Monday, April 13, 2009

Jadilah Seorang Mutadayyinun

"Anugerah berharga pada manusia adalah apabila dia di anugerahkan hidayah Allah untuk menjadi seorang Islam."



Sukar untuk kita nafikan impian akhir hidup kita adalah ke syurga Allah SWT.Pasti tidak ada satupun makhluk yang apabila ditanyakan kepadanya 'mahu ke neraka?' dan jawapannya adalah YA.Siapa yang mahu merasakan kepanasan api yang tiada tandingannya itu? Di dunia sahaja apabila berhadapan dengan panas mentari kulit ibarat ayam panggang yang sudah sedia untuk di makan.Terasa benar akan gigitan mentari.Dan secara automatiknya tangan mencapai remote control untuk menghidupkan penghawa dingin mahupun kipas.Tak ada kipas angin tak menjadi masalah apa sahaja yang boleh memberikan tiupan angin apabila dihuyung sudah memadai.Cepat benar otak manusia itu di fungsikan bagi memenuhi keinginan lahir yang tidak tertanggung.



Mahu berbicara mengenai kepandaian manusia bukan sedikit yang Allah berikan.Kepantasan berfikir milik semua manusia.Semua manusia pandai.Memiliki kelebihan sebagai penambah rasa dan kekurangan untuk di aplikasikan untuk mengajak organ otak membawa ke arah teras impian untuk menjadi kenyataan.Siapa yang berpendapat kekurangan adalah satu aspek penghalang untuk berjaya itulah manusia yang gagal sebelum gagal.Manusia yang lebih berjaya di muka bumi ini adalah manusia yang sentiasa berusaha dan berusaha walaupun adakalanya menemui kegagalan.Jika mahu menjadi manusia yang berjaya jangan takut pada yang namanya kegagalan dan jadikan kegagalan sebagai cerminan kehidupan pada masa akan datang.Allah itu maha Adil sifatnya.Malah di dalam 99 namaNYA ya'ni amsaul husna Al-Adil merupakan satu daripada 99 itu.Maka dengan akal waras dan hati yang yakin mengapa kita selalu meragukan yang hak dan menyalahkan yang tidak bersalah.Kejayaan dan kegagalan membawa pengertian yang sama pada setiap insan.Kedua-duanya membawa erti yang amat besar pada yang bergelar insan.Kerana kejayaan dan kegagalan kedua-duanya adalah ujian yang Allah turunkan pada kita.Malah antara duanya kejayaan adalah ujian yang terbesar buat yang bernama hamba.



Yang mahu di bicarakan pada entri ini bukan isu siapa yang mahu berjaya dan siapa yang mahu gagal.Tapi yang mahu di bicarakan ialah kita semua layak dan mampu untuk berjaya.Namun hanya usaha yang akan membataskan kedudukan kita selepas itu.Yang berusaha seperti melepaskan batuk di tangga maka setakat itu jugalah kejayaan yang dimilikinya.Yang berusaha sehabis daya maka itulah jugalah hasil yang bakal diperolehi.Adakalanya walaupun gagal di pertengahan jalan namun kegagalan juga merupakan kejayaan kerana kepuasan yang diterap dalam hati adalah kepuasan yang total bukan kepuasan yang kalah sebelum kalah.

Pelbagai kejayaan yang bererti dalam hidup.Namun kejayaan yang hakiki adalah kejayaan yang membawa kita ke syurga Allah SWT.Menjadi manusia adalah setinggi-tinggi penghargaan yang Allah berikan pada kita.Ditambah lagi apabila kita seorang muslim.Anugerah yang maha hebat Allah pada kita hambanya.Namun hakikatnya siapa yang mahu hanya setakat muslim sahaja maka disitulah juga ganjarannya.Menjadi seorang muslim belum menjamin syurga Allah.Maka usahalah agar kita sampai ke peringkat yang menjadikan kita manusia agung di sisi Allah Subahahu Wa Ta'ala.

  • Muslimun - Seorang Islam
  • Mukminun - Islam dan beriman
  • Mukhlisun - Islam, beriman dan ikhlas
  • Mutaqqin - Islam,beriman, ikhlas dan bertaqwa
Maka ukurlah diri kita berada di mana saat ini.Kesungguhan seorang manusia yang benar-benar mahu menjadi agung di sisi Allah adalah di mana dia mahu meletakkan dirinya sebagai seorang muslim.Pilihan ada terlentang luas hanya memerlukan kita memilih jalan untuk diri kita pada masa akan datang.Sungguh bukan mudah mencapai satu tahap yang kita inginkan andai kita hanya menyimpan angan-angan ibarat 'Mat Jenin'.Tapi semuanya tidak menjadi masalah andai kita mahu dan benar ingin ke syurga Allah SWT.
Menjadi seorang muslim bukan hanya pada kalimah syahadah.Namun kalimah syahadah perlu di terapkan sedalam dalamnya dalam diri juga di susuli dengan 3 perkara iaitu Tashqidun bil qalbi(mengakui dengan hati), Taqirun bil lisan(melafaskan dengan lisan) dan Amalun bil akran(mengamalkan dengan anggota) disamping menerapkan juga 6 rukun iman.Penghayatan Islam dalam diri memerlukan kekuatan yang bukan sedikit kerana godaan bukan seperti kaki yang dihurung semut maka semburlah dengan spray shieldtox.Namun godaan ibarat pisau yang telah terletak di batang leher kita maka ianya perlu di alihkan dengan keijaksanaan kita sebagai manusia yang dikurniakan aqal fikiran dan kelebihan iman.
Sungguh jika mahu berjaya dalam hidup maka laluilah jalan belukar dengan tabah dan bijaksana.Janga memilih jalan yang lurus kerana kesenangan itu akan bisa menghartar diri kepada kealpaan yang mengheret ke jurang kehinaan.Rebutlah yang sukar namun meninggalkan kesan yang hebat daripada yang senang namun akan disesali.
Ayuh sekalian pengunjung yang budiman sama-samalah kita memperbaiki diri menjadi insan yang bertaqwa menuju mardhatillah agar kita mencapai ke tahap manusia yang mutadayyinun dalam merealisasikan "HIDUP MENANG MATI SYURGA" menjadi kenyataan bukan hanya unkapan dan angan-angan.

Wednesday, April 8, 2009

Penghinaan Atau Pengajaran?

"Nga Kor Ming tu dah melampau guna ayat Al-Quran nak berucap!" Marah seorang remaja Islam.Jiwa remaja membara.

"Saya rasa Nga Kor Ming lepas ni akan masuk ISA.Adakah pandai-pandai guna ayat Al-Quran dalam ucapannya.Dia bukan Islam"Luah seorang dewasa Islam.

Adakah ia wajar ummat Islam untuk marah atas penggunaan ayat Al-Quran oleh orang bukan Islam dalam ucapan? Penghinaankah apabila orang bukan Islam melafazkan ayat Qur'an dalam percakapan? Perhatian sungguh kita orang Islam atas kesalahan-kesalahan seperti ini.Syabas kerana sensetiviti ini amat perlu untuk masa depan Islam untuk terus tegak di atas muka bumi ini.Namun sesuatu yang perlu kita ambil pengajaran dari tingkahlaku Nga Kor Ming bukan kemarahan yang perlu kita luahkan untuk membuktikan kita benar-benar mengambil peduli akan apa yang menimpa Islam hari ini.Terfikirkah kita akan apa yang beliau lakukan itu benar-benar ibarat tamparan di pipi kita yang bergelar Islam dan Muslim? Orang non-muslim sudah mengambil Al-Quran sebagai rujukan, bukankah tanda positif bagi kita bahawa mereka juga meletakkan kepercayaan pada kitab suci kita?

Mungkin kita masih mentafsirkan yang dia menggunakan ayat itu sebagai penghinaan terhadap ayat suci Al-Quran.Tapi malangnya adakah kita sedar yang beliau berucap dalam nada normal dan benar-benar serius bukan melafazkan ayat suci sebagai guraun atau permainan.

Hanya satu konklusi yang saya letakkan atas perbuatan beliau bahawa ianya satu pengajaran pada kita yang mengaku muslim dan Islam.Kurangnya perhatian kita pada ayat-ayat Allah dalam setiap perilaku kita selama ini.Jangan tunggu diri kita bergelar graduan agama, berstatus ustaz atau ustazah baru nak perihatin dan menggunakan ayat Quran untuk berucap namun Al-Quran itu adalah salah satu peninggalan Rasulullah SAW yang agung untuk kita praktikkan dalam kehidupan kita setiap masa.

Cukuplah saudara dan saudariku,
sudah cukup banyak yang melalaikan kita di akhir zaman ini.Hiburan tumbuh ibarat cendawan selepas hujan.Penyokong yang ramai, peserta yang ramai, sambutan yang hebat.Siapa mereka itu? Yang melorongkan dan menyediakan pelung mungkin bukan Islam tapi Islam lah yang paling ramai menjadi penyokong, menjadi peserta juga menyambutnya sebagai hujan emas yang jatuh dari langit.

Sampai bila harus begini? Disaat orang lain berpaling mendekati kebenaran kita yang dilahirkan dengan fitrah kebenaran semakin jauh dari fitrah itu.Ayuh tinggalkan yang gembira namun sementara dan kejarlah yang perit untuk kegembiraan yang kekal abadi.

Monday, April 6, 2009

Qualiti Masa Yang Membawa Bahagia

Bismillahirrahmanirahim......
Alhamdulillah titipan syukur sentiasa yang tidak pernah lekang dibibir pada DIA yang Maha Esa.Juga tidak lupa selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW.Juga buat keluarga baginda, para sahabat dan buat seluruh mujahidin dan mujahidah Islam.Semoga kita semua sentiasa dalan rahmat dan kasih sayang Allah SWT serta terpelihara dalam hidayahnya.Ameen..

Mac sudah hampir seminggu berlalu.Dipenuhi dengan pelbagai bunga kehidupan.Mendorong jejak langkan untuk terus melangkah, mengembara di atas bumi Allah SWT atas niat yang suci.Moga sentiasa mendapat petunjuk kebaikan.Pelbagai ragam dan rakaman kehidupan yang meleretkan senyuman menumpang gembira pada kurniaan nikmat Allah yang tidak mampu kita ramal akan kehadirannya.Benarlah kita merancang Allah juga merancang dan sesungguhnya perancangan dan takdir Allah itulah yang terbaik buat kita.Sama ada ia datang berbentuk nikmat, kegembiraan, ujian mahupun kesedihan itu semua pasti yang terbaik buat kita dan pastinya mempunyai hikmah yang telah Allah sediakan.Maha suci bagi Allah yang maha pemurah dan penyayang.DIA tidak meninggalkan hambanya dalam kesedihan yang selamanya.DIA juga tidak akan meninggalkan hambanya dalam keadaan gembira selamanya namun pada setiap kejadiannya pastinya adil dan saksama.Namun yang paling istimewa setiap kesedihan yang sementara, kegembiraan yang seketika pinjamannya itu andai kita lalui dengan iman dan amal yang soleh akan ada anugerah dan nikmat yang tiada tara di akhirat kelak yakni Syurga Allah SWT.


“Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan ‘amalan soleh (perbuatan baik), bahawa mereka akan memperolehi Taman Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai…” (Surah al-Baqarah, ayat 25)


Kesibukan mac yang lalu menghantar satu rasa muhasabah dan rasa syukur pada diri bahawa kesibukan salah satu benda yang menghalang kita daripada dosa.Memenuhi tanggungjawab pada amanah yang bernama kerja.Juga kesibukan pada majlis-majlis perkahwinan yang perlu di hadiri membuahkan bunga ukhuwah yang mahal harganya.Tahniah buat Saudara Aqil yang baru meraihkan walimah pada 15 Mac 2009 juga buat Ustazah Noordianah Hj. Alwi yang selamat di nikahkan dengan pasangannya saudara Azhar pada 20 Mac dan meraihkan walimah pada 27 Mac lalu.Moga penyatuan dua hati kerana melaksanakan sunnah Rasulullah SAW ini melahirkan generasi Islam yang solah dan solehah.Doa dititip moga memperolehi rumahtangga yang sakinah, mawaddah, warrahmah..ameen.

"Baarakallahu lakuma wa baaraka 'alaikuma wa jam'a bainakuma fi khair - "Selamat Pengantin Baru Moga berbahagia Hingga ke Syurga Allah SWT.Amen"

Sungguh setiap apa yang Allah rencanakan itu pastinya berpasang-pasangan.Ada yang berkahwin ada juga yang pergi meninngalkan kita.Takhziah buat sahabat saya Hayati yang baru sahaja kehilangan ayahnda tercinta.seribu kemaaf du hulur kerana belum ada kesempatan menziarahimu atas permintaan komitmen yang perlu di utamakan.Moga engkau mengerti wahai sahabat.Namun dari kejauhan doa terus saya rafakkan moga engkau tabah menerima kententuan Allah ini dengan penuh keimanan kerana itu sudah janjinya bahawa tiap-tiap yang hidup itu pasti akan merasai mati.Kita yang hidup hari ini juga akan menyusul cuma masa yang kita tidak ketahui."Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita akan dikembalikan"

Syukur juga pada Allah atas kesibukan yang telah tercatat masih ada waktu untuk menghadiri majlis-majlis ilmu bagi memenuhi tuntutan rohani.Tahniah buat Bahgian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia Dengan kerjasama Jakim dan RTM yang julung-julung kalinya membuat rakaman forum perdana ehwal Islam di bumi Wilayah Persekutuan Labuan.Moga ini adalah permulaan yang baik untuk terus mentarbiah warga Labuan.Forum yang hebat itu dipengerusikan oleh Y.Bhg Ustaz Mohd.Ajib Bin Ismail(Bhg.Dakwah Jakim Putrajaya) manakala ahli panelnya terdiri daripada:-




(i)Y.Bhg Dato' Dangiran bin Mustafa(Mantan Timbalan Pengarah Bhgn.Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia)
(ii)Y.Bhg Prof Dr.Sidek bin Baba (Pensyarah Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa)
(iii)Y.Bhg Ustazah Noordianah bt Alwi (Penolong Pengarah Pelajaran JAWI Labuan)



Dua tajuk yang di bincangkan pada malam tersebut ialah "Al-Insan" dan "Perhatikan Daku".Apa pun di doakan moga ianya membawa khair buat semua yang hadir pada malam tersebut.




Hari-hari cuti yang ada juga diisi dengan kelas agama bagi menambah ilmu yang ada amatlah berharga rasanya masa yang lapang daripada di penuhi dengan tidur dan menonton tv.Sudah hampir setahun Kelas Pendidikan wanita di jalankan walaupun sambutannya tidak begitu ramai namun harapan besar moga ahli akan bertambah lagi selepas ini dan harapnya ilmu juga bertambah.Terima kasih Buat ustazah Noordianah yang sudi turun padang mentarbiah masyarakat walaupun kesibukan yang agak padat sehari-hari.



*antara murid-murid kelas pendidikan wanita bersama ustazah Noordianah

Apa yang pasti tiada hasil yang nikmat tanpa usaha sepenuh tenaga.Jadilah kita manusia berilmu kerana Allah Subahanhu Wa ta'ala telah berfirman di dalam Al-Quran Karim:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا قِيلَ لَكُمۡ تَفَسَّحُواْ فِى ٱلۡمَجَـٰلِسِ فَٱفۡسَحُواْ يَفۡسَحِ ٱللَّهُ لَكُمۡ‌ۖ وَإِذَا قِيلَ ٱنشُزُواْ فَٱنشُزُواْ يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬ (١١

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. (Surah Al-Mujadilah Ayat:11)"

Buat penutupan pada Entri ini hayatilah puisi pendek yang amat bermanfaat petikan dari novel "Tautan Hati"


Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak air dituang,
Molekul udara memenuhinya.
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang bahagia,
Ketahuilah,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu tekadkan keyakinan,
Bangunlah dari lenamu yang panjang,
Yang tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biar dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Kerana kita ummat pilihan

Wednesday, April 1, 2009

Khabar Muhasabah Dari Kepanasan Global

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين

Hari ini telah masuk 1hb April 2009.Sudah 3 bulan lamanya 2009 masihi kita lalui.Bagaimana tahap amal kita? Apa khabar akan iman kita? makin kukuh? brantakan? atau sudah sampai tahap kritikal? Maha suci Allah yang memberikan hidayah kepada hamba-hamba yang di kasihinya.March yang berlalu sangat padat rasanya hentakan tanggungjawab yang perlu di penuhi malah adakalanya tersa masa itu tidak mencukupi malah terasa juga akan kepantasannya berlalu.Maka benarlah kata-kata As-syahid Imam Hassan Al-Banna
"Sesungguhnya tanggungjawab yang kamu ada melebihi daripada masa yang kamu ada"
Apakah peringatan itu tidak cukup buat kita menyedari bahawa masa itu akan terus berlalu.Maka sebaik-baik insan yang sentiasa menghargai masa.Pepatah arab juga ada menyebut:
"Masa itu ibarat pedang.Jika kamu tidak memotongnya maka kamu yang akan di potongnya"
Ditambah pula akan firman Allah subahanahu wa ta'ala dalam surah al-Asr:
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.Berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"[Surah Al-Asr 1-3]
Dan demikianlah perumpamaan masa yang banyak di beri penekanan.Namun adakah kita mengambil perhatian? mengambil pengajaran dari apa yang di firmankan dan disebut-sebut oleh
pejuang-pejuang agama? Sungguh rugilah bagi mereka yang membuang masa.
Ayuh sahabat-sahabat yang di kasihi,
Kita hidup mungkin hanya untuk hari ini.Jangan sesekali menanti hari esok untuk bertaubat.Taubatlah berkali-kali.Jadikan ia rutin harian.Ayuh kita bungakan hati-hati kita dengan rasa tawadu' dan tangkaikan taqwa agar apabila kita ditakdirkan mati hari ini esok ataupun lusa kita tidak akan menyesal kerana mati sebagai mukmin.Sesungguhnya ingatlah bahawa kematian itu datang tanpa meminta izin mahupun ada yang memberitahu.Maha suci Allah atas kekuasaannya.Daripada dia kita datang dan kepadanyalah kita akan di kembalikan.Dan sebaik-baik peringatan adalah mati.Sering kita dengarkan lirik lagu ini tapi apakah ia berkesan dihati dan mendorong kita untuk menjadi mukmin sejati? Muhasabahlah diri kita.
Menanti Di Barzakh
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Seusai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian2x
Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,
Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,
Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Menggigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata



Sesungguhnya kematian itu akan memburu kita.Hanya masa yang membataskan.Namun jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kita selalu mengatakan tunggu pada perkara-perkara kebaikan.Jangan di kejae kemewahan dan syurga dunia yang melalikan kerana dunia ini hanya sementara dan bakal sampai saat kehancurannya.Jangan melayan segala kealpaan kita yang di cipta oleh tangan manusia berdosa kerana yang bakal menjawab di akhirat kelak adalah diri kita bukan manusia-manusia yang menyediakan kita lorong kesesatan dan lorong dosa.Biarkan mereka apabila peringatan sudah di berikan tapi masih kekal sedemikian.Tapi pedulikan diri kita yang pastinya tidak tertahan akan siksa Allah di akhirat kelak.Sayangi diri kita daripada sentuhan api neraka dan impikanlah syurgaNYA.


Sungguh yang pentas dunia ini ibarat jambatan yang di bina menuju ke syurga apabila kita memanfaatkannua sebaik mungkin.Namun ia boleh jadi jambatan ke neraka apabila kita gagal membentengkan diri dengan iman dan aqal yang waras.Jangan sesekali kita tewas dengan penjahat dalam diri yakni nafsu dan jangan juga kita kalah pada sekutunya yakni syaitan laknatullah.

Ayuh sekalian saudara-saudaraku,
Sungguh sayangku pada kalian bukan mainan pada bibir.bukan juga cuma impian yang belum pasti nyata tapi rasa sayangku adalah nyata ku rasakan di lubuk hati kurniaan Allah.Maka dengan itulah yang memberiku kekuatan untuk terus mengajak kalian ke lorong kebenaran.

Note:saat menulis artikel ini ana berada dalam pejabat yang didinginkan oleh penghawa dingin namun belum mampu mendinginkan hati yang sentiasa takut pada DIA yang Maha kuasa.Kepanasan global yang membimbangkan diri juga manghadirkan rasa takut yang dunia ini mungkin akan tiba ke penghujungnya pada bila-bila masa.Subahanallah walhamdulillah walailaha illallah.

Thursday, March 19, 2009

Kembalikan Fitrah Kesucian Hati

Segala puja dan puji hanyalah milik Allah.Pemilik sekalian alam.Pemilik sekalian hati-hati manusia.Yang berkuasa membolak balikkan hati manusia.Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Para mujahidin,mujahidah dan segenap lapisan masyarakat Islam.Moga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT.Ameen..

Mac sudah sampai ke hari yang ke sembilan belas.Bererti sudah lama blog ini bercuti dengan penulisan.Idea rasa terbantut dengan kesibukan yang melanda.Kesibukan menunaikan amanah kerja dan ke atas keluarga tersayang di tambah pula dengan jemputan-jemputan kenduri kawin yang benar-benar padat bulan ini.Juga tidak terkecuali atas kunjungan 'ujian kesihatan' yang memeritkan seketika apabila kerongkong terasa pedih dan batuk yang berlarutan memuhasabahkan diri mengingatkan akan fitrah kejadian manusia.Alhamdulillah tetamu yang bernama sakit itu datang mengingatkan diri yang adakalanya alpa pada tanggungjawab kita kepada Ilahi Rabbi.Semoga ini bukan saja ujian bahkan peringatan buat diri dan sekalian hamba Allah akan wujudnya kita di dunia buat mengabdikan diri padaNYA juga buat penyuci dosa hamba yang pastinya ada.

Mengenangkan erti sakit itu pastinya kesakitan ada pada tiap-tiap manusia.Pelbagai bentuk kesakitan yang Allah ciptakan buat menguji hambanya.Namun kesakitan kerajaan hati makin hari nampaknya makin menjuarai carta mengoyahkan pegangan agama suci di hati manusia.Menjaga fitrah kesucian hati sudah di ibaratkan bukan perkara utama dalam kehidupan.Malah tidak tahu jatuh ke tangga yang mana satu dalam carta sepuluh yang teratas.Goyah, tidak kukuh malah rapuh dan hampir-hampir hancur kesucian hati dikaburi oleh ujian dunia yang benar-benar menari di hadapan mata.Sungguh penyakit demam yang mendatangi kadang kala menyedihkan namun melihat kerobekan hati penganut agama Islam yang syumul lebih mencalar luka dalam buat hati manusia pencinta agama.




Orang tua dengan buta dan jahil malah bodoh sombong akan hukum agama ditambah pula kaum remaja yang mabuk dengan cinta yang benar-benar melanggar garis batas sesama muslimin dan muslimat.Apa pula akan jadi pada generasi kanak-kanak? Mereka akan terus mewarisi ini semua atau meneruskan dunia pementasan contoh orang terdahulu sehingga ramailah generasi buta agama dan hukum.Ustaz yang berkuliah, ustazah yang berforum,iman yang bertazkirah malah bilal yang melaungkan azan di pandang enteng pada mata-mata insan yang hatinya milik dunia fana.Akedemi fantasia, malaysia idol,mentor,gangstar yang mementaskan penyanyi-penyanyi yang entah di mana haluan hidupnya, yang melahirkan idola yang membawa ke haluan kiri dan malangnya si anak kecil yang baru celik mata memandang dunia tanpa di beri kesempatan untuk memilih sudah ditinjukkan jalan menuju haluan dunia dididik dengan acuan hidup barat yang terang lagi bersuluh bukan budaya kita Malaysia dan utamanya Islam.

Tapi kerajaan hati manusia kini ibarat dewan parlimen yang cacamerba.Yang berhormat hilang etika sebagai manusia yang bermaruah memperkotak katikkan sesama mereka malah bahasa kesat menjadi hidangan organ bernama telinga.Gagal menilai hati yang fitrahnya pada kebaikan di tutup pula pada dosa-dosa yang boleh menggelapkan hati asalkan nafsu tersenyum puas menemani sahabat baiknya yang bernama syaitan.Maka leretan senyum pada mulut manusia yang pendosa itu juga lebar mengalahkan lebarnya Laut China Selatan malah hingga menghilangkan teliga jika bisa.Namun hakikatnya hanya satu ingin dipandang megah yang bernama manusia itu.Manusia yang diciptakan untuk sujud kepada Allah, taat pada hukum yang telah nyata HALAL dan HARAM nya.Tapi yang haram kini ibarat perencah cukup rasa dalam kehidupan dan yang halal itu umpama hempedu yang pahit dan menjadi hidangan yang terbuang dalam masakan.



Ingatan buat diri sendiri

Juga yang menerima jemputan Allah ke daerah kebaikan

Ayuh kita hayun langkah memperkukuhkan kerajaan hati kerana "hati tempat jatuhnya pandangan Allah".Saat hati membisikkan kata 'Sampai bila aku harus begini?' maka sahutlah jemputan ke untuk kembali ke dunia fitrah kesucian hati yakni dunia kebaikan itu dengan taubat nasuha.Kita manusia, manusia yang banyak sekali dosanya kepada yang maha ESA bukan manusia yang mahu menjadi hamba kepada sang pencinta tapi manusia yang mahu terus mengabdikan diri kepada yang hak yakni Sang Pencipta iaitu Allah Subahanahu Wa Ta'ala.

Sabda Rasulullah SAW:

إن فى الجسد ابن ءادم مضغة إذا صلحت صلح لها سآئر جسده وإذا فسدت فسد لها سآئر جسده ألآ وهى القلب

"Sesungguhnya di dalam jasad anak Adam itu ada segumpal daging. Apabila daging itu baik maka baiklah seluruh jasadnya, apabila daging itu rosak maka akan rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah...! Dia adalah hati...!
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


Maka Peliharalah hati.Jagalah hati jangan kau kotori.Marilah kita jadi orang tua yang menunjukkan jalan lurus pada anak-anak.Jadi orang dewasa yang melahirkan generasi pencinta agama.Jadi remaja yang memegang teguh kepada syariat Allah dan jadi kanak-kanak penyejuk mata penwar hati dan aset penerus kebangkitan Islam di mata dunia akan datang.Sama-samalah kita berpegang tangan begerak segerombolan memboikot segala musuh perosak kerajaan hati dan memusnahkan serta membunuh ketumbuhan barah yang boleh menumbangkan kesucian fitrah yang bernama HATI.

Thursday, February 26, 2009

Pulanglah DIA Menantimu

Matahari Memancar melebarkan siang
Betemulah kita dengan hari baru
Siang pun pergi menenggelamkan sinar
Pergiliran rentak yang telah di tentukanNYA
"Jadilah lebih baik dari semalam"
Kata pepatah yang mudah di ungkap
Tapi merealitikannya siapa yang mampu?
Melainkan yang benar-benar cinta padaNYA
Semalam berlalu hisablah amal
Tebus segala cacat cela pada hari ini
Selagi peluang masih ada
Pintu taubat itu luas buat hambanya yang bertaubat
Tuhan,
Aku hamba nan hina
Seringkali meminta dengan banyaknya
namun aku kurang mematuhi
Apakah itu tidak cukup untuk aku berasa malu padaMU
Oh Tuhan,
Andai masih ada usia untukku
kekalkan hatiku mentaatimu
Berikan kekuatan pada tubuhku
untuk terus memperbanyakkan amalanku
Tidak sesekali aku mampu Ya Allah
Melainkan dengan keizinanMU
Ya Allah,
Dugaan kini sungguh hebat rasanya
hingga adakalanya aku terhumban jauh
terlupa akan hakikat diri
yang diciptakan untuk mengabdikan diri hanya padaMU
Oleh itu ya Tuhan
Ku pohon sentiasa dalam solatku
"Ya muqalib al-quloob 'tsabit qalbi ala tho'atik"
Dalam lima waktu yang wajib aku sujud itu
sering ku pohon jua padaMu
"Ihdina siratal mustaqim"
agar hati yang mudah lalai ini
sentiasa berdamping di jalanMU
Ya Allah,
sungguh aku lemah
pada ujian keimanan
yang adakalanya memujukku
lari jauh dari jalan redhaMU
Peganglah hati ku ya Allah
perkenankanlah tiap doa dan munajatku
kerana sesungguhnya aku yakin
kepada sifat Mujib-MU
Aku ingin pulang ke asalku

Wednesday, February 25, 2009

Fitrah Itu Indah

"Wei ko dapat apa erk valentine ni? Ko tau boyfriend saya bagi bunga ros merah.Bukan sekuntum tau 12 kuntum beb!"Itu antara luahan hati gembira seorang gadis pada temannya di 14 Febuari yang dianggapnya sebagai 'Hari Kekasih'.

Si teman hanya diam memerhati gelagat gadis sunti itu dalam gelengan.

Seribu tafsiran gelangan dan kegembiraan pada dua reaksi.Ada yang bersetuju dengan si teman dan tidak kurang juga sokongan yang di terima oleh si gadis sunti yang tidak mengerti akan apa yang di laluinya itu adalah kerosakan iman yang ada di mana-mana.Siapa yang mendefinisikan 14 Febuari itu sebagai 'Hari Kekasih', bukankah sambutan hari itu di amalkan oleh rakyat kristian sebagai peringatan kepada seorang bangsanya.Adalah bagi kita amat tidak wajar untuk turut serta.Tapi malang seribu kali malang ramai sungguh anak-anak agama kita yang mancontohi perbuatan mereka.Bukan saja pada sambutan hari yang di label sendiri namanya itu malah tidak kurang perilaku penganut-penganut kristian yang mahu di contohinya.

"Ala ko ni kolot sangat.Kita sekarang dah modenlah.Ko suka ikut fesyen lama? Sekarang zaman mileniumlah.Takkan nak guna baju kurung saja kot macam orang kampung je."Seorang remaja melontarkan hujahnya.

"Pakai baju kurung nampak kolot ka?"Si teman bertanya.

"Yalah, sekarang ni kan banyak fesyen baru.Baju kurung raya je baik pakai.Masa ada kenduri tahlil ke.Baru bersesuaian."

Inilah harga kemodenan dunia yang perlu di bayar oleh generasi harapan negara.Yang nampak elegen fesyen pakaian dan kehidupannya, merasakan dialah yang maju.Yang berbaju kurung pula dianggap ketinggalan zaman.Sungguh erti kemodenan yang membeli maruah jika kita tidak tahu menjustifikasikan dengan akal waras.

"Ko tak pernah tengok Akedemi Fantasia? Ko biar betul? Kesiannya."Antara tutur bicara lagi.

"Ko tak rasa AF tu merosakkkan ke?" Jawab si kawan.

"Tak ada yang rosak pun.Biasalah saja pun aku tengok.Bagus apa program tu banyak yang berbakat menyanyi menjadi artis.Dulu kalau nak jadi artis bukan senang."Dia masih membidas atas rasa dirinya dan pendapatanya betul.

Biusan dunia yang membawa arus kemodenan kepada remaja kian mencacamerbakan akal fikiran waras manusia.Yang betul di anggap salah yang salah di anggap betul.Malah ianya semakin menular bukan saja kepada remaja tapi juga golongan tua.Dengan usia yang semakin meningkat yang harus sebaiknya di gunakan untuk memperbanyakkan amal kepada Allah subahahu wa ta'ala di salah gunakan.Alam remaja yang pernah di lalui diulangi kembali dalam fasa kedua dengan pandangan dan alternatif berbeza.Semuanya kerana mahu nampak maju ke depan mengejar dunia yang semakin lari jauh dari mereka.Berlomba-lomba memperbaiki diri untuk tontonan umum tapi malangnya kaki seringkali tersungkur dek kerana salah memilih tempat namun pengajaran di anggap asam garam kehidupan.Kesedaran yang datang menyapa di biarkan berlalu ibarat angin lalu yang menyampaikan pesan dari Tuhannya.

"Bila lagi nak kau nak cari boyfriend ni? Saat kita belajar kat U ni lah masanya.Esok-esok dah kerja susah nak dapat."Kecacamerbaan merebak ke siswa siswi.

Satu lagi penyakit remaja yang diperluaskan pengaruhnya.

Bagaimana Bercinta Dalam Islam?

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk memebunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyintai ini.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak menarik ; Jodoh.Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya. “Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan yang empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah Haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah. Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas perkahwinan. Insya-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata.Allah akan mempermudahkan urusan kita itu.

Oleh itu untuk memperolehi kebaikan mulakanlah dengan kebaikan.Hayatilah Firman Allah subahahu wa ta'ala:

'Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)['Surah An-Nuur(24) ayat 26]