Thursday, September 30, 2010

Jodoh dan perkahwinan

Melewati usia emas 25 tahun memang banyak rasa cabarannya.

Pada usia ini Rasul junjungan menjejak ke alam rumahtangga.Ramai yang kata berkahwin pada usia 25 ikut sunnah.Siapa yang tidak mahu mengikut sunnah Nabi.Walhal kita ketahui bahawa itulah salah satu pegangan dan peninggalan yang apabila kita terus berpegang padanya maka tidak tersesatlah jalan kita.

Isu dan pertanyaan mengenai perkahwinan, menamatkan zaman bujang, menukar status solo ke berkahwin menjadi isu yang selalu menjadi sapaan telinga sejak awal tahun.Bukan saja dari teman-teman yang sudah berumahtangga malah yang berstatus sama juga tidak kurang.Dan akhir-akhir ini adik-adik Nisa' juga sudah pandai mengusik dengan pertanyaan ini.Ehm....tak tahu mahu menjawab apa.Adakalanya menjawab dengan gurauan "ya dalam masa terdekat ni.."

Jodoh akan datang juga perlu di usahakan.Pasti semua wanita mengimpikan seorang suami yang terbaik di matanya juga di pada Allah.Tapi yang penting jadikan diri kita seperti apa yang kita idamkan pada pasangan hidup terlebih dahulu kerana Allah pasti memberikan yang setimpal dengan diri kita.InsyaAllah...

Moga persoalan jodoh ini akan tamat.Bukan malas mahu mendengar namun sudah puas memberi jawapan.


Buatmu yang bakal mendampingiku....

Bakal Suamiku.....
Aku tahu
Kita sudah sekian lama dikenalkan
Cuma ta'aruf nyata yang belum terlaksana
Kita sudah lama terikat
Namun belum dimetraikan
Kita sudah lama disatukan
Namun hakikat nyata belum realiti
Nun jauh di sudut sana
Jasadmu di mahkotakan amanah
Begitu juga aku
Melempiaskan sekerat tenaga pada tugas janji
Yang telah termetrai di azali
Aku tahu
Kau juga tahu
saat itu akan tiba
Namun bila masih menjadi rahsia Ilahi
Kita sama menanti
Pada satu realiti pasti yang dijanji ALLAH
Kesabaran ini bukan satu cabaran
Namun ujian buat kita yang menanti
Pada satu ikatan murni
Yang akan kita usahakan bersama
Agar menjadi
SAKINAH, MAWWADAH, WARAHMAH.....


Buat Sahabat-Sahabat yang bakal & telah mendirikan rumahtangga doa kukirim dengan lafas
"Barakallahu lakuma 'wa baraka alikuma wa jam'a bainakuma fil khair"

Nisa' Labuan Dan Program

Alhamdulillah....
Hanya pada Allah di raikkan segala puji atas kelancaran beberapa aktiviti Nisa' Labuan dalam usia mencecah sepuluh bulan berdiri.


"Semanrobik Bersama Nisa' Labuan"-Dewan Taman Mutiara
-Terlaksana dengan jayanya pada 9hb May 2010



"Nisa Smallkindness"-Hospital Labuan
-Alhamdulillah berjalan lancar pada 17 July 2010
-Terima kasih kepada HPA yang sudi menaja cendrahati





"Jelajah Aidilfitri Nisa' Labuan"
-Syukur telah merapatkan ukhuwah antara ahli pada 16 September 2010





Buat semua Ahli Nisa' Labuan
-Terima kasih atas kerjasama menjayakan setiap program.

Wednesday, September 29, 2010

Semua Kerana Cinta

Minda masih berputar memikirkan.

Nisa' baru saja setahun jagung di bumi bebas cukai ini.

Namun tenaga kerja yang menjalankannya kebanyakannya adalah adik-adik yang datang dari tanah besar Sabah juga semenanjung Malaysia.

Melihat kesungguhan adik-adik membina dan melancarkan segala program yang diatur membuatkan hati benar-benar tersentuh dengan kegigihan dan kesungguhan mereka.Lebih-lebih lagi apabila ada yang sudi meninggalkan keluarga untuk terus mahu menetap di bumi Labuan.Mampukah diri terus berdiri sama.Hanya pada Allah di pohonkan kudrat.

Namun itulah nilai cinta pada jalan dakwah yang di mulai oleh Rasullullah SAW.Memilih jalan ini pastinya akan membawa diri ke banyak persimpangan dan banyak halangan yang adakalanya membuatkan kita keliru dalam segenap aspek, dan adakalanya membuatkan kita lelah, letih dan penat mahu meneruskan jejak langkah.Namun jiwa tarbiah yang indah ini akan terus berusaha membuatkan keletihan,kelelahan dan kepenatan itu letih, lelah dan penat untuk mendampingi.Sungguh Allah tidak pernah membiarkan kita bersendirian.........


Ayuh sahabat kita teruskan perjuangan ini.Jangan sesekali mengalah kerana kita akan tidak akan kalah.Walau adakalanya tersungkur namun kita pasti mampu bangkit semula.Kerana kita tidak pernah bersendirian.Walau pada awalnya kita rasa tersendiri tapi pasti kemanisan yang kita telan akan kita kongsi bersama yang lain.Yakinlah kita tidak pernah terbiar kerana rasa cinta itu pasti ada yang sudi menjadi rakan kongsinya........

Istimewa buat AJK Nisa Labuan....
"Terima kasih kerana menggapai dan menggenggam tanganku untuk sama berganding dan melangkah pada jalan berduri dan penuh persimpangan ini namun sungguh istimewa dan manis INSYAALLAH.."

Tuesday, August 10, 2010

Bersama Kita Menuju TAQWA

Salam penghujung Sya'ban.hari ini adalah hari terakhir melalui sya'ban dalam tahun 1431H insyaAllah.Esok dengan izin Allah seluruh ummat Islam akan bertemu dengan bulan yang amat dirindui, Ramadhan Al-Mubarak.

Seringkali diperingatkan dan memperingati akan masuknya 1 Rejab setiap tahun membaca doa agar melalui rejab, sya'ban dan mahu di sampaikan kepada ramadhan.Namun ketentuan Allah hanya DIA yang mengetahui.Siapa antara hamba-hambanya yang akan melalui bulan mulia itu lagi.Seringkali setiap menjelang ramadhan ayat yang sering kita diperdengarkan tidak lain an tidak bukan "Wahai orang-orang yang beriman, di wajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana yang telah di wajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." Sangat besar pengertian namun adakah puasa kita sampai ke tahap akhir firman Allah SWT itu?

Bertaqwa? sejauh mana kita memahami erti dan tafsiran pada perkataan tersebut.Bukan mudah kerana terlalu banyak pengertian untuk perkataan taqwa namun yang mengetahui hanyalah Allah SWT.Merujuk kepada seluruh rukun Islam dan Iman, mungkin kita nampak mengamalkan sepenuhnya, memepercayai sepenuhnya namun luaran nilaian manusia adalah pakaian yang mampu di lihat oleh mata kasar namun luaran tidak semestinya menggambarkan isi di dalam yang terpendam.Umpama buah-buahan elok di luar tapi berulat kemungkinannya pada isi di dalamnya.

Lihatlah bertapa sukarnya kita mentafsir isi buah maka lebih sukar lagi pada istilah yang tinggi martabatnya di sisi Allah SWT.Dunia akhir zaman sering memperlihatkan insan-insan yang jauh menyimpang dari landasan agama.Dan insan-insan yang mempunyai kesedaran agama sering kali mengeluh melihat saudara-saudari kita yang tersesat di beli kemewahan dunia yang sementara tapi kesedihan tidak bakal mengubati namun usaha kita perlu lebih berlipat kali ganda dan istiqamah kerana hasilnya bukan di tangan kita.

Disamping usaha perkara penting yang perlu di utamakan adalah sejauh mana kita menjaga diri kita.Menyayangi diri kita kerana adakalanya kita rasa kita sudah cukup dengan apa yang kita lakuakn.Kita merasakan kita adalah insan terpilih untuk berada pada barisan manusia yang memperjuangkan agama Allah dan meneruskan perjuangan Nabi tercinta namun sedarkah kita merasa sedemikian adalah satu ujian yang amat besar kerana kemungkinan pada rasa itu terselit perasaan riak yang amata kita takuti.Mungkin juga tersisip kemunafikan yang tanpa kita sedari.Na'uzubillah min zalik.

Kita sering melihat pada kesilapan orang lain namun kesilapan kita jarang kira perdulikan.Kita menyangkal pada dosa besar kerana kita memang tidak terlibat namun berwaspadalah dosa-dosa kecil mungkin seringkali kita eratkan pada diri kita.Kerana sesungguhnya adakalanya kita terlepas pandang bahawa ada hak orang lain yang mungkin tidak kita tunaikan.Maka berwaspadalah kita dalam menilai setiap perbuatan diri sendiri.Sampaikan apa yang patut kita sampaikan, berterima kasih pada setiap tutur kata orang lain pada diri kita kerana walaupun adakalanya pahit namun itulah yang adakalanya mendidik sifat kita untuk lebih dekat kepada Allah dan mengejar rasa dan sifat taqwa.

Akhir qalam, sentiasalah mengkoreksi diri pada setiap kesilapan kita dan kesilapan orang lain kerana mungkin kita lebih teruk malah mungkin kita sama dengan orang lain.Berusahalah menjadikan diri kita sentiasa berguna pada orang lain dan beruasahalan menunaikan hak orang lain yang ada di tangan kita dengan ikhlas agar suatu masa nanti kita temui yang ISLAM itu MUSLIM dan yang MUSLIM itu juga ISLAM dan menujulah kita ke satu taraf yang sukar iaitu T-A-Q-W-A.

Wallahu 'allam.....Salam Ramadhan Al-Mubarak 1431H

Saturday, March 13, 2010

Pengalaman Itu Satu Pembelajaran

Sebenarnya semalam lagi nak post cerita ini tapi rasa letih sangat lepas balik menunaikan tanggungjawab di ofic yang tak pernah kan habis.Kerja klu dah habis nak samapi dah dunia ni ke akhirnya.Kebetulan mak pula ke Lahad Datu bersama kak long menghadiri majlis kahwin seorang pakcik(sepupu bapa)."Selamat Pengantin Baru".Lebih meletihkan selepas seharian berhadapan dengan komputer, terpaksa pulak balik bawa kereta hari ni.Selalunya dok duduk belah driver je.Jam pulak.huhu...terasa sangat penat yang berganda-ganda.Tapi alhamdulillah Labuan ni kalau jam pun tak lah seteruk mana.Alhamdulillah.

Malam sebelumnya mendapat jemputan menjadi juri di Festival Kebudayaan Islam di UMSKAL.Satu pengalaman yang indah.Benarlah kata orang pengalaman itu satu pembelajaran.(sy pun kata mcm tu).Ramai jugak peserta yang mengikuti pertandingan Seanggun Ainul Mardhiah.11 orang kesemuanya.Pertandingan Nasyid 2 buah kupulan jak.Dengan pengalaman yang memang tak ada bergantung je pada kehendak Allah dan fatwa hati.Ialah kita kadang-kadang tengok benda-benda macam ni ringan je tapi di pandangan Allah, kecil besar semua menjadi tanggungjawab kita untuk kita jawab bila tiba masanya.

Pelbagai ragam dan personaliti.Adakalanya di selang selikan juga dengan lulucon dikalangan peserta.Sangat menghiburkan.menguji IQ dan keyakinan untuk bercakap di hadapan audiens bukan semua orang boleh.Namun syabas pada semua peserta.Pastinya apa yang berlaku dalam pertandingan ini memberikan kita pembelajaran yang baru.

Cukup terharu dengan persembahan nasyid oleh dua buah kumpulan.Lagu yang mantop dan bersesuaian.Lebih menyentuh perasaan persembahan akhir dari dua beradik yang menyampaikan lagu terakhir.Itulah hidup.Setiap permulaan ada akhirnya.Kita adalah hamba, di pinjamkan untuk mentadbir dunia ciptaan yang Maha Esa untuk menguji siapakah di antara kita yang lebih banyak amalanya.

Moga sekalian yang hadir akan memanfaatkan apa yang di perolehi sebagai hikmah yang bakal di serapakan di dalam diri moga terus membina jati diri muslimah yang terbaik.Ingatlah kita bersama-sama bahawa kita dijadikan Allah mempunyai peluang yang besar untuk menjadi ahli syurga dan juga mempunyai ruang yang besar untuk ke neraka.Maka bijaklah kita memegang iman dan islam sebagai bekalan hidup untuk kita memperolehi kehidupan yang tiada tandingannya di akhirat kelak.

Tahniah kepada pengarah program, adinda Hasni Binti Rajak.

Di dunia kita menganjurkan pertandingan seanggun Ainul Mardhiah, moga kita menjadi muslimah yang benar-benar muslimah, menjadi tulang belakang perjuangan suami kelak, menjadi ibu yang mithali, insyaAllah bersama kita bergandingan tangan menujuk syurga Allah SWT.Amin Ya Rabb....

Saturday, February 13, 2010

Bukan Mencabar Tapi Perhalusi

Bercakap dan berbual memang ada benda yang nak di sampaikan.Sebab itulah kadang-kadang orang yang bermasalah ni di sarankan untuk berkongsi dan bercakap dengan seseorang.Walaupun adakalanya berkongsi tidak menyelesaikan masalah tapi insyaAllah ada jalan keluar yang di tunjukkan oleh DIA yang Maha Esa.Benar sekali.Menulis entry ini hanya sebagai penyuntik semangat yang baru saja terjana asbab bercakap dengan seorang teman.Terima kasih sahabat atas cetusan idea yang di kongsi bersama.

Hampir setahun melalui menjadi sebahagian daripada muslimat.Masalah yang selalu timbul pastinya kurang kehadiran muslimat pada setiap agenda-agenda yang terancang terutamanya usrah.Usrah adalah tunjang tarbiah.Selogan selalu sahaja di terima dari mana-mana sahabat.Tapi malangnya perjalanan usrah yang agak lembab dengan masalah-masalah berbangkit sering memundurkan kuantiti dan boleh merobek kualiti.Maka mencuba dan terus mencuba memahami kedudukan dan status yang mungkin berbeza mencari titik persamaan namun malangnya yang banyak timbul adalah masalah bukan jalan keluar.

Bercakap dengan seorang teman melalui YM baru tadi mendapat satu suntikan yang rasanya mungkin jalan yang Allah beri untuk merawat penyakit berjangkit yang virusnya menular sehari demi sehari.'guna pendekatan yang sangat halus bukan mencabar'.Itu tulisannya.Ya benar itulah sebenarnya yang di perlukan dalam mencari titik-titik persamaan agar rantai ukhuwah yang terbina terus tersambung bukan tecerai dari tali ikatan simpul agar perjuangan dapat di teruskan.Contoh banyak di depan mata.Malah sirah perjuangan Nabi SAW juga secara halus.Ya Allah, lemahnya diri yang sering terkhilaf dalam percaturan merapatkan titik-titik yang membina satu ikatan untuk meneruskan perjuangan Rasul junjungan.

Tidak tahu di mana harus bermula.Mungkin ruang yang ada terlalu sempit namun bila di lihat dari mata kasar tahu kenapa keadaan itu timbul.Tapi siapa yang mahu membantu mengisi cawan-cawan kosong agar terus terisi dengan udara nyaman bukannya udara yang tidak sihat.Pada Allah juga di panjatkan hajat kerana hanya dia yang Maha Mengetahui.Seruan semangat selalu ada.Hingga adakalanya diri juga terasa lemah pada semua alasan dan adakalanya tertanya-tanya, dirikah yang tidak memahami? atau mereka yang tidak memahami? ataupun masing-masing tidak nampak erti perjuangan? atau masing-masing tidak mendapat intipati dari setiap apa yang di lalui bersama? Banyak sungguh persoalan.Sampai bila harus seperti ini? masih tidak ditemui jawapan.Masih soalan yang berulang.Bermadah sini sana yang adakalanya diri juga turut down tapi suntikan demi suntikan vaksin merawat kelumpuhan semangat juga yang sering di terap dengan sendirinya agar tidak turut lemah.Kerana jika semua lemah siapa lagi yang mahu kehadapan?

Bicara dan terus berbicara siapa yang mahu mendengar? Jika ada sekalipun hanya mendengar dan turut sama mengeluh.Jadi di mana harus di mulakan? Pintalah hanya kepadaNya.Moga kelonggaran yang wujud akan terus di rapatkan moga perjuangan tidak pernah hanya mengutamakan Hablumminallah dan melupakan Hablumminannas.Tapi biaralah kedua-duanya seiring bersama kerana konklusi pada segalanya sudah lama tertulis cuma kita yang adakalanya terlepas pandang.Di mana letakknya? Tidak lain dan tidak bukan pada Qalam Allah SWT.

Bukan mudah tapi tidak seperit perjuangan Rasulullah SAW.Maka jangan banyak mencari di mana silap, di mana yang tidak kena, apa masalah, apa hal, kenapa, tapi banyaklah mengkoreksi diri, bermuhasabah, berdoa dan meminta, mengharap dan mencari jalan.Merealisasikan segalanya jangan takut pada jawapan tapi carilah pada jalan penyelesaian.Berjaya atau tidak bukan di tangan kita tapi ketentuan yang Empunya dunia.Berjaya atau tidak bukan permasalahan tapi baik buruk itulah yang terbaik buat kita dariNYA.Jadilah hamba yang banyak bersyukur bukan mempersoal.

Bahtera telah belayar walaupun perlahan.Adakalanya angin sepoi bahasa, adakalanya angin kuat menghempas ingin memusnahkan namun kita harus terus bertahan kerana kita memilih jalan yang di bina oleh Rasul SAW.

Thursday, February 11, 2010

Musafir Singkat Yang Bermakna

Singkat sungguh rasanya masa minggu ini.Tanpa di sedar masa berlalu terlalu pantas.Hari ini sudah masuk hari yang ke-4 untuk minggu ke-7 untuk tahun 2010.Lenguh rasanya tulang-tulang masih tidak di sembuhkan atas masa yang terasa sangat suntuk minggu-minggu sebelumnya.Namun apabila usaha berbayar dengan penyelesaian itulah balasan nikmat yang tidak terhingga.

Hujung minggu lalu peluang bercuti menghadirkan diri ke Bengkel Organisasi Nisa' Sabah walaupun amat singkat namun hakikatnya perolehan dari sana sungguh istimewa.Tidak tahu dari sudut mana istimewanya namun yang pasti itulah perolehan ukhuwahfillah.Nikmat paling manis antara hikmah hidup terikat dalam satu aqidah yang sama.Ditemani oleh dua orang adik yang salah seorangnya adalah insan yang berjasa membawaku ke lorong perjuangan yang telah lama di rindui ini walaupun amat singkat namun peluang inilah digunakan 'menterburaikan' segala yang terbuku di hati sekian lama.Terima kasih adindaku Mahira dan Hasni kerana sudi berkongsi cerita dengan akak.

Taklifan yang diterima sebagai penaung dengan pengalaman yang amat pastinya belum ada dan ilmu yang sungguh-sungguh terhad membuatkan adakalanya diri tertanya-tanya apakah diri mampu memikul amanah yang sangat besar ini? Namun janji insan-insan hebat yang sentiasa bergerak bersama insyaAllah menyuntik semangat yang walaupun adakalanya turun dan naik.Namun adakalanya diri menginsafi segala rasa kerana sering terkhilaf pergantungan.Terlalu banyak bergantung kepada manusia sedangkan pergantungan yang lebih baik adalah hanya pada DIA yang maha pengasih lagi maha penyayang.Astagfirullah al-azim....

Perjalanan kami bermula dengan feri yang membawa kenderaan menyeberangi laut untuk sampai ke bumi Menumbuk.Melihat wajah-wajah adik-adik tidak tahu mahu memulakan perbualan.Diri tidaklah terlalu pendiam tapi agaknya masih tidak terasa berbulu untuk bercakap dengan adik-adik.[maaf adindaku berdua kakak kamu ni memang bercakap kena cari mood...:)].Kami kemudian meneruskan perjalanan ke KK pada hampir ke pukul 4.00petang.yang melucukan rakan yang duduk di sebelah hampir di tinggalkan oleh pemandu bas.[Tak sistematik langsung bas ni.Dahlah dengan nombor flat yang tertera di tiket berbeza, sampaikan penumpang pun tidak di ketahui ada yang sudah menaiki bas ke belum...huhu]**Sudah jangan banyak merungut...heheh..

Kami tiba di bandaraya KK hampir masuk waktu magrib.Terus menaiki kereta suami kak Nani yang rasanya sudah lama menanti.Kami terus bergegas ke sebuah surau untuk menunaikan solat.Meneruskan perjalanan dengan tiada sekali perbualan.Hanya celoteh dua orang adik yang adakalanya saya tersenyum sendiri mendengar cerita mereka.[agaknya begitulah rutin mereka sebagai student.]Kemudian berhenti lagi menunaikan solat fardhu Isyak.[saya jak pun yang pergi.adik berdua tu dah jamak tadi.Bukan tak mahu jamak tapi ingatkan pasti akan berhenti juga nanti].Berjumpa dengan dua jemaah muslimah di situ.Sempat juga memperkenalkan diri.Terpacul soalan yang memang selalu menghiasi gegendang telinga.'Guru ke?' seperti biasa senyuman dan gelengan yang di beri sebagai jawapan.Selesai solat isyak barulah kami bertolah meneruskan perjalanan ke rumah Kak Asniaty di mana kami akan menginap di sana.Kami tiba dalam jam 8 lebih.Dijemput oleh kak Asniay.Tiba di bilik yang di sediakan barulah rasa selesa mehinglangkan lenguh-lenguh tulang.Macam tak percaya je dari Menumbuk lalu Papar nak ke KK, sampai KK ke Papar Semula.Rasa bermusafir sungguh...:) Kami menjamu selera hampir tengah malam.Nasi Ayam CP[kalau tak silap la] yang di tapaukan oleh Suami Kak Nani.Makan ala kadar saja.selera dah mati walaupun adik-adik berselera. Teringat kata Hasni "Kami jam beginilah baru makan kak" itulah kehidupan student.

Mata terlelap bila waktu sudah mencecah 12 malam.Hampir semua waktu kami gunakan untuk berkongsi cerita.Banyak yang kami bualkan.Mengenai perjuangan,usrah,masalah-masalah muslimat,dan termasukalah budaya bangsa yang memang kaya.Kebetulan adik berdua tu pun sebangsa.[Pandai Mahira pilih].Maka terburailah segalanya.

Kami bertolah 8.30pagi esoknya ke tempat bangkel bermula dengan di hantar suami kak Nani.Barulah bersua muka dengan kak Nani.Guru muda yang manis.Melihat wajahnya teringat seorang makcik.Kami tiba sejam lebih selepas itu.Tak tahu di mana tapi yang ingatnya rumah pengerusi Nisa' KK, kak Su.Lebih Kurang dalam jam 11.30pagi barulah bangkel bermula di sampaikan oleh setiausaha Nisa' Sabah, kak Fatmawaty Yosoff.Membentang halatuju Nisa' Sabah.Kemudian di ikuti dengan pembentangan Konsert Aura Ungu Yang bakal berlangsung.Bangkel tamat lebih kurang jam 1 petang.Kami berpisah di rumah kak Su.Kami bertolak ke nurssery dan rombongan lain ke Kudat untuk Nisa' Games Kudat.[Maaf pada team nisa' yang lain tak sempat nak ta'aruf.]

Petangnya kami bertiga berkesempatan berjalan meronda Center Point dengan teksi.[Ada kereta tapi tak berani nak drive..buat malu je ada lesen..hehe] Hampir magrib juga barulah kami pulang.Tak ada apa pun yang di beli hanya buku kecil yang memuatkan beberapa surah dan santapan makan malam.Malam kedua bersama, menyambung lagi perbualan dengan pelbagai topik.Bayaklah yang terluah tapi terawat atau tidak selepas ini hanya Allah saja yang tahu.Namun besar harapan moga setiap masalah yang di kongsi bersama yang selama ini hanya tersimpan dan bernanah akan ada penyelesaiannya...insyaAllah.

Kami bertolah balik, esoknya dengan bus 1 Borneo.Menyempatkan pagi dengan segelas milo ice.Tiba awal di Menumbuk dan juga di Labuan.memang tak dapat melelapkan mata.entah mengapa.Di kepala bersarang pelbagai benda termasuk dengan kerja-kerja yang perlu di uruskan di pejabat esoknya.

Apa yang pasti perjalanan walaupun hanya memakan masa selama tiga hari namun sesuatu yang di rasa dan di alami hanya mampu di rasai dengan hati.semua dengan rasa sukar di ungkap.Namun yang nyata dan pasti rindu menghentak dada terlalu kuat melambai pada sebuah pertemuan lagi.

***[Syukur Alhamdulillah atas kesempatan dan kudrat yang Allah berikan hingga kaki terjejak bumi bawah bayu lagi.Terima kasih pada kak Nani sekeluarga atas bantuan dari segi transport dan makan malam pertama kami.Terima kasih kak Asniaty(kakak ke?...x pasti) kerana menumpangkan kami semalaman.Terima kasih team Nisa' Sabah & team Nisa' Pantai Barat Sabah atas sebuah pertemuan yang singkat.Terima kasih buat adinda Mahira dan Hasni yang sudi menemani.]