Sudah dua malam mata sukar benar mahu terlelap.Tidak tahu kenapa persoalan mati juga yang bermain di minda.Alam kubur dan segala yang berkenaan dengan mati begitu kuat di ingatan.Hanya doa yang menguatkan semangat agar semua ini adalah peringatan yang di utus Allah agar tidak pernah lupa akan asabab kewujudan diri di muka bumiNya.
Mengenangkan semua yang telah berlaku saya mesih di rundung pilu menegenangkan pemergian Ustaz Asri Ibrahim beberapa hari sebelum menjelang Ramadhan.Dan lebih menguatkan ingatan pada Allahyarham apabila TV9 menyiarkan rancangan khas 'Ustaz Asri Dalam Kenangan'.Walaupun tidak menyaksikan keseluruhan rancangan tersebut saya sangat merasa kesebakan dan air mata saya mengalir menegangkan ketabahan isteri dan anak-anak beliau meneruskan hidup tanpanya disisi.Apatah lagi melalui ramadhan yang mulia tanpa suami dan ayah yang tercinta.Permergiannya benar-benar satu kehilangan yang besar bukan saja pada industri seni nasyid, peminat-peminat Rabbani tapi yang lebih utama pada jiwa-jiwa pencinta kebanaran.Namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat beliau.Apa pun saya sentiasa mendoakan ketabahan dan kesabaran buat isteri dan anak-anak Allahyarham dan semoga roh Almarhum di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang beriman.
Seperti biasa minggu-minggu yang berlalu saya merindui kelas ilmu yang memberikan saya ketenangan jiwa.Alhamdulillah ramadhan kali ini kelas beralih ke hari ahad bagi memberi laluan kepada ibu-ibu yang mahu menyediakan juadah berbuka buar keluarga. Kelas semalam menyambung topik hadith 40.Mengupas jenis-jenis hadith yang berbaki.Walaupun jumlah sambutan tidak begitu ramai namun saya bersyukur ia lebih ramai daripada kelas-kelas sebelumnya pada bula yang bukan ramadhan.Pada Allah jua di kembalikan segala puja dan puji.

Mengenangkan ramadhan kian berlalu meninggalkan kita, maka penuhilah ramadhan dengan sebaik-baiknya agar kita mencapai tahap taqwa yang di janjikan oleh Allah SWT dala firmannya;
-ilham http://www.saifulislam.com/-
Oleh itu marilah sekalian saudara-saudaraku kita lebih memperbaiki ramadhan kita kali kini, kerana ibarat lirik lagu kumpulan HIjjaz "tahun hadapan belum tentu jumpa".Moga dengan usaha kita memperbaiki ramadahn kita dengan memperbanyakkan amal ianya menjadkan kita istiqamah setelah ramadhan berlalu.Kerana sesungguhnya iman itu ibarat roller coaster adakalanya ke atas dan adakalanya menuju ke bawah.
Akhirnya, andai ingin merasai nikmatnya ramadhan, maka laksanakanlah ia sebaik yang mungkin.Jangan puasa hanya menahan lapar dan dahaga tapi berpuasalah juga pada seluruh anggota, tambahkan vitamin amal sunnat bertadarus al-quran agar kita merasai nikmat ramadhan yang di janjikan Allah rahmat,keampunan dan pembebasan dari api neraka agar kita mengecapi nikmat syurga sebenar.
Salam ramadhan Al-mubarak."kullu Am Wa Antum Bil Khair".


No comments:
Post a Comment