Wednesday, November 19, 2008

Dihimpit Dua pilihan

Suatu masa dahulu
Aku hajat menempatkan diri disini
Menyemai kasih bersama
Menyelami dan mencari
Agar tersingkap segala yang terhijab
Agar terbasuh segala kegelapan hati
Dan kini
Atas sifat pemurahnya
Atas sifat pengasihnya
Segalanya tertunai
Menempatkan diri di satu sudut impian
Mengisi segenap kekosongan
Melengkap segala kekurangan
Tapi
Semakin ku hampiri
Semakin keraguan kian menyucuk
Hingga meletakkanku di dalam dilema
Maka tiadalah tempat
Untuk meluah rasa hati
Melainkan DIA yang MAHA mengerti
DIA yang MAHA mengetahui
Ya Allah,
Singkaplah segala yang terhijab
Perlihatkan aku jalan harus kutuju
Berikan aku jawapan
Agar aku tidak terus dalam dilema
Ya Allah,
Andai ini adalah ujian
Maka kurniakan aku kekuatan
Sekiranya ini adalah untusan kebenaranMU
Maka teguhkan hatiku
Dalam membuat keputusan
Agar tiada yang bakal terluka
Aku sedar ya Allah
Aku hamabamu yang lemah
Aku turut jahil dalam mengawal persaan
Namun Aku tahu
Engkau sengaja mengurniakan persaan itu padaku
Agar aku sentiasa sensetif pada nurMU
Melawan arus untuk mempertahankan
Menepis godaan untuk berjuang
Agar tika aku tiba di garisan penamat
Hanya senyuman yang aku bawa
Ya Allah
Jika benar kata naluri ini
Dan inilah keputusan
Yang perlu aku ambil
Maka temanilah aku sentiasa
Agar tiada yang bakal terluka
Kerana apa yang aku inginkan
Tiadak lain dan tidak bukan
Hanya kebenaranmu
Dalam memimpinku ke destinasi abadi

No comments: