Saturday, November 15, 2008

Salju Sakinah Novel Islami


"Jom Kita main Salji di universiti"

Itulah kalimah akhir qalam buku Salju Sakinah yang baru saya khatamkan sebentar tadi.Alhamdulillah,Menarik! Hebat! itulah ayat yang pertama saya tuturkan setelah buku itu saya temukan muka depan dan kulit belakang.

Tahniah kepada pengarang yang menggunakan ilham Allah subahanahu wa taala sebagai satu medan dakwah.Doa dari saya selaku pembaca moga ilham akan terus di kurniakan dariNya agar terhasil lagi buku-buku yang boleh di jadikan satu method tarbiah buat setiap hati-hati yang dahagakan sentuhan hidayahNya.

Ucapan terima kasih buat seorang adik yang mengenalkan saya dengan buku ini bulan lalu.Juga jutaan terima kasih buat kakaknda Syamsiah yang sudi membelikan buku ini untuk saya.Dari bandaraya metropolitan kakandaku tersayang mengagahi masa yang amat singkat untuk mencari buku yang berkulit biru lembut merakamkan wajah wanita yang berhijab namun rezeki mendapatkan buku ini bukan di sana tapi di bandaraya Negeri di bawah bayu.Terima kasih sekali lagi moga Allah saja yang membalas budi baik kakaknda dan adik yang tidak pernah putus untuk mendorong saya menjadi pencinta buku.

Dengan ilmu sastera yang tidak sepintar mana, namun ingin juga rasanya mengulas dan merumuskan novel yang telah memasuki cetakan ke empat kalau tidak silap.

Setelah berpuluh-puluh buku yang di baca, entah mengapa novel ini turut meruntun sanubari.Mungkin kerana seperti tidak percaya seorang penulis lelaki bisa melakar jalan cerita kehidupan seorang wanita setabah Sumayyah.Bagi saya yang hawa sekalipun kadang-kala sukar menafsir dan menyelami isi hati sesama hawa namun penulis begitu teliti malah bijak mengolah ayat juga tidak keterlaluan jika saya katakan beliau seolah-olah benar-benar berjaya menyelami hati wanita berbanding saya sendiri.Subahanallah...Ternyata Allah itu pengasih dan maha kaya.

Selepas Seindah Mawar Berduri, saya susuli memiliki Tautan Hati dan kemudian Syabab.Semuanya dari hasil tangan orang yang sama, Ukhti Fatimah Syarha Mohd.Noordin.Walaupun pada awalnya saya juga sudah memiliki dan membaca buku hasil air tangan penulis terkenal seperti Noorhayati Berahim, Salina Ibrahim, Ramlee Awang Murshid dan ramai lagi tapi akhirnya saya benar meminati penulis novel Salju Sakinah ini dan ingin sekali terus mengikuti perkembangannya.

Pada semua yang turut mempunyai minat membaca seperti saya, saya sarankan perolehilah novel ini kerana ada sesuatu yang bisa kita pelajari dari susunan ayat-ayat ilham dari Allah.

No comments: