

Bersama kita hayati firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran [ayat:140]
"Dan demikianlah sehari-hari dipergilirkan kegembiraan dan kesedihan agar manusia mengambil pengajran"
"Apabila Cinta Kepada ALLAH Sampai Ke Lubuk Hati Maka Segala Cinta Kepada SelainNYA Akan Terpinggir"


Kegetiran dalam kehidupan di hantar kepada manusia sebagai muhasabah untuk terus menilai duduk letakknya diri kita yang hina ini di sisi Allah Subahanahu Wa Ta'ala.Menilai kekuatan menghadapi setiap khabar duka sebagai ujian yang di tempuhi bersandarkan Iman dan aqal waras pasti ada hikmah yang menanti.Maka khabar duka Allah ganjarkan dengan khabar gembira kemenangan Dato' Ir. Nizar Jamaludin yang sah sebagai menteri besar Perak." Dan demikianlah sehari-hari Allah pergilirkan kegembiraan dan kesedihan agar manusia mengambil pengajaran darinya"[surah Ali-Imran:140]
"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan."[surah al-'a'raf :34]
Adakah ia wajar ummat Islam untuk marah atas penggunaan ayat Al-Quran oleh orang bukan Islam dalam ucapan? Penghinaankah apabila orang bukan Islam melafazkan ayat Qur'an dalam percakapan? Perhatian sungguh kita orang Islam atas kesalahan-kesalahan seperti ini.Syabas kerana sensetiviti ini amat perlu untuk masa depan Islam untuk terus tegak di atas muka bumi ini.Namun sesuatu yang perlu kita ambil pengajaran dari tingkahlaku Nga Kor Ming bukan kemarahan yang perlu kita luahkan untuk membuktikan kita benar-benar mengambil peduli akan apa yang menimpa Islam hari ini.Terfikirkah kita akan apa yang beliau lakukan itu benar-benar ibarat tamparan di pipi kita yang bergelar Islam dan Muslim? Orang non-muslim sudah mengambil Al-Quran sebagai rujukan, bukankah tanda positif bagi kita bahawa mereka juga meletakkan kepercayaan pada kitab suci kita? *antara murid-murid kelas pendidikan wanita bersama ustazah Noordianah
Apa yang pasti tiada hasil yang nikmat tanpa usaha sepenuh tenaga.Jadilah kita manusia berilmu kerana Allah Subahanhu Wa ta'ala telah berfirman di dalam Al-Quran Karim:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا قِيلَ لَكُمۡ تَفَسَّحُواْ فِى ٱلۡمَجَـٰلِسِ فَٱفۡسَحُواْ يَفۡسَحِ ٱللَّهُ لَكُمۡۖ وَإِذَا قِيلَ ٱنشُزُواْ فَٱنشُزُواْ يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬ (١١
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. (Surah Al-Mujadilah Ayat:11)"
Buat penutupan pada Entri ini hayatilah puisi pendek yang amat bermanfaat petikan dari novel "Tautan Hati"
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak air dituang,
Molekul udara memenuhinya.
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang bahagia,
Ketahuilah,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu tekadkan keyakinan,
Bangunlah dari lenamu yang panjang,
Yang tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biar dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Kerana kita ummat pilihan