Monday, August 24, 2009

Ramadhan Kian Mengorak

Hari ini sudah mencecah 3 ramadhan 1430H.InsyaAllah seluruh ummat islam akan menamatkannya beberapa jam lagi.Malam tarawikh juga masuk malam ke empat.Nikmat ramadhan semakin di rasai.Semoga 10 ramadhan terawal yang dijanjikan Allah SWT dengan rahmat akan dikurniakan kepada kita semua.ramadhan pertama yang di simbahi dengan hujan malam benar-benar mengundang sayu dan pilu di sanubari.Entah mengapa hati tidak pernah berhenti menganangkan orang-orang yang di jemput Allah pada tahun ini.Mungkinkah ini adalah ramadhan terakhir buatku? atau adakah aku tidak akan menghabiskan ramadhan kali ini dan tidak bertemu dengan syawal? Semuanya berlegar memenuhi ruang minda beralih mencantas ego mengingati yang namanya mati. Sungguh andai Rasulullah SAW yang di janjikan syurga ketika hendak wafat sering memeperingati kita tentang sakitnya mati, apatah lagi kita yang banyak melakukan dosa ini.Bagaimanakah kita menemui maut kelak hanya ya Allah yang tahu.Apa yang pasti sakaratul maut itu tidak terperi sakitnya.

Sudah dua malam mata sukar benar mahu terlelap.Tidak tahu kenapa persoalan mati juga yang bermain di minda.Alam kubur dan segala yang berkenaan dengan mati begitu kuat di ingatan.Hanya doa yang menguatkan semangat agar semua ini adalah peringatan yang di utus Allah agar tidak pernah lupa akan asabab kewujudan diri di muka bumiNya.

Mengenangkan semua yang telah berlaku saya mesih di rundung pilu menegenangkan pemergian Ustaz Asri Ibrahim beberapa hari sebelum menjelang Ramadhan.Dan lebih menguatkan ingatan pada Allahyarham apabila TV9 menyiarkan rancangan khas 'Ustaz Asri Dalam Kenangan'.Walaupun tidak menyaksikan keseluruhan rancangan tersebut saya sangat merasa kesebakan dan air mata saya mengalir menegangkan ketabahan isteri dan anak-anak beliau meneruskan hidup tanpanya disisi.Apatah lagi melalui ramadhan yang mulia tanpa suami dan ayah yang tercinta.Permergiannya benar-benar satu kehilangan yang besar bukan saja pada industri seni nasyid, peminat-peminat Rabbani tapi yang lebih utama pada jiwa-jiwa pencinta kebanaran.Namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat beliau.Apa pun saya sentiasa mendoakan ketabahan dan kesabaran buat isteri dan anak-anak Allahyarham dan semoga roh Almarhum di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang beriman.

Seperti biasa minggu-minggu yang berlalu saya merindui kelas ilmu yang memberikan saya ketenangan jiwa.Alhamdulillah ramadhan kali ini kelas beralih ke hari ahad bagi memberi laluan kepada ibu-ibu yang mahu menyediakan juadah berbuka buar keluarga. Kelas semalam menyambung topik hadith 40.Mengupas jenis-jenis hadith yang berbaki.Walaupun jumlah sambutan tidak begitu ramai namun saya bersyukur ia lebih ramai daripada kelas-kelas sebelumnya pada bula yang bukan ramadhan.Pada Allah jua di kembalikan segala puja dan puji.



Mengenangkan ramadhan kian berlalu meninggalkan kita, maka penuhilah ramadhan dengan sebaik-baiknya agar kita mencapai tahap taqwa yang di janjikan oleh Allah SWT dala firmannya;

-ilham http://www.saifulislam.com/-

Oleh itu marilah sekalian saudara-saudaraku kita lebih memperbaiki ramadhan kita kali kini, kerana ibarat lirik lagu kumpulan HIjjaz "tahun hadapan belum tentu jumpa".Moga dengan usaha kita memperbaiki ramadahn kita dengan memperbanyakkan amal ianya menjadkan kita istiqamah setelah ramadhan berlalu.Kerana sesungguhnya iman itu ibarat roller coaster adakalanya ke atas dan adakalanya menuju ke bawah.

Akhirnya, andai ingin merasai nikmatnya ramadhan, maka laksanakanlah ia sebaik yang mungkin.Jangan puasa hanya menahan lapar dan dahaga tapi berpuasalah juga pada seluruh anggota, tambahkan vitamin amal sunnat bertadarus al-quran agar kita merasai nikmat ramadhan yang di janjikan Allah rahmat,keampunan dan pembebasan dari api neraka agar kita mengecapi nikmat syurga sebenar.

Salam ramadhan Al-mubarak."kullu Am Wa Antum Bil Khair".

Friday, August 21, 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Semalam pengumuman menyambut ramadhan di umumkan.InsyaAllah Ummat Islam seluruh dunia akan berpuasa pada sabtu ini 22 Ogos 2009 bersamaan 1 Ramadhan 1430H.Hari ini, hari terakhir bulan sya'ban 1430H.Dua hari leopas masyuarat pelantikan AJK muslimat telah berakhir.Alahamdulillah segalanya atas izin Allah.Dukacita diri menerima jawatan sebagai Timbalan Setiausaha.walaupun baru setahun jagung bersama namun doa sentiasa di panjatkan moga Allah sentiasa beri kekuatan dan kudrat berserta hidayah untuk terus sama menghayun langkah agar mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama insan-insan yang berjuang demi ketegakan agama suci ya'ni Islam.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.Usia sampai ke hari ini.Moga Allah memanjangkan untuk merasai manisnya ramadhan.dan moga-moga Ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terbaik dan menjadikan diri sebagai hamba yang lebih beriman dan bertaqwa di sisinya.Ini adalah ramadhan kali kedua kami berada di rumah baru.Menegangkan ramadhan-ramadhan yang lalu penuh dengan kenangna-kenangan yang tersendiri.Apa pun moga kenangan yang manis itu akan terus menjadi ingatan yang membuahkan senyuman dan yang pahit di jadikan iktibar.Sungguh Allah menjadikan yang manis dan pahit itu berpasangan agar kita sentiasa beringat yang hidup kita ini ibarat roda.Adakalanya kita gembira dan adakalanya kita bersedih.Adakalanya kita di atas dan adakalanya kita berada di bawah.Namun segalanya adalah ujian yang Allah telah tetapkan demi meraih redhaNYA.

Apapun mengakhiri coretan pendek ini hayatilah firman Allah SWT:

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.[surah al-Baqarah ayat : 185]


"Apabila masuknya malam pertama daripada bulan Ramadhan para syaitan dan pengganas jin akan dirantai, pintu-pintu neraka akan ditutup, tiada satupun akan dibuka, pintu-pintu syurga dibuka, tiada satupun akan ditutup. Akan ada seseorang yang akan melaungkan, 'Wahai orang yang inginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang inginkan kekejian, berhentilah. Allah mempunyai orang-orang yang dibebaskan daripada neraka pada setiap malam." ((HR Tirmizi, Kitab as-Saum, Bab Ma Ja' Fi Fadl Shahr Ramadhan, No. 618. Dihukum sahih




Ramadhan qarim Allahu aqram......

Thursday, August 13, 2009

Tahniah ; Selamat Pulang

Bismillahirahmanirrahim.....Alhamdulillah atas segalanya.Selawat dan salam buat Rasul junjungan,keluarga baginda juga buat sahabat-sahabat baginda.

Assalamualaikum Warahmatullah.Terima kasih buat yang sentiasa sudi menjenguk ke blog saya.Saya sangat menghargai apa sahaja respon kalian semua walaupun sekecil zarah.Apa pun saya tekankan di sini saya bukanlah penulis yang baik.Saya hanya menulis sebagai perkongsian yang sekecil kuman.Apa pun saya sangat mensyukuri akan nikmat dan anugerah idea yang Allah kurniakan.Adakalanya idea memang banyak tapi kebuntuan untuk mengolah ayat itu selalu hadir dan saya menerimanya sebagai satu takdir bahawa Allah tidak mengizinkan untuk saya menulis mengenai apa sahaja idea yang timbul di minda.Ala kulli hal Allah itu maha pemberi nikmat.Atas nikmatnyalah blog ini terisis juga dengan beberapa coretan.Alhamdulillah.

Saat saya menulis artikel ini saya masih teruja dengan keputusan tilawah Al-quran petingkat kebangsaan kali ke-51 yang berakhir semalam.Tahniah buat qariah kita ukti Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman kerana menyandang johan qariah tahun ini.Juga tidak lupa juga buat johan qari Saudara Usamah Abdullah.Mabruk alaik buat kedua-duanya.


Saat

saya berkira-kira mahu mencoretkan sesuatu dalam blog ini tadi saya menerima satu pesanan ringkas dari kak Long saya.Berita yang benar-benar mengundang sendu di hati.Hari ini kita telah kehilangan seorang penggiat dakwah negara termasuk pejuang industri nasyid negara, Ustaz Asri Ibrahim.Apa yang saya diberitakan beliau meninggal dunia kerana sakit jantung.Apa pun sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham moga rohnya di cucuri rahmat dan tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.Salam takhziah buat keluarga Ustaz.

Selamat pulang srikandi.Kamu mendahului kami pasti menyusul.

"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah di tetapkan); maka apabila
datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak
pula mereka didahulukan"[surah Al-a'raf : Ayat 34]





-AL-FATIHAH-

Thursday, August 6, 2009

Pelik?? Itulah Manusia.

15 Sya'ban 1430H-Hari ini nisfu sya'ban.Bererti insyaAllah setengah bulan lagi kita menemui Ramadhan Al-mubarak.Bulan yang amat dirindukan.

Saya sengaja mahu menulis entri ini kerana saya mahu kongsikan sesuatu pada sasiapa saja yang sudi bertamu di blog saya.Moga-moga apa yang saya tuliskan ada pengajaran yang bisa kita ambil untuk lebih memperbaiki diri kita masing-masing.kesimpulannya entri ini saya tulis khas buat diri saya dan semua yang sudi membaca.

Virus Influenza A H1N1 atau selesema babi sudah tiba di daerah kecil ini.Dan khabarnya sudah 3 buah sekolah yang ditutup.Namun yang menghairankan saya sifat manusia ini memang ada peliknya.Malah boleh juga saya mengatakan sangat pelik.Saat berita menyiarkan setiap malam mengenai bilangan korban virus ini bukan lagi bilangan yang positif virus ini nampaknya penduduk negeri yang langsung tidak kelihatan pada peta dunia ini tidak pun mengambil sebarang tindakan.Malah di bandar, tak kiralah kawasan pasar ataupun pusat membeli belah masih boleh di hitung dengan jari yang sudi menggunakan penutup mulut.Malah saya yang mengenakannya pula menjadi perhatian.Ada yang berkerud dahi dan ada juga yang tersenyum kambing melihat saya.Mungkin mereka terfikir kenapa doktor berada di jalanan.Saya terfikir sendiri adakah mereka tidak tahu akan wujudnya virus ini atau mungkin tahap tawaqal dan redha mereka terlalu tinggi? Wallahu A'lam.Allah sahaja yang maha mengetahui.

Serentak dengan penyebaran virus yang datangnya dari binatang yang memang selalu bermasalah ini, kekurang gula juga menyerang sama.Pada awalnya saya tidak terperasan akan hal ini kerana alhadulillah rumah saya tidak pernah terasa akan kekurangan bahan asas utama ini.Sehinggalah saya diberitahu akan hal ini oleh pekerja bahagian perkhidmatan syarikat saya.Dengan tangan yang sedikit gatal hari itu saya membuka lensa kemera tertutup kedai barangan runcit syarikat saya.Sungguh kebetulan kerana saat saya membukanya kelihatan pelanggan-pelanggan setia sedang bertarung mendapatkan gula yang khabarnya baru sahaja di hantar ke kedai.Malah baru sahaja diturunkan dari lori penghantar.Pelbagai ragam yang terakam antara mereka.sehinggakan ada yang sanggup untuk bertengkar kerana mahukan lebih daripada yang di gariskan seorang dengan 2 peket gula.

Melihat semua itu sesutu di pemikiran saya.Ya manusia itu hanya mengejar apa yang mereka nampak hasilnya dan ada keperluan pada diri masing-masing.Pendek kata mengejar benda-benda yang mendatangkan keuntungan walhal nyawa mereka yang mungkin menjadi ancaman virus dari binatang pengotor itu tidak pula di endahkan.

Ayuh sekalian saudara-saudaraku kita berdoa agar terhindar dari wabak ini.

Thursday, June 25, 2009

Bersama Memaknakan Kehidupan

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.Alhamdulillah atas segala-galanya.Selawat dan salam buat Kekasih Allah Junjungan Besar Nabi Muhammad shallallahu 'alayhi wasallam.

Hari ini, telah sampai kita pada tarikh 2 Rejab 1430H.Antara bulan-bulan islam yang sangat di nanti pada seluruh ummat pencinta Ibadah.Bulan yang merakamkan satu detik sejarah terbesar dalam diri individu Islam.Siapa yang tidak tahu akan peristiwa "Israj mikraj".Peristiwa keinsafan dan keakuan bukti kebesaran Allah Subahahu Wa Ta'ala.Namun dengan ruang masa yang ada ini saya tidak bertujuan mahu mengentri blog saya ini dengan peristiwa israj mikraj.Saya tahu saya tidak arif dalam hal ini untuk di huraikannya.Apapun sama-samalah kita mengangkat tangan memohon pada Allah SWT moga kehadiran rejab dan insyaAllah turut melalui Sya'ban dan sampai ke Ramadhan yang di rindui."Ya Allah, berkatilah kami di dalam Rejab,sya'ban dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan.Amin"

Mengapa saya mentitlekan entri ini dengan tajuk sedemikian kerana bagi saya apa ertinya hidup andai kita gagal untuk memaknakannya.Ramai orang yang kita temui gagal untuk menjawab erti akan kehidupannya.Entri ini saya dedikasikan khas buat seorang insan yang mengkaji tentang Islam tika ini.Insan yang saya temui gagal untuk memberikan saya jawapan akan makna hidupnya namun berusaha mencari apa makna hidup ini.Kepada sesiapa yang membaca entri ini saya memohon jasa baik saudara saudari sekalian doakan insan ini mendapat hidayah Allah agar merasai akan nikmat Iman dan Islam. Doakan juga buat kita semua agar sentiasa menjadi muslim yang istiqomah memelihara iman di hati agar kita juga berjaya untuk memaknakan kehidupan kita.

Bukan mudah menjadikan kita insan yang berguna setiapa masa pada keadaan, tempat dan pada hati insan lain.Namun "tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu".Saya tidak pasti sama ada perumpamaan itu boleh diterima pakai atau tidak dalam usaha kita maknaan kehidupan namun harapan saya tinggi pada apa sahaja yang kita usahakan itu bakal meninggalkan kesan pada sesiapa dan di manapun.Kerana manusia yang terbaik adalah manusia yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain.Jangan nilai apa yang yang orang lain pernah buat untuk kita tapi buatlah sesuatu untuk orang lain agar kita merasa akan nikmatnya menjadi manusia yang memberi manfaat kepada manusia lainnya.Memetik kata-kata dalam entri saudara Muhtar Hj.Suhaili dalam entri beliau mengenai Ibarah Jean Beliveau saya tertarik kata-kata akhir beliau yang berbunyi:-
" Usahakanlah agar kehadiran kita memberi kesan dan pemergian kita dirasai. Pertemuan dengan kita ditunggu-tunggu dan pemergian kita dirindui. Keberadaan kita disenangi dan ketiadaan kita dianggap satu kehilangan. Kehidupan kita dicintai dan kematian kita ditangisi. Jangan sampai kehadiran kita dirasakan beban dan pemergian kita disyukuri amat. Jangan sampai pertemuan dengan kita dianggap mudarat dan pemergian kita dianggap nikmat. Jangan juga sampai keberadaan kita disambut dengan ‘astaghfirullah’ dan ketiadaan kita dilepaskan dengan ‘alhamdulillah’. Atau kehadiran kita disambut dengan ‘isy.. dia ni lagi’ dan pemergian kita diiringi dengan ‘fuh.. lega rasanya’. Malah jangan sampai kehidupan dan kematian kita tidak memberi makna sama sekali kepada diri kita sendiri dan manusia lainnya!"


Maka ambillah sedikit ruang yang ada dalam kehidupan kita ini untuk memperdulikan setiap inci yang ada dalam kehidupan kita.Apa yang orang lain lalui dan apa yang orang lain lakukan juga apa penderitaan yang orang lain alami.Menjadi insan perihatin tidak akan hilang apa-apa.Ambilah juga pengajaran atas pepatah melayu yang menyebut "Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama."Namun jangan kita alpa dan lupa untuk menjadi insan yang bermanfaat bukan mudah malah cabaran dan dugaan datang dalam pelbagai bentul namun ingatlah manusia diuji dengan pelbagai cara.Dugaan sedih satu ujian berita gembira juga boleh jadi satu ujian.Namun selagi kita mengaku Islam dan menjunjung Ad-Din yang dibawa oleh Rasulullah SAW hadapi segalanya dengan hati yang terbuka dan sabar.Allah SWT juga ada berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 155-157 yang bermaksud:-

"Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,(iaitu) orang-orang yg apabila ditimpa musibah maka mereka mengucapkan, 'Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un'. Mereka itulah yg mendapat keberkatan yg sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka,dan mereka itulah orang-orang yg mendapat petunjuk"
Firman Allah SWT lagi:-
(وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ (١٣٩

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (Ali-Imran, Ayat:139) "


Suka untuk saya nyatakan juga pada entri ini, sesekali jadilah kita insan yang tuli, bisu dan buta pada sesutu yang menghalang kita pada perkara kebaikan.Apa guna bisa mendengar apabila apa yang kita dengarkan adalah bahasa kasar dan kritikan yang meruntuhkan iman dan menjauhkan kita dari Allah.Apa guna bisa berbicara jika bicara kita hanya mendatangkan dosa.Apa guna boleh melihat jika penglihatan kita hanya pada cacat cela orang lain.Kerana ingatlah akan tiba satu saat di mana mulut kita akan terkunci dan anggota badan kita yang akan berbicara.Sesungguhnya anggota itu tidak pernah cuai malah mereka akan mengatakan yang benar.Oleh itu bersamalah kita menghayati ayat-ayat Allah yang banyak tersebut di dalam Al-quran tentang perintah membuat kebaikan.Saya hidangkan disini di antaranya.

“…Dan berbuat baiklah sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Surah al-Qashash, ayat 77)

“…Dan berbuat baiklah kalian, kerana sesungguhnya Allah SWT mencintai orang-orang yang berbuat baik.” (Surah al-Baqarah, ayat 195)

“Sesungguhnya Allah memerintahkanmu untuk berbuat adil dan kebaikan…” (Surah an-Nahl, ayat 90)

“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh baik lelaki ataupun perempuan sedang ia orang yang beriman, maka mereka masuk ke dalam Syurga dan mereka tidak akan dianiayai walau sedikitpun.” (Surah an-Nisa’, ayat 124).

Maka ingatlah kita akan fitrah kejadian kita di dunia bukan untuk bersenang lenang dengan apa yang Allah kurniakan tapi kita di jadikan sebagai khalifah yang mentadbir alam sebelum kembali merasai akan nikmat dan erti hidup yang tiada taranya di akhirat kelak.Tentukanlah hala tuju hidup kita selagi masih diberi peluang kerana kita pastinya tidak tahu dan tidak akan tahu bila kita akan tiba ke hembusan nafas yang terakhir.Laluilah kehidupan yang masih ada dengan sebaik-baiknya kerana mungkin tarikan nafas kita yang ada ini adalah yang terakhir kalinya sebelum kita kaku dan menanti pada fasa kedua kehidupan yakni alam barzakh untuk sampai ke hari dimana kita semua dihimpunkan untuk menentukan hasil perjuangan kita didunia sama ada ke Jannahtullah atau ke satu tempat yang tiada tandingan kepedihannya iaitu Neraka Allah.Tetapkanlah hati kita pada DIA yang satu genggam janji kita padanya dengan sekuat hati jangan pernah peduli kata-kata yang boleh merosakkan iman biarlah kita dikatakan ganjil mahupun asing kerana itulah sejarah kedatangan Islam bermula ganjil,asing ataupun ghuraba'.



“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]

Akhirulqalam pada entri ini selamat memulakan diri kita menjadi insan yang memberi makna pada kehidupan semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah SWT dan sentiasa terpilih dalam hidayahNYA.Salam semanis bulan Allah 'rejab' sebelum menemui 'sya'ban' bulan junjungan mulia Rasulullah SAW semoga insysAllah kita menemui ramadhan karim 1430H.Amin.

Friday, June 19, 2009

Maafkan Daku

Saya tidak tahu mahu menggambarkan diri saya seperti apa.Biarlah hanya sahabat-sahabat saya yang menilai di mana saya mahu diletakkan kerana saya tahu saya bukan sahabat yang baik.Tapi apa yang saya tahu dalam diri saya ada satu sifat yang memang sukar untuk saya ubah walaupun saya telah cuba berkali-kali iaitu susah mahu meluahkan rasa.Mungkin yang membaca tulisan saya ini ada yang mengibaratkan saya "masuk bakul angkat sendiri" terpulanglah.Tapi saya insan kerdil yang banyak kealpaannya.

Buat teman-teman yang mengirimkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat saya pada 15 Jun yang lalu terima kasih atas ingatan tersebut.Saya menghargainya dari lubuk hati yang dalam.Moga Allah makbulkan doa-doa kalian buat saya juga doa-doa saya buat kalian.Saya amat terharu namun saya tahu saya bukan sahabat yang baik kerana terlalu banyak masa saya untuk diri sendiri berbanding bersama kalian.Maafkan aku wahai yang bergelar sahabat.Namun jauh di sudut hati yang dalam ketahuilah rasa kasih ku pada kalian terlalu tinggi umpama menyayangi diruku sendiri.Iringilah langkah kaki kita dengan doa agar sentiasa menempatkan diri dipersada ini untuk menjadi muslim yang berjaya dunia akhirat.Puisi ini saya garapkan khas buat kalian semua

Sahabat,
Masa kita bersama amat terhad
Adakalanya kita di temukan
Dalam majlis atau terserempak sahaja
Bertanya khabar berpeluk cium di pipi
Dan
Adakalanya kita hanya menyapa
Melalui kiriman teknologi
Tapi selalu hanya kalian yang memulakan
Mungkin inilah salah satu kelemahanku
Aku jarang mendahului kalian
Tapi ingatlah sahabatku
Aku tidak pernah melupakan kalian
Dalam doa yang selalu kurafak sembah
Pada DIA yang Esa.
Maafkan aku sahabat
kerana aku bukan sahabat yang baik
Sungguh saya belajar sesuatu dari kalian yang persahabatan itu bukan hanya melalui kemajuan teknologi mahupun pertemuan tapi juga melalui rabitah hati kita yang bertaut keranaNYA. Keikhlasan itu sukar mahu dipamerkan kerana ia ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di malam yang pekat hitam.Moga kalian terus mengerti.

Jangan Pernah Berhenti Berharap

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.Alhamdulillah atas kepanjangn usia yang masih di beri.Syukur juga atas nikmat kesihatan yang masih kurniakan walaupun selasa lepas saya mendapat satu berita kurang baik kerana doktor mengesahkan saya perlu menghadirkan diri ke kedai membuat cermin mata untuk mendapatkan sokongan penglihatan kerana nikmat penglihatan saya sudah berkurangan.Apa pun saya berterima kasih atas setiap nikmat itu pada DIA yang maha Esa.Mengurangkan sesuatu untuk saya merasai nikmat yang berbeza pula.Alhamdulillah atas segala-galanya.



Saat saya menulis artikel ini saya masih lagi merasai rasa sayu atas pemergian ulama yang banyak membina diri saya melalu perkongsiannya melalui tulisan-tulisannya.Al-Fadhil Dr.Fathi Yakan yang telah kembali kerahmatullah subuh 13 Jun 2009 yang lepas.Saya sebenarnya bercadang mahu menulis rasa dukacita ini pada hari tersebut tapi tak perlulah saya memanjang lebarkan menceritakan pelbagai alasan yang membatutkan penulisan saya pada hari tersebut.Segalanya adalah aturan Allah SWT.Kita merancang Allah juga merancang dan perancangan Allah lah yang terbaik.Apa pun saya doakan semoga pemergian seorang ulama termasyur yang tidak pernah akan saya berjumpa dengannya meninggalkan kesan positif di hati-hati insan yang mencintai kebenaran.Ilmu yang di tinggalkan buat kita bukan sedikit tapi terlalu banyak yang terbina akan jiwa muslim atas sumbangan beliau.Siapa saja yang pernah duduk dalam usrah pastinya tidak asing dengan buku tulisan beliau "Apa Ertinya Saya Memeluk Islam".Bersamalah kita menyedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham.Manfaatkanlah sebaik-baiknya apa yang ditinggalkan beliau buat kita.Moga apabila kita kembali pada ya Khaliq kita tergolong dalam golongan apa yang telah di sabdakan Baginda Rasul:


"Nabi saw bersabda yang bermaksud; “Apabila mati anak Adam, maka terputuslah amal kebaikan kecuali; mereka yang meninggalakn ilmu bermanfaat, sedekah (kebajikan) jariah, dan anak soleh yang mendoakan akannya” (Hadith Riwayat Muslim)."

Akhir-akhir ini kita sentiasa di dedahkan dengan pelbagai masalah politik negara.Sudah mahu seminggu isu "Negara Perpaduan" masih di bahaskan di berita-berita Tv.Saya tidak tahu sebenarnya apa motifnya tapi yang pasti ianya semakin hangat diperkatakan.Apa yang penting saya tidak mahu menjadi tukang komen mahupun pengkritik biaralah sesama ahli politik negara kita yang menyelesaikan apa yang mereka cetuskan.Apa yang saya rasakan kini saya cuma bersimpati pada warga-warga emas yang tidak memahami akan kancah politik negara kita akhir ini.Apalah yang mereka definisikan akan hal ini.Adakah mereka akan mengatakan yang ahli politi negara kita kini semakin gilakan kuasa? atau mereka hanya menggeleng malas mahu melayan permainan ahli-ahli politik negara kita? Masing-masing ada pendapat tersendiri.Tapi saya lebih bersetuju dengan pendapat seorang kawan yang mengatakan bahawa dunia politik memang penuh dengan tipu helah.Maka siapa yang tertipu menanggung rugi dunia tapi siapa yang menipu menanggung dosa.Fikir-fikirkanlah.Konklusinya satu sahaja manusia di akhir zaman memang pelbagai ragamnya.
Namun daripada segala kecacamerbaan ini saya cuma mengharapkan satu sahaja dalam seribu pengharapan dari orang yang berjuta di luar sana ikhlaskanlah diri kita dalam memperjuangkan apa yang pernah di usahakan oleh Junjungan kita Nabi Muhammad SAW.Kerana yang membentuk hasil usaha kita adalah pada apa yang kita niatkan kepadaNYA.
Akhir coretan hayatilah hadis ini dan hadamkan di dalam jiwa kita agar jalan kita tidak menyimpang daripada jalan yang sentiasa membawa kita untuk tidak pernah berhenti berserah diri dalam segala hal kepada yang HAK.



عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'