Saya sengaja mahu menulis entri ini kerana saya mahu kongsikan sesuatu pada sasiapa saja yang sudi bertamu di blog saya.Moga-moga apa yang saya tuliskan ada pengajaran yang bisa kita ambil untuk lebih memperbaiki diri kita masing-masing.kesimpulannya entri ini saya tulis khas buat diri saya dan semua yang sudi membaca.
Virus Influenza A H1N1 atau selesema babi sudah tiba di daerah kecil ini.Dan khabarnya sudah 3 buah sekolah yang ditutup.Namun yang menghairankan saya sifat manusia ini memang ada peliknya.Malah boleh juga saya mengatakan sangat pelik.Saat berita menyiarkan setiap malam mengenai bilangan korban virus ini bukan lagi bilangan yang positif virus ini nampaknya penduduk negeri yang langsung tidak kelihatan pada peta dunia ini tidak pun mengambil sebarang tindakan.Malah di bandar, tak kiralah kawasan pasar ataupun pusat membeli belah masih boleh di hitung dengan jari yang sudi menggunakan penutup mulut.Malah saya yang mengenakannya pula menjadi perhatian.Ada yang berkerud dahi dan ada juga yang tersenyum kambing melihat saya.Mungkin mereka terfikir kenapa doktor berada di jalanan.Saya terfikir sendiri adakah mereka tidak tahu akan wujudnya virus ini atau mungkin tahap tawaqal dan redha mereka terlalu tinggi? Wallahu A'lam.Allah sahaja yang maha mengetahui.
Serentak dengan penyebaran virus yang datangnya dari binatang yang memang selalu bermasalah ini, kekurang gula juga menyerang sama.Pada awalnya saya tidak terperasan akan hal ini kerana alhadulillah rumah saya tidak pernah terasa akan kekurangan bahan asas utama ini.Sehinggalah saya diberitahu akan hal ini oleh pekerja bahagian perkhidmatan syarikat saya.Dengan tangan yang sedikit gatal hari itu saya membuka lensa kemera tertutup kedai barangan runcit syarikat saya.Sungguh kebetulan kerana saat saya membukanya kelihatan pelanggan-pelanggan setia sedang bertarung mendapatkan gula yang khabarnya baru sahaja di hantar ke kedai.Malah baru sahaja diturunkan dari lori penghantar.Pelbagai ragam yang terakam antara mereka.sehinggakan ada yang sanggup untuk bertengkar kerana mahukan lebih daripada yang di gariskan seorang dengan 2 peket gula.
Melihat semua itu sesutu di pemikiran saya.Ya manusia itu hanya mengejar apa yang mereka nampak hasilnya dan ada keperluan pada diri masing-masing.Pendek kata mengejar benda-benda yang mendatangkan keuntungan walhal nyawa mereka yang mungkin menjadi ancaman virus dari binatang pengotor itu tidak pula di endahkan.
Ayuh sekalian saudara-saudaraku kita berdoa agar terhindar dari wabak ini.


No comments:
Post a Comment