Tidak sampai sebulan rasanya minda ini terilham untuk menggerakkan jemari bagi mencoretkan sesuatu tetang ikhlas.Namun rasanya di kesmpatan hari ini perkara yang sama juga mahu di coretkan.Ternyata ikhlas itu tidak semudah perlafasannya.Seringkali kita terdengar dan mungkin juga kita sendiri yang melafaskannya
"Saya ikhlas tolong awak"
"Tak apa saya Ikhlas"
Dan adakalanya ianya juga berbunyi seperti ini.
"Its ok, saya bagi ikhlas."
Namun sejauh mana bukti kata-kata kita itu seiring dengan tutur hati, tidak siapa yang tahu.Tetapi tidak selamanya mampu kita sembunyikan.Tuhan itu maha mengetahui sifatnya.Jika tidak hari ini tapi akan sampai satu masa kita mungkin terlepas kata ataupun terluah atas kehendak sendiri.Ternyata ikhlas itu adalah benda yang amat sukar kita laksanakan.Jika ada yang mengatakan menjaga hati orang itu sukar, menjadi pendakwah itu sukar, bekerja itu sukar tapi di sebalik itu semua akan mudah andai ikhlas itu bersarang di sanubari.
Hilangnya ikhlas, ibarat kepercyaan juga berkecai bagai kaca yang terhempas di lantai batu.Itulah yang saya rasakan sejak semalam.Entah mengapa hati saya benar-benar ibarat kaca yang berkecai apabila insan-insan yang kita hormati dan kasihi malah turut kita percayai rupanya ibarat talam dua muka.
Kejam sungguh bila menjadi manusia seperti itu.Tapi siapa kita yang mahu menghalangnya.Masing-masing mempunyai peranan, datang dengan hati yang mengharap sentuhan hidayahNYA namun kita seringkali mungkar.Kita lupa akan tanggungjawab dan tujuan kita yang sebenar bila melibatkan diri pada sesuatu keadaan.Dan konklusinya pengisian yang kita harapkan akan jadi kosong dan nol pada akhirnya.Maka apa yang kita perolehi gagal untuk kita peraktikkan kerana gagalnya kita menitik beratkan ikhlas dalam melakukan sesuatu.
Selepas Salju Sakinah
14 years ago


No comments:
Post a Comment