekali saya membalas pada awal dia menaip perkataan salam.Saya membaca dan terus membaca.Akhirnya saya tahu dari mana punca kemarahan yang meluap-luap itu bermula.Semuanya bermula pada tinta tinggalan saya di flatform NUR KASIH. Drama yang mencetus fenomena.Drama yang sangat mencipta rating tertinggi untuk TV3 dan drama yang kononnya mengembalikan penonton Melayu melihat drama anak melayu. Saya lampirkan sedikit tulisan sang hamba itu di bawah ini.Yang lainnya biarlah hanya Allah, saya dan dia sahaja yang mengetahui.

"Saya tak tahu kenapa kamu mengkritik begitu sekali pada usaha baik pengkarya seni dalam menghasilkan drama berbentuk keagamaan.Kamu ni ustazah ke? atau kamu ni pengkritik drama? Pernah menghasilakn drama? Kamu pernah menang anugerah penulis drama terbaik? Atau mungkin kamu pengarah filem terbaik di anugerah filem? Saya tahu kamu hanya penonton. Bagi saya kamu tak ada kelayakan untuk mengkritik penghasilan drama sebaik Nur Kasih.Sepatutnya kita menghargai usaha-usaha insan yang terlibat dalam drama ini bukan menjadi pengkritik belakang tabir.Kalau berani tonjolkan diri kamu di secara nyata. Hasilkan drama yang boleh mencetuskan fenomena yang lebih kuat dari Nur Kasih. Kalau kamu berhasil barulah kamu boleh mengkritik sesuka hati. Kamu ingat kamu ni baik sangat. Allah tidak beri kuasa manusia untuk menjadi penilai tapi Allah saja yang berkuasa menilai hambaNYA. Apa kesalahan Nur Kasih pada kamu? Rasanya tidak ada. Kalau kamu tak suka jangan tengok senang cerita ni kamu pandai-pandai nak kritik hasil kerja orang lain. Ada kamu pernah lihat drama sebaik ini sebelum ini? Muhasabahlah diri kamu sebelum kamu rasa kamu layak menjadi penilai untuk orang lain. Kenapa kamu diam? Takut? Atau dah sedar diri?"


Itulah sebahagian yang saya terima sebagai habuan hasil meninggalkan jejak pada flatform drama kesukaan ramai.Saya mengucapkan tahniah pada insan bernama Safiqah(tak tahulah nama sebenar atau bukan) kerana keberanian dan mungkin satu luahan rasa buat insan yang seberani saya mengkritik drama milik orang ramai itu.Tapi bagi saya saya tidak mengkritik drama tersebut.Saya cuma berhasrat membuka mata sahabat-sahabat perminat drama ini agar tidak terlelu terbuai oleh mata hati yang di kaburi.Tapi sekiranya saya tersalah saya memohin maaf pada semua. Saya membalas dengan ucapan terima kasih padanya.

"Cik Syafiqah yang saya kasihi, mungkin memang silap saya kerana berani mengeluarkan pendapat tentang drama kesukaan ramai.Alhamdulillah saya juga menyaksikan drama ini.Namun bezanya kita,mungkin saya bukan peminat nombor satu drama ini seperti cik Safiqah dan yang lain.Saya tidak berniat menghentam drama ini kerana itu bukan kelayakan saya.Saya bukan penggiat drama dan saya selalu berdoa agar tidak akan terlibat dalam dunia perfileman.Buakn saya benci dunia itu tapi saya tidak kuat untuk masuk melayari dunia milik orang ramia itu. Saya juga tidak mengharapkan anugerah dari pentas ini tapi cukuplah anugerah Allah yang menghadiahkan saya kesempurnaan sebagai manusia agar ini saya gunakan untuk mengabdikan diri padaNYA.Maaf yang tidak terhingga jika apa yang saya tinggalkan di flatform Nur Kasih benar-benar mengundang rasa kurang enak pada cik Syafiqah dan sahabat-sahabat yang lain.Untuk pengetahuan cik Syafiqah, cubalah baca sekali lagi apa yang saya tulis agar cik Syafiqah lebih faham maksud yang cuba saya terapkan. Percayalah cik Syafiqah, apa yang saya tulis bukan mahu membuka aib sesiapa atau menunjuk diri pandai tapi saya tulis atas dorongan hati kerana Allah dan hasil dari pengamatan saya pada beribu-ribu penonton yang meminati drama ini juga hasil bacaan saya pada komen-komen peminat yang lain. Saya takut pada kemurkaan Allah. Nur Kasih tidak salah namun saya takut kerana kesalah fahaman kita pada mesej drama ini kita semakin hanyut jauh dari fitrah kehidupan kita. Saya juga ucapkah tahniah kepada cik Syafiqah kerana sudi memberi pandangan pada komen saya. Semoga keberanian cik Syafiqah ini akan digunakan untuk Islam suatu hari nanti. Saya doakan dari kejauhan. Salam kasih sayang kerana Allah.Terima kasih sudi menjadi tetamu saya.Moga ukhuwah ini berterusan hendakNYA.Amin."


Saya tidak menerima balasan darinya.Saya menunggu hampir sepuluh minit lamanya.Dia cuba menaip sesuatu tapi sentiasa di padam. Dan akhirnya dia pergi begitu saja. Tidak tahu sama ada pergi dengan marah yang masih membara atau pergi dengan kemaafan buat saya. Saya berdoa moga Allah temukan lagi saya dengannya. Kerana bagi saya insan seberani beliau perlu di gunakan untuk Islam.

Pagi ini seperti biasa saya akan mulakan dengan membuka email. Sentiasa memerhatikan andai ada kiriman email-email dari rakan sekerja yang berada di daerah lain yang mahu saya membuat tindakan lanjut.Alhamdulillah tiada.Tapi yang membuatkan saya terkejut saya menerima email dari Cik Syafiqah yang hilang selama dua minggu itu.Saya terharu dan melafazkan syukur yang amat tinggi buat Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang pasti segalanya datang dariNYA jua. Dia menulis sepeti ini;

"Assalamualaikum...buat seorang insan yang saya hormati, terlebih dahulu sama-samalah kita panjatkan syukur kepadaNYA atas limpahan usia yang masih di beri.Moga hari baru ini di lalui dengan iman yang bertambah dan taqwa yang semakin baik.Apa khabar saudariku? moga sihat hendakNYA. Pertama sekali lafaz kemaafan yang tinggi pada diri saudari atas apa yang telah saya lakukan dua minggu yang lalu.Alhamdulillah, membaca berulang-ulang kali apa yang saudari tulis di flatforn Nur Kasih akhirnya saya faham niat baik saudari pada semua yang meminati drama ini.Ya benar sekali.Secara terus terang mungkin apa yang saudari nyatakan saya lalui. Lama saya bertafakur dan akhirnya air mata saya menitis menginsafi kesalahan diri yang hanyut di buai arus dunia fana.Benar kata sudari Nur Kasih memang tak bersalah begitu juga setiap yang terlibat dalamnya. Siapa yang bersalah adalah insan-insan seperti saya yang lebih memuja mengikut nafsu semata.Seperti kata saudari Nur Kasih memang drama yang baik tapi saya sebagai peminat buta menilai apa yang sepatutnya saya dapat dari drama itu.Saya berterima kasih pada saudari yang mencelikkan mata hati saya dari terus di kaburi oleh olahan cinta yang membuai persaan.Sungguh saya amat menyesali semua apa yang pernah saya lalui atas kebutaan mata hati saya.Saudari amat beruntung kerana memilki mata hati yang tajam untuk menilai hati-hati insan seperti saya. Doakan saya saudari agar terus berusaha mencelikkan mata hati yang sentiasa kabur dan gagal menilai permata pada celahan kaca yang berkilau.Salam ukhuwafillah abadan abada."


Saya menyudahi bacaan itu dengan lafaz syukur ke hadrat ilahi.tiada pemilik syukur melainkan hanyalah Allah SWT. Dialah pemilik segala pujian.Saya menitiskan air mata dengan rahmat Allah yang begitu mengasihi hambanya. Membuka apa yang tertutup selama ini.Saya berdoa moga selepas ini bukan hanya Syafiqah yang merasai nikmat besar rahmat Allah tapi juga buat diri saya dan yang lain.Saya simpulkan semua ini dengan kata "mata hati itu tidak pernah berdusta".Terima kasih ya Allah.

*P/S==>gt;Nur Kasih tidak ada salahnya tapi adakalanya mata hati kita gagal mencari mesej yang mahu di sampaikan hingga terpuja-puja yang tidak layak.Berhati-hati dalam menilai apa yang berada di pandangan mata.

No comments: