Tuesday, December 9, 2008
Tinta Aidiladha....
Tidak tahu mengapa idea untuk menulis terasa membeku.Sedangkan apa yang yang mahu saya ceritakan dalam blog ni terlalu banyak.Tapi segalanya terasa tersekat hanya Allah yang Maha tahu.
Aidiladha begitu indah rasanya tahun ini.dipenuhi dengan kunjungan saudara mara dan teman-teman walhal kami tidak membuat persiapan juadah yang besar-besaran namun alhamdulillah segalanya mencukupi malah rasa terharu dapat berkongsi rezeki Allah.
Namun redup-redup kesedihan pada tangkai hati juga tidak dapat di halang.Bermula paginya kesedihan sudah membendung di hati.Tidak pernah di undang ianya datang mewarnai hati.Mungkin Allah mahu memberi tahu sesuatu tapi kita manusia biasa kadang kala gagal mentafsir.Air mata yang selalunya mudah benar mengalir tidak pula mengiringi.Namun segalanya aturan yang Maha Esa.Titisan-titisan itu gugur jua apabila khutbah solat aidiladha di sampaikan.Malah imam yang menyampaikannya seolah-olah dapat membaca isi hati apabila beliau juga turut berlingan air mata.tidak tahu mengapa syahdu benar di pagi ini.Ditambah pula keadaan cuaca yang mendnung juga seolah-olah mengiringi.Namun itulah hakikat kita sebagai hamba.Kesedihan dan kegembiraan akan datang bertamu di hati mengikut kehendakNya.
Kegembiraan semalam menyiapkan juadah makanan hari ini terasa terbang di bawa pergi.Baru semalam kami sekeluarga bekumpul membungkus dan mengikat buras(makanan istimewa di pagi raya buat orang tawau yang berbagsa bugis).Ditambah pula dengan kehadiran dua orang sepupu dari matrikulasi yang turut memperuntukkan cuti aidiladha bersama kami sekeluarga.Gurau senda tawa riang kami kongsi bersama.Segalanya harga termahal pada sebuah ukhuwah.
Dan sekali lagi air mata jatuh kebumi saat mengimamkan solat magrib.Ibu yang menjadi makmum juga turut menitiskan air mata.Mungkin kerana ini kali pertama saya yang mengimani solat kami.Selalunya saya hanya menjadi pengamin doa namun kali ini saya yang berdoa dan ibu yang mengaminkan.Persaan ini terlalu berharga rasanya.Sukar untuk di gambarkan.Terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan aidiladha yang begitu bererti buat hambamu yang dhaif ini.Terima kasih ibu atas setiap kasih sayangmu yang tidak terbelag bahagi pada kami anak-anakmu.Terima kasih ayah atas setiap pengorbanan titik peluhmu membesarkan kami.Dan terima kasih buat semua.
Wednesday, December 3, 2008
Coretan Awal Disember
Hari ini telah masuk hari ke-3 dalam bulan Disember.Bererti tidak sampai sebulan lagi tahun baru 2009 akan menjelang.Beberapa hari lagi juga kalander Hijrah akan bertukar ke 1430H. Kemuncak ibadah haji kian hampir.Mabruk buat semua bakal haji.Aidiladha juga bakal di rai bersama korban.Kemeriahan saat melaksanakan korban tidak dapat di gambarkan hanya mereka yang benar-benar ikhlas saja yang akan memahami.Malah pelbagai juga ragam orang-orang yang melaksanakan korban.Begitu juga dalam mendefinisikan makna korban.
Kepantasan perjalanan masa benar-benar menghimpit setiap makhluk.Beruntunglah yang menghargainya dan yang mengabaikannya akan terus terabai.Masa tidak menanti sesiapa ia kan tetap berlalu dan tidak akan terundur semula.Itulah salah satu bukti kekuasaan Allah SWT.
Bagi pelajar (termasuk adik saya) yang kian tiba ke penghujung peperiksaan, semoga telah melakukan yang terbaik.Doa sentiasa mengiringimu moga berjaya dunia dan akhirat.Ingatlah peperiksaan persekolahan mungkin telah kau tamatkan tapi peperiksaan dunia tidak akan tiba ke penghujungnya selagi nyawa di kandung badan. Ingatlah sentiasa bahawa dunia ini ibarat pentas lakonan dan kita adalah pelakonnya.Di satu saat yang telah di janjikan dan telah di ceritakan dalam qalam Allah akan ada hari anugerah buat kita.Jika di pentas lakonan dunia yang menang mendapt trofi dan hadiah yang kalah mencuba lagi.Tapi hari anugerah yang di janjikan Allah itu tidak sedemikian.Di sanalah kita bakal di himpunkan menimbang dosa pahala.Yang menang akan ke syurga yang ada segalanya dan yang kalah tidak akan ada peluang untuk mencuba lagi maka nerakalah jawabnya.
Ya janji Allah pasti.Tidak ada sesiapa yang dapat menduga apa yang bakal di laluinya di 2009M/1430H nanti.Malah adakah kita samapai ke tahun baru itu semuanya terhijab dari pancaindera dan penegtahuan manusia.Hanya DIA yang maha mengetahui.Maka berwaspadalah kita semua kerana kita tidak tahu garis penamat untuk larian kita di mana.
Buat semua muslimin dan muslimat selamat meyabut Hari Raya AidilAdha....moga kita diperpajangkan usia untuk memberi bakti menegakkan agama Allah...Tqabbalallahu minna wa minkum taqabbal ya karim.
Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Kullu Am Wa Antum Bil Khair
Tuesday, November 25, 2008
Wahai Hati Tenteramlah
Entah mengapa petikan ayat dari novel Salju Sakinah itu kuat benar bermain di jiwa sejak seminggu ini.Mungkin kerana sejak akhir-akhir ini banyak benar perkara yang menghantar diri ke dalam dilema.Membuat pilihan dari dua pilihan dan adakalanya langsung tak ada pilihan.Hati terus memujuk Ingat Allah, ingat Allah.Bisikan yang tidak pernah mati memujuk jiwa yang berkecamuk.Rasa rindu alunan ayat suci Allah benar-benar mengendang jiwa namun di keterbatasan yang tak dapat dielakkan meremukkan jiwa.Hanya sabar dan zikir yang sentiasa menemani linangan air mata.Ya Allah ujian apakah ini? Kadang hati bertanya sambil bermunajat.Muhasabah sudah beberapa kali dihidang kepada jiwa namun masih terhijab apa yang tersembunyi.
Sabarlah wahai hati tenanglah dikau bersama alunan zikir kepadaNYA.Hati masih terus memujuk.Senyuman masih terus terukir menyembunyikan apa yang tersirat namun hanya insan di sekeliling sahaja yang terhibur.Hati sendiri?? lara menghimpit ibarat diri berasa di antara dua batu besar.Dalam memujuk hati satu pesanan ringkas masuk menghuni kotak inbox telefon bimbit.Tangan mencapai dan mata beralih tujuan.Mesej dari sahabat yang bernama Qamariah.Mengukir senyuman membalas salam yang terucap dan melafazkan hamdallah sebagai jawapan pada pertanyaan khabar.Namun hati sayu kembali.Senyuman yang mengelopak dibibir mati serta merta bila ayat terakhir di baca."Sudah lama kita tak berhubung.Rindu rasanya.takut terputus silaturrahim pula sebab lost contact"
Bebanan perasaan bersalah terasa memberat di pundak.Memang betul kami sudah lama tidak berhubung melalui email, yahoo masangger jauh sekali berbalas sms.Ya Allah jauhnya aku di bawa arus kesibukan jadual hidup seharian hingga terlupa akan tuntutan kasih seorang sahabat.Sedangkan masa lapang ku lebih banyak kiranya berbanding dengan dirinya yang berstatus isteri dan ibu pada seorang cahaya mata.Maafkan aku sahabat diri ini benar-benar asyik di bawa arus kelalaian hingga terlupa akan hakmu.mafkan aku.Muhasabah datang membersihkan jiwa yang sesak dengan tuntutan yang tidak dipenuhi.Mata terkali pula ke kalendar mulut cepat beristigfar panjang.Ya Allah aku lupa.Mata sudah digenangi air akibat kealpaan yang tidak di sedari.Jemari pantas menekan-nekan butang telefon bimbit.Menghantar pesanan balas padanya.Dengan doa iringan."Sanah Hilwa sahabatku.Maafkan keterlupaanku."
Hari ini hati sedikit mula tenang.Tapi ketenangan yang belum pulih sepenuhnya.Namun InsyaAllah pasti akan kembali normal persaan ini andai keterbatasan untuk lebih dekat padaNYA sudah terhapus.
Ya Allah aku rindu bermunajat padamu.Aku rindu mahu mengalunkan qalammu.Berikan aku kesempatan lagi ya Allah.Pada sedikit kesempatan yang tidak di ketahui bila garis penamatnya apakah hari ini,esok atau lusa namun yang pastinya berikan aku walau sedikit itu untuk ku memenuhi jiwa yang benar-benar haus pada titisan-titisan kasihmu.
Wednesday, November 19, 2008
Dihimpit Dua pilihan
Monday, November 17, 2008
Sukarnya menyelami hingga tertipu adakalanya
"Saya ikhlas tolong awak"
"Tak apa saya Ikhlas"
Dan adakalanya ianya juga berbunyi seperti ini.
"Its ok, saya bagi ikhlas."
Namun sejauh mana bukti kata-kata kita itu seiring dengan tutur hati, tidak siapa yang tahu.Tetapi tidak selamanya mampu kita sembunyikan.Tuhan itu maha mengetahui sifatnya.Jika tidak hari ini tapi akan sampai satu masa kita mungkin terlepas kata ataupun terluah atas kehendak sendiri.Ternyata ikhlas itu adalah benda yang amat sukar kita laksanakan.Jika ada yang mengatakan menjaga hati orang itu sukar, menjadi pendakwah itu sukar, bekerja itu sukar tapi di sebalik itu semua akan mudah andai ikhlas itu bersarang di sanubari.
Hilangnya ikhlas, ibarat kepercyaan juga berkecai bagai kaca yang terhempas di lantai batu.Itulah yang saya rasakan sejak semalam.Entah mengapa hati saya benar-benar ibarat kaca yang berkecai apabila insan-insan yang kita hormati dan kasihi malah turut kita percayai rupanya ibarat talam dua muka.
Kejam sungguh bila menjadi manusia seperti itu.Tapi siapa kita yang mahu menghalangnya.Masing-masing mempunyai peranan, datang dengan hati yang mengharap sentuhan hidayahNYA namun kita seringkali mungkar.Kita lupa akan tanggungjawab dan tujuan kita yang sebenar bila melibatkan diri pada sesuatu keadaan.Dan konklusinya pengisian yang kita harapkan akan jadi kosong dan nol pada akhirnya.Maka apa yang kita perolehi gagal untuk kita peraktikkan kerana gagalnya kita menitik beratkan ikhlas dalam melakukan sesuatu.
Saturday, November 15, 2008
Salju Sakinah Novel Islami

"Jom Kita main Salji di universiti"
Itulah kalimah akhir qalam buku Salju Sakinah yang baru saya khatamkan sebentar tadi.Alhamdulillah,Menarik! Hebat! itulah ayat yang pertama saya tuturkan setelah buku itu saya temukan muka depan dan kulit belakang.
Tahniah kepada pengarang yang menggunakan ilham Allah subahanahu wa taala sebagai satu medan dakwah.Doa dari saya selaku pembaca moga ilham akan terus di kurniakan dariNya agar terhasil lagi buku-buku yang boleh di jadikan satu method tarbiah buat setiap hati-hati yang dahagakan sentuhan hidayahNya.
Ucapan terima kasih buat seorang adik yang mengenalkan saya dengan buku ini bulan lalu.Juga jutaan terima kasih buat kakaknda Syamsiah yang sudi membelikan buku ini untuk saya.Dari bandaraya metropolitan kakandaku tersayang mengagahi masa yang amat singkat untuk mencari buku yang berkulit biru lembut merakamkan wajah wanita yang berhijab namun rezeki mendapatkan buku ini bukan di sana tapi di bandaraya Negeri di bawah bayu.Terima kasih sekali lagi moga Allah saja yang membalas budi baik kakaknda dan adik yang tidak pernah putus untuk mendorong saya menjadi pencinta buku.
Dengan ilmu sastera yang tidak sepintar mana, namun ingin juga rasanya mengulas dan merumuskan novel yang telah memasuki cetakan ke empat kalau tidak silap.
Setelah berpuluh-puluh buku yang di baca, entah mengapa novel ini turut meruntun sanubari.Mungkin kerana seperti tidak percaya seorang penulis lelaki bisa melakar jalan cerita kehidupan seorang wanita setabah Sumayyah.Bagi saya yang hawa sekalipun kadang-kala sukar menafsir dan menyelami isi hati sesama hawa namun penulis begitu teliti malah bijak mengolah ayat juga tidak keterlaluan jika saya katakan beliau seolah-olah benar-benar berjaya menyelami hati wanita berbanding saya sendiri.Subahanallah...Ternyata Allah itu pengasih dan maha kaya.
Selepas Seindah Mawar Berduri, saya susuli memiliki Tautan Hati dan kemudian Syabab.Semuanya dari hasil tangan orang yang sama, Ukhti Fatimah Syarha Mohd.Noordin.Walaupun pada awalnya saya juga sudah memiliki dan membaca buku hasil air tangan penulis terkenal seperti Noorhayati Berahim, Salina Ibrahim, Ramlee Awang Murshid dan ramai lagi tapi akhirnya saya benar meminati penulis novel Salju Sakinah ini dan ingin sekali terus mengikuti perkembangannya.
Pada semua yang turut mempunyai minat membaca seperti saya, saya sarankan perolehilah novel ini kerana ada sesuatu yang bisa kita pelajari dari susunan ayat-ayat ilham dari Allah.
Monday, November 10, 2008
Salam Berbahagia Dunia Dan Akhirat


