Monday, September 14, 2009

Memori buku "Aku Terima Nikahnya"

Salam penghujung ramadhan,



24Ramadhan1430H

Pelbagai rasa mahu di coretkan sepanjang buku "Aku Terima Nikahnya" menjadi santapan mata dan minda.Buku tersebut saya mulakan pembacaannya pada hari sabtu dalam fasa ke dua ramadhan.Bukan tidak pernah mahu mendapatkannya namun keterbatasan masa untuk mencari di kedai-kedai buku amat terbatas.Memandangkan lagi buku tersebut susah untuk diperolehi walaupun sudah di ulang cetak beberapa kali.Alhamdulillah akhirnya buku tersebut dapat juga saya perolehi.Rezeki sudah tertulis untuk saya memperolehinya pada bulan mulia ramadhan.Malah bonus pula apabila memiliki buku keduanya iaitu "Bercinta Sampai Ke Syurga".

Saya kini sedang dalam proses membaca buku ke dua coretan ustaz yang terkenal dengan penulisn-penulisan beliau melalui blog.Saat pertama kali membelek lembaran muka surat pertama buku "Aku Terima Nikahnya", saya berada di dalam bas dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.Lucu ada, terkesima dan pelbagai rasa yang saya rasa saat saya memulakan bacaan.Insan yang duduk bersebelahan dengan saya tersenyum-senyum melihat saya.Saya tidak tahu kenapa.Mahu juga bertanya tapi isi buku yang sudah saya khatamkan di blog saifulislam.com itu lebih menarik rasa.Saya buat-buat tidak melihat senyuman sinis insan yang tidak di ketahui nama yang duduk bersebelahan dengan saya.

Tidak sampai lima minit menunggu bas memulakan perjalanan.Saya masih melayan rasa yang membuak-buak membaca umpama saya hilang dari perut bas dan berada di alam lain.Sekilas memandang insan yang tidak di ketahui nama di sebelah hanya senyuman yang saya hadiahkan.Dan akhirnya tanpa saya duga dia memulakan bicara menegur saya.

"Kamu minat membaca ya." Saya tidak tahu itu soalan atau hanya pemanis buka bicara.

Saya mengangguk.

"Dah dua kali saya duduk bersebelahan dengan kamu dalam bas, dan setiap kali itulah kamu akan membaca buku." Saya tertarik.Kuat sungguh ingatannya.

Saya menutup buku tersebut.

"Owh...perihatin sungguh kamu ya samapaikan boleh ingat semua itu." Dia tersenyum.

Lama membisu saya membuka buku semula.Saya ingatkan bicara tanpa perkenalan itu telah tamat.Namun tidak sampai lima minit dia membuka mulut semula.

"Kamu memang suka baca novel cinta ke? Apa yang kamu cari dalam novel cinta?" Dua pertanyaan.Saya tetap senyum.Bagi menghormatinya, saya menutup semula buku dan melayan soalannya.

"Kenapa saudari berkata begitu?"

"Ialah buku tu kan buku cerita cinta."Dia memuncungkan bibir ke buku di tangan saya.Saya masih tersenyum.

"Kenapa saudari kata buku ni buku cinta?"Saya bertanya lagi.

"Aku terima nikahnya, itukan lafaz akad nikah.Jadi buku tu memang buku cinta kan?"

Bijak sungguh.Itu tanggapan saya pada saudari tersebut.Tapi bijak yang saya maksudkan bukan pada meneka akan buku yang saya baca.ternyata dia sangat perihatin pada keadaan sekeliling sehinggakan buku yang saya baca di ketahui judulnya walhal setahu saya, saya tidak menunjukkan apa judul buku saya padanya.Mungkin kerana nikmat matanya yang belum kabur.

Mungkin tanggapan ramai orang ini buku cinta.Tapi pada saya ianya adalah buku motivasi.Kerana walaupun buku ini terbit hasil pengalaman penulisnya dalam cinta tapi yang lebih utama saya perolehi dari buku ini ialah unsur motivasi.Kerana perjalanan cinta penulis yang di kongsi dalam buku ini menjadikan kita lebih kenal apa itu cinta.

Dia nampak seperti tidak bersetuju.

"Lihatlah"Saya menghulurkan buku tersebut kepadanya.Selepas membaca di bahagia kulit belakang buku tersebut beliau tersenyum.

Kenapa? Itu pastinya persoalannya

"Maaf mungkin saya terlupa pepatah orang Inggeris "don't judge the book by it's cover".InsyaAllah saya akan memperolehinya.

Saya tersenyum penuh makna.Tidak menyangka memori sebegini akan terlakar hanya kerana sebuah buku dan berada di dalam bas.Sungguh bijaksana Allah mengaturnya.Tapi malangnya saya sungguh terlupa mahu bertanyakan nama saudari tersebut sehinggalah kami terpisah dengan senyuman apabila beliau turun ke destinasinya.Allahuakbar!

Moga ada pertemuan lagi bersamanya.

Dalam tiga hari ini saya mula membaca "Bercinta Sampai Ke Syurga", dan terfikir pulak saya mungkin ada yang bertanya apakah saya sudah berumahtangga atau mahu berumah tangga memandangkan ada label yang tertulis 'kemudi rumahtangga' di sisi kiri buku tersebut.:)..Sungguh memori itu indah walaupun hanya seketika dan di mana andai hati kita tenang melaluinya.

Subahanallah!!

No comments: