Friday, October 2, 2009

Catatan Aidilfitri 1430H

Salam Syawal. Hari ini syawal sudah tiba ke hari yang ke 13.Sudah Hampir dua minggu kita meraikan syawal yang mulia,hari kemenangan buat seluruh umat Isalm.Namun adakah kita yang menang ini benar-benar menang? Tanyalah hati kita sejauh mana kemenangan syawal itu kita raih sepenuhnya betepatan dengan pengurniaannya.

Ini adalah coretan pertama di bulan baru masihi dan qamari.Alhamdulillah umur masih di panjangkan sehingga ke hari ini.Di kurniakan kudrat untuk terus bertenaga setelah melalui hari-hari selesema selama 4 hari yang lalu.Syukur Alhamdulillah.Kepada-NYA jua segalah rafak syukur di tujukan.DIA yang maha pengasih lagi maha penyayang.Mengurniakan sakit sebagai ujian dan kesembuhan sebagai salah satu nikmat yang tidak terhingga.Maka Lafaz apakah yang harus di keluarkan melainkan Alhamdulillah.

Syawal yang tiba, insyaAllah menghantar kita pulang ke asal.memelihara segala amalan ramadhan moga istiqomah pada 11 bulan berikutnya dengan doa moga bertemu lagi ramadhan yang seterusnya.Memperbaharui amal dan memperbaiki diri, membersihkan hati menjernihkan niat.Semua di adun bersama agar kita mencapai kebahagian dan kemenangan yang hakiki.Hidup adalah kebahagiaan namun akhirat adalah kebahagiaan yang di cari.Berseimbanglah dalam berusaha agar kita dapat menikmati pahitnya hidup yang membahagiakan dan manisnya kahirat yang akan kekal abadi.

Mungkin saya tidak sepatutnya menulis ini semua tapi saya tidak ada tempat mahu meluahkan melainkan pada DIA yang Maha mengetahui.Saya menulis dalam blog ini hanyalah perkongsian ikhlas anadai di terima oelh hati-hati yang terbuka pada yang namanya kesedran.InsyaAllah.Saya akui saya bukan penulis yang baik namun dengan kudrat dan insyaAllah atas izin dan ilham dari Allah, insyaAllah akan terus saya berusaha mencoret apa sahaja yang saya ingin kongsikan pada sesiapa yang sudi untuk terus membaca coretan saya dengan harapan moga apa yang saya kongsikan ada sedikit kebenaran yang boleh menyentuh hati yang ingin kembali ke fitrahnya kerana saya mahu semua yang sudi membaca merasai akan rasa indah yang saya rasakan atas kurniaanNYA.

Perjalanan hidup yang penuh dengan kepahitan memang amat perit untuk di lalui namun apabila Allah menakdirkan semua sedemikian pasti kita terpilih untuk melalui satu detik yang amat membahagiakan diri kita sendiri.Ya fitrah itu indah walaupun berliku perjalanannya namun ada kebahagiaan yang menanti di hujung segalanya yang pahit itu.

Aidilfitri kali ini terlalu banyak yang menghibakan.Mungkin kerana aidilfitri adalah saat mengumpulkan semua ahli keluarga dan mungkin juga aidilfitri adalah hari meleraikan segala yang terpendam.Seperti biasa takbir raya sering menghibakan.Ayah awal-awal lagi mengalirkan airmata.Airmata insan yang berbeza-beza sebab dan tafsiran.Tapi apa yang nyata airmata itu besar ertinya pada perginya Ramadhan bulan mulia yang dirindui.Sedar atau tidak mungkin ini kali terakhir kita melalui ramadhan.Mungkin selepas ini kita akan pulang menemui pencipta rabbul izzati siapa yang tahu.Nasib kita berbeza-beza hanya Allah yang maha tahu.Sekiranya ramadhan lalu adalah ramadhan yang terakhir buat Ustaz Asri mungkin tahun ini adalah buat kita Wallahu a'lam.

Seperti biasa solat aidilfitri adalah satu kemestian buat saya.Namun tahun ini amat berbeza suasana kerana hanya adik bungsu yang tidak mendapat keizinan Allah untuk bersama tunduk kepada ilahi di pagi syawal yang mulia.Sejak kaki melangkah ke masjid air mata terus bertakung tanpa henti.Dihapus dan berganti lagi.Kutbah pagi raya juga sangat menyentuh hati.Menyentuh tetang definisi kemenangan yang berbeza-beza pada tiap insan.Juga tidak lupa menyentuh akan keadaan umat Islam masa kini.Hanya Pada Allah jua di panjangkan doa moga ummat Islam akhir zaman ini akan terus berubah lebih mendekatkan diri pada pencipta.Amin.Akhir solat air mata yang bertakung tumpah jua apabila bibir ini melafaz permohonan maaf pada bonda dan ayahda yang tercinta.Dan air mata terus saja tumpah apabila menziarahi pusara arwah atuk.Saya adalah cucu terakhir melihat dunia saat atuk masih bernyawa.Adakalanya tertanya-tanya mengapa Allah menjemput atuk terlalu awal namun saya redha walaupun tidak pernah bersua muka dengan atuk tapi pesana arwah atuk yang di sampaikan melalui bonda tidak pernah saya lupakan.Walaupun satu ketika dulu kealpaan itu pernah hadir namun saya telah berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.Kerana saya tahu istiqomahnya saya menjaga status sebagai hamba pada Allah adalah cahaya buat bonda dan itu buktinya bonda tidak gagal mendidik saya menjadi anak yang patuh pada syariat yang akan menjadi cahaya buat atuk di dalan barzakh kerana bonda menjadi anak solehah buat atuk.Jauh di sudut hati walaupun saya hanya berada dalam pelukan atuk pada saat saya masih bayi saya tetap merindukan atuk.Atuk yang menjadi sanjungan beberapa kenalan lamanya.Hampir setiap insan yang berusia apabila mengetahui saya cucu atuk semuanya bercerita tentang jasa atuk pada mereka semua.Namun segalanya hanya memori yang telah berlalu tapi setiap tahun saya tetap akan berziarah ke sini untuk membenamkan rindu yang sangat dalam buat atuk yang kini bersemadi di alam yang telah Allah janjikan.Alam yang saya juga akan lalui bila tiba saatnya nanti.

Aidilfitri ke-3 saya dan bonda pulang ke kampung menziarahi mak long yang terlantar sakit sejak ramadhan.Saya tahu bonda bukan satu-satunya adik yang mak long ada namun bonda mempunyai satu rasa taggungjawab pada mak long yang tidak di kurniakan zuriat.Walaupun suatu masa dulu bonda mempunyai sejarah kelam dari mak long tapi naluri bonda yang sangat pemaaf itulah yang saya banggakan.Bonda tidak berdendam walaupun bonda pernah di sakiti.Jauh di sudut hati saya selalu berdoa agar saya mewarisi sifat itu dari bonda.Melihat keadaan mak long yang separuh nazak dan sukar untuk berdiri tanpa bantuan, saya berdoa dalam hati agar Allah tidak menguji saya dengan menakdirkan bonda seperti itu suatu hari nanti kerana saya takut saat itu nanti menjadikan saya anak derhaka pada bonda.Maafkan anaknda kerana menulis seperti ini bonda tapi anaknda tahu anaknda tidak sehebat bonda yang tulus dan mempunyai persaan sayang yang tidak terbatas.Apa pun satu yang saya perolehi apabila pulang dari menziarahi mak long, bahawa Allah itu maha berkuasa dalam setiap sesuatu.DIA yang mengurniakan kesihatan sebagai nikmat dan kesakitan sebagai satu ujian.

Akhir qalam pada coretan ini, semoga Allah mengurniakan kesihatan semula kepada mak long dan ibu sehingga ke akhir hayat.Walaupun sukar rasanya mahu mencoretkan ini semua apabila terpaksa bertarung dengan air mata namun dari sudut hati yang dalam saya mengharapkan coretan ini ada manfaat buat sekalian tamu yang sudi singgah dan membaca di sini.Moga coretan ini memberi iktibar pada semua yang mempunyai ibubapa di luar sana agar tidak membiarkan mereka sunyi tanpa kita.Sama-samalah kita majadika diri kita istiqomah pada suruhan Allah dan menjauhi segala larangannya agar apa yang kita lakukan ini juga turut menjadi penyeri buat ayahnda dan bonda.

"Suci bersih di aidilfitri.Salam kemaafan dari saya untuk semua"

Selamat memelihara roh ramadhan untuk samapi ke ramadhan yang seterusnya insyaAllah.

No comments: