Friday, November 7, 2008

Ikhlas Yang Mahal Harganya

Semalam di saat menginstal sesuatu di dalam laptop tiba-tiba satu pesanan ringkas masuk ke dalam handphone.Sesuatu yang jarang-jarang sekali berlaku sejak akhir-akhir ini kerana semennjak dua menjak ni memang hanphone sayalah yang paling senyap apabila berada di rumah.Handphone dicapai tapi mata masih fokus ke skrin laptop.

"Saja nak cerita.Ingat tak ngan bekas boyfriend kakak si P.sekarang dia nak balik kat akak.Tapi akak tak nak.Bukan berdendam tapi cukup sekali"

Itulah antara ayatnya.Saya hanya mengangkat kening sebagai respon pada mesej tersebut.Tidak tahu bagaimana mahu membalasnya.Saya kembali menghadap laptop sambil berfikir apa yang perlu saya taipkan.Dalam minda yang berlegar hanyalah perkataan cinta.Ya cinta benar-benar boleh buat manusia hilang fitrah.Manusia jadi kejam kerana cinta.Manusia jadi pendendam kerana cinta.Manusia juga boleh jadi lemah kerana cinta.Dan yang lebih menyedihkan manusia hilang maruah kerana cinta.Namun cinta juga boleh buat manusia jadi benar-benar bertaqwa.Itulah cinta kepada yang HAK.Dan itulah sebenarnya aplikasi cinta pada manusia.Allah mengurniakan cinta pada manusia agar manusia mencintaiNYA. Dan atas asbab itu jugalah Allah akan mengurniakan cinta sesama hambaNYA.Besar benar pengertian cinta kepada Allah.Sukar untuk di ungkap oleh kata-kata juga perbuatan.Tapi hakikatnya hanya yang merasainya saja yang tahu bertapa berertinya cinta itu.

Mungkin siapa yang bertamu di blog saya ini juga akan mengangkat kening sebagai respon pada tulisan saya kali ini.Mungkin ada juga yang berkata, "Apa kena plak dengan dia ni nak cakap pasal cinta."Tapi harapan saya moga tulisan ini juga mendapat sambutan yang baik.Mana yang kurang tolong di perbetulkan.

Sejak saya merangkak dewasa ramai juga teman-teman bertanyakan soalan ini.Bila nak ada boyfriend? namun soalan itu hanya saya jawab dengan senyuman hambar.Bagi saya perkara ini mungkin saya letakkan di tempat ke sepuluh dalam senarai perkara yang saya harapkan.Kerana bagi saya segalanya ketentuan Allah kerana itu adalah takdir yang tersembunyi.Mengapa mengejar sesuatu yang belum pasti sedangkan yang pasti ada di hadapan mata.Mengapa mengharapkan cinta hambaNYA sedangkan cinta kita kepadaNYA belum seutuh mana.Jangalah kita jadi manusia yang banyak meminta tapi tidak memberi.

Bila melihat teman-teman yang bercinta, adakalanya hati terusik juga.(fitrah)Bila agaknya saya akan sampai ke tahap mereka.Namun kebenaran cepat melintasai niat yang tersarung."Bina cinta dengan Allah insyallah Allah kurniakan cinta kepada makhlukNYA." Alhamdulillah, perasaan yang sering datang menyahkan alpa kadang membuat hati selalu terharu dan mata cepat benar ingin mengeluarkan tangis atas kesedaran nikmat dariNYA.(moga Allah kekalkan pada saya).Selama ini bukan tidak ada yang cuba merisik-risik saya melalui kawan-kawan dan orang sekeliling saya tapi saya yang tak pernah endah akan hal itu.Malah saya mudah benar naik menyampah bila saya di siul tanpa segan silu oleh jantan.Sengaja saya membahaskan lelaki seperti ini adalah jantan kerana lelaki yang benar-benar lelaki pastinya yang menjaga fitrahnya dari di cemari.Bagi saya mudah saja, andai si wanita naik menyampah dengan usyar-usyar murahan seperti ini lelaki juga pastinya meninggikan maruahnya untuk menjadi lelaki yang benar-benar lelaki yang bermaruah.

Jauh benar sudah rasanya saya mengupas.Tapi belum juga samapi kepada tajuk.(mungkin ada yang blur, maaf).Berbalik kepada masej yang saya terima tadi, lama saya berfikir barulah saya membalasnya.

"Tak sangka pulak macam tu ya"

Hanya itu yang saya taip.tak sampai lima minit satu mesej balas saya terima.

"kakak pun tak sangka.Dia kata istrinya meninggal masa melahirkan anak mereka yang ke3"

Kali ini tangan saya pantas menaip.Dengan harapan dia tidak terasa hati.

"Keputusan di tangan akak.Buat keputusan dengan baik dan biarlah keputusan itu tidak menyakiti hati mana-mana pihak"

Seketika selepas itu hanya ucapan terima kasih yang saya terima.Saya tersenyum.Dia menerima kata-kata saya dengan baik atau tidak itu saya tidak pasti.

Daripada apa yang saya lalui semalam hanya ini yang saya rumuskan.Mungkin saya tersalah tafsir tapi hakikatnya kita fikir-fikirkan sendiri.Kemaafan itu sukar benar mahu diikhlaskan walaupun begitu mudah mahu dilafaz.Kerana ikhlas itu bukan mudah untuk kita rasai.

Sabda Rasulullah SAW:
"Ikhlas itu ibarat semut hitam berada di atas batu yang hitam dalam pekat malam"

Maka kita kena sentiasa berwaspada.Jika kemaafan yang tersarung ikhlas itu kita rasakan sukar benar untuk kita sarungkan dalam diri jagalah hati insan-insan di sekeliling kita kerana mungkin bila kita menyakiti seseorang bukan dia yang datang untuk menyakiti kita malah mungkin orang lain.Dan sesungguhnya jagalah hubungan kita denganNYA insyaAllah pasti bertemu dengan apa yang kita cari.

Bercinta tidak ada salahnya namun salurkan dengan betul.Kerana cinta pada hukum yang masih terlanggar akan digantungkan perhiasan nikmat sementara oleh syaitan laknatullah.Apabila kita menunaikan syariat masa itu jugalah dia menarik perhiasan tersebut dan boleh mencetuskan pelbagai perkara.Oleh itu tunaikanlah syariat terlebih dahulu agar nikmat yang kita harapkan berpanjangan insyaAllah.....

Akhir kalam pada coretan ini, alhamdulillah atas idea-idea yang Allah kurniakan.Moga segalanya diterima dengan baik dan insyaAllah boleh dijadikan panduan dan insyaAllah pahala buat diri yang hina lagi dhaif.Buat pengunjung semua terima kasih kerana terus bertamu.Kongsikan idea moga kekurangan boleh di perbaiki.Moga kita semua sentiasa dalam redhaNYA...amin.Moga dipanjangkan usia bertemu pada tulisan seterusnya.

Sirru 'ala barakatillah....Assalamualaikum wrh...

No comments: