Memerhatikan perilaku manusia di sekeliling kita yang pelbagai ragamnya adalah salah satu landasan untuk kita memperbaiki diri kita.Itu tanggapan saya kini.Dulu saya suka memandang manusia yang pelbagai ragam dengan pelbagai reaksi.Apabila saya memandang seorang ustazah, saya tertarik untuk menjadikan diri saya sekurang-kurangnya 1/4 daripada ustazah tersebut.Apabila saya terpandang orang yang berkelulusan saya juga mahu berjaya sepertinya.Jika manusia yang melanggar hukum agama menjadi tatapan mata saya adakalaya sedih dan adakalanya saya rasa seperti merendahkan orang sedemikian.Namun saya sedar semua itu kerana saya memndang mereka dengan mata kasar dan emosional.
Pandangan saya terhadap manusia yang beragama tapi tidak beramal dengan agamanya mula berubah apabila saya cuma memandang ragam manusia seperti ini dengan mata hati dan bertunjang keimanan.Mereka sebenarnya tidak bodoh tapi mereka membodohkan diri hanya kerana mahu merasai nikmat dunia dengan segala alternatif yang ada tanpa mengetahui akan impaknya.
Saat saya menulis entry ini, saya bertarung dengan linangan air mata memikirkan segala dosa-dosa saya selama ini.Benarlah nikmat hidayah Allah itu apabila menyusup dalam sanubari manusia keturunan Adam, sukar untuk di ungkap dengan kata-kata.Saya memikirkan tentang diri saya sambil saya memikirkan saudara-saudara,rakan-rakan dan umunya ummat islam yang masih jauh dari landasan agama.Hati saya robek membayangkan azab yang Allah janjikan buat insan-insan yang ingkar akan perintahnya.Jika saya merasakan hati saya robek, saya turut terbayangkan hati insan-insan yang bergelar ustaz dan ustazah yang pastinya sudah lama terkoyak robek dengan semua ini.
Benarlah apa yang kita lihat hanya ibarat debu yang berterbangan apabila kita melihatnya sahaja.Tapi apa yang kita lihat akan kita lihat hikmahnya apabila kita melihat dengan berlandaskan apa yang telah Allah gariskan.Itulah yang saya praktikkan dalam diri saya kini.Apabila melihat kebaikan di hadapan mata saya meletakkan diri saya pada si pembuat kebaikan itu dan begitulah sebaliknya dan saya merasakan ada sesuatu yang saya perolehi daripada dua situasi yang berbeza itu.
Jika penyakit yang melanda orang dewasa ialah penyakit lupa diri.berpesata umpakan dia kembali ke zaman remaja yang penuh kemanisan tanpa segan silu memeperlihatkan apa yang mereka miliki.Namun penyakit remaja kini lain pula kerana penyakit mereka adalah yang bernama Cinta.Saya tidak tahu mendefinisikan bagaimana kerana saya bukan pakar cinta.saya juga bukan ustazah tapi saya cuma melihatnya melaui kosep diri saya sendiri.Saya tidak pernah merasa erti cinta antara insan.Walaupun ada juga beberapa lelaki yang pernah mengetuk pintu hati suatu ketika dahulu tapi apa yang saya perolehi hanyalah rasa gunha dan resah.Berteraskan pesan nabi bahawa 'hati itu cenderung ke arah kebaikan dan resah kepada maksiat saya memohon diri dari insan tersebut agar tidak terus hanyut di bawa arus pujukan nafsu dan syaitan.Kini Alhamdulillah saya lebih merasa tenang dan saya harap insan itu juga merasakan sama walaupun agak sukar baginya menerima keputusan saya.Tapi saya tahu dia memahaminya dan memerlukan masa untuk menerima dan menyedari akan hikmah keputusan saya.
Saya berdoa moga teman-teman yang mengelilingi saya dalam melayari hidup dan kesempatan yang masih ada ini, akan turut sama merasai apa yang saya rasakan.Tahanlah diri kita untuk lebih merasai akan nikmatnya cinta yang lebih berhak.
Saya baru saja menamatkan bacaan buku Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, pemilik blog saifulislam.com yang bertajuk 'Aku Terima Nikahnya'.Walaupun semua yang tercatat dalam buku tersebut telah saya khatamkan beberapa kali di blog beliau, tapi membaca bukunya lebih membuatkan saya menerima apa yang diberi beliau melalui buku tersebut kerana artikelnya tersusun dengan mengikut apa yang mahu di sampaikan.Perasaan saya lebih tenteram kini atas sokongan artikel-artikel beliau yang menyampaikan apa yang sebenarnya bermain di benar remaja seperti saya.Terus terang saya semakin merasa kuat untuk memegang azam yang telah saya pasakkan dalam jiwa.Saya tidak menolok cinta tapi biarlah cinta yang kita genggam esok bukan cinta yang memporak perandakan perasaan tapi cinta yang lebih menenteramkan hati kita dan berteraskan cinta kepad DIA yang MAHA ESA.Dan insyaAllah buku kedua beliau, "Bercinta Sampai Ke Syurga" akan saya mulakan bacaan jika ada ruang waktu mengizinkan.Tidak ada apa yang ingin saya perolehi melainkan sedikit ilmu Allah yang di kongsikan insan yang bernama hamba agar dapat saya kongiskan kepada hamba-hambaNYA yang lain kerana saya tahu tidak semua sahabat-sahabat saya malah mungkin mereka semua bukan pembaca saifulislam.com.Oleh itu apa saja yang saya perolehi dari setiap coretan ustaz Hasrizal akan saya kongsikan pada teman-teman yang lain dalam versi pemahaman saya.Semoga ustaz mengizinkan saya yang dhoif ini.
Akhir coretan kedua di mulan mulia ini saya sentiasa mengharapkan moga apa yang saya rasakan ini bukan hanya melekat sementara pada hati.Dan saya sentiasa berdoa moga hidayah Allah akan terus utuh di hati ini dan semoga Allah memberi kekuatan untuk terus memeliharanya.Buat sekalian pembaca blog ini doakan agar kita semua sama-sama istiqomah dalam memlihara manisnya iman dan taqwa hanya pada Allah SWT.
Selamat melalui hari-hari akhir di bulan ramadhan.
Selepas Salju Sakinah
14 years ago


No comments:
Post a Comment