Monday, November 10, 2008

Salam Berbahagia Dunia Dan Akhirat


Puji pujian buat yang maha esa mengurniakan kudrat dan idea untuk terus mengabdikan sesuatu dalam blog ini.Selawat dan salam kepada insan yang memberi kesempatan untuk sekalian manusia merasai nikmat Islam tidak lain dan tidak bukan buat junjungan Muhammad SAW.

Alhamdulillah hari ini kelapangan kerja yang sedikit memberi ruang untuk mengisi satu lagi penceritaan yang tersusun dek huruf-huruf untuk menyampaikan sesuatu buat perkongsian kepada semua yang bertamu.Nikmat Allah yang paling bahagia.

Semalam di beri ruang waktu dan kudrat menghadiri satu majlis risik dan bertunang seorang insan yang banyak memberi tarbiah pada diri walaupun perkenalan yang begitu singkat.Ternyata usia perkenalan bukan ukuran jika ingin sampainya ilmu ke dalam jiwa yang memerlukan.Allah itu maha penyayang lagi maha pengasih sifatnya.Oleh sebab itulah segala yang baik datang dariNYA dan kekurangan itu datang dari hambanya yang dhaif.

Dalam usia yang semakin berganjak akhirnya beliau akan menamatkan zaman solo.Mendirikan masjid manunaikan sunnah Rasulullah SAW.Alhamdulillah, Allah membuka jalan baginya merasai satu lagi nikmat yang dikurniakan.Tahniah dari anak muridmu yang sentiasa perlukan bimbingan darimu.Doa sentiasa mengiringi perjalananmu agar memperolehi rumahtangga yang sakinah mawaddah dan rahmah.
Mungkin pada semua yang bertamu tertanya-tanya siapa gerangan insan yang saya ceritakan.Namun seribu kemaafan dari saya kerana belum diberi kebenaran untuk menyebut namanya.InsyaAllah akan saya sambung cerita ini pada coretan akan datang bersama rakaman-rakaman foto perkahwinannya.Cuma hajat pada semua doa semua agar segalanya berjalan dengan baik serta di limpahkan rahmat dariNYA...amin
Moga semua khair selalu...salam semanis perjuangan...

No comments: