Tuesday, November 4, 2008

Uzla Untuk Kebaikan

"Jika kita dapati sahabat-sahabat disekeliling kita tidak membawa kita ke jalan Allah SWT maka uzlahlah dari mereka andai hanya dengan cara itu kita akan lebih dekat dengan Allah.

Itulah sebahagian bait-bait kata-kata ustazah dalam majlis ilmu yang lepas.Kata-kata yang benar-benar meninggalkan kesan mendalam dalam hati.Kata-kata yang menjawab segala persoalan yang selama ini membengkak di hati.Alhamdulillah.Hanya lafaz itu yang mampu tertutur dijiwa.

Dalam melalui hidup sejaka zaman persekolahan sehinggalah hari ini masalah berkawan dengan orang umpama kuman yang memang sangat-sangat dihindari.Adakalanya hati berbicara sendiri mencari jawapan pada persolan tersebut namun kebuntuan saja yang mengisi sehingga minda sudah malas mahu mencari dan mencari jawapan pada persoalan.

Bukan tidak ada teman yang boleh di ajak berbincang,belajar bersama makan bersama dan jalan bersama seperti orang lain tapi memang hati yang sukar mahu lekat dengan mereka.Pelbagai ragam mereka kadang-kadang membuahkan perasaan menyampah sebab itulah diri lebih suka menghindar untuk megelakkan daripada terbitnya perasaan tidak suka yang bakal melahirkan benci kerana pada saat-saat inilah syaitan laknatullah memainkan peranan untuk terus melebarkan senyumannya.

Ada juga yang menegur mengapa saya jadi sedemikian tapi saya hanya senyum kerana saya sendiri tidak tahu akan persaan itu.Tidak kurang juga yang mahu merapati untuk jadi seperti teman-teman umpama belangkas namun ragam mereka memang tidak kena pada saya.

Teringat semasa saya di tingkatan 4 dahulu.Sekolah saya yang memang menjadi tumpuan kerana pelbagai aliran yang terdapat disini membuatkan suasana sedikit bertukar dengan adanya muka-muka baru yang datang dari sekolah lain yang juga lain suasana.Saya yang memasuki kelas aliran sains sosial yang memuatkan subjek elektif kimia,biologi,matematik tambahan dan prinsip akaun bercampur dengan pelajar dari sekolah lain.Pada Awalnya saya cuba membiasakan diri namun sehari kesehari ramai yang menunjukkan belangnya.Hati mula naik panas dengan karenah sebahagian yang merasakan sekolah umpama shopping kompleks tempat untuk melepak dan berhibur.Sehinggalah suatu hari hampir tercetus pergaduhan apabila saya menegur seorang pelajar yang berpakaian sekolah umpama penyapu yang duduk di atas meja.Bagi saya perkara sedemikian memang amat kurang ajar dan saya tidak pernah di ajar sedemikian sejak kecil.Hati saya hiba.Niat hanya mahu menasihati namun segalanya diambil ringan.Hati hanya berkata "mungkin sudah tabiatnya sejak dari rumah."

Hari ini setelah hampir 6 tahun berkecimpung dalam bidang pekerjaan, saya mula menilai akan sifat saya yang semakin dingin dengan sahabat-sahabat sepersekolahan dahulu.Malah setiap kali ada perkara yang mengumpulkan kami pasti saya merasa sangat janggal.Pada awalnya saya memikirkan mungkin saya tak sehebat mereka kerana saya tidak berpendidikan tinggi seperti mereka.Saya terus mengkaji dan meneliti dan akhirnya saya mengkonklusikan sebegini, mungkin apa yang kami cari dalam kehidupan berbeza.Ya realitinya, setiap kali kami berkumpul persolan dunia saja yang banyak dibincangkan.Duit,harta malah yang lebih membuatkan tekak saya rasa mual untuk mengikuti perbincangan mereka apabila bab-bab teman lelaki yang dipersoalakan dan dirisaukan.Mengapa tidak persoalan aqidah,akhlak dan masalah akhirat yang dijadikan topik perbincangan?Bukan salah bercakap tentang dunia tapi bercakaplah tentang dunia dan kaitakan dengan akhirat.Namun setiap kali saya mengubah topi perbualan hambar malah senyuman sumbing yang saya terima sebagai sambutan.

Saya sedar saya sendiri tidak sebijak mana dalam persoalan agama.Tapi itu bukan masalahnya. Bijak atau tidak bukan disitu persoalannya.Tapi setakat mana kita mahu memperbaiki diri di mata Allah itulah yang perlu kita cari jawapannya.Akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak sebegitu rapat dengan mereka.Kerana berada dalam golongan mereka seolah-olah membuatkan saya jauh dari apa yang saya cari.Memang saya tidak mempunyai segulung ijazah seperti mereka(mungkin itu juga tanggapan mereka pada saya) tapi saya tetap mampu tersenyum lebar kerana ada sesuatu yang lebih berharga dari itu yang saya ada.InsyaAllah.

Dan hari ini saya dapat rasakan Allah mengurniakan jawapan pada persoalan yang bertakung lama di minda.Malah saya bersyukur kerana Allah juga mengurniakan saya teman-teman yang sama pemikiran dengan saya malah sehati dan sejiwa dengan saya.Terima kasih yaAllah kerana mendengar setiap rintihan hamabMu yang hina lagi dhaif ini.Terima kasih juga buat teman-teman seusrah yang banyak membantu saya untuk terus menempatkan diri di persada perjuangan suci ini.

No comments: