Wednesday, October 8, 2008

Hidup InsyaAllah Mati itu Pasti

Sudah hampir seminggu syawal berlalu namun masih terasa bahangnya bila masih mendapat kunjungan dari rakan handai dan sanak saudara.Setiap insan yang melalui syawal mempunyai makna tersendiri.Ada yang bergembira, ada yang terharu malah juga tidak ketinggalan ada juga yang berduka.

Baru dua hari lepas saya terbaca satu blog yang sangat istimewa bagi saya kerana ia amat memberi kesan dan secara tidak langsung ianya mentarbiah diri dan memuhasabah tanpa di pinta.Benarlah kata orang setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya.Begitulah apa yang menimpa Allahyarhamah Adik Siti Aisyah Bakri yang telah kembali kerahmatullah pada 6 Syawal yang lalu.Arwah terlibat dalam kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa kakak sepupunya dan menghantar arwah ke rawatan kritikal sebelum stabil seketika dan pergi buat selamanya.Bak kata pepatah "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama" begitulah berertinya arwah kepada keluarga dan sahabat-sahabat sehinggakan terciptanya satu blog yang didedikasikan khas buat arwah.Blog yang bakal mencoretkan segala kenangan manis bersama arwah semasa hayatnya bersama teman-teman yang sempat bergelar mahasiswi seketika dan tidak lupa juga kenangan bersama teman-teman memperjuangkan agama Allah.

KEMATIAN ADALAH NASIHAT PALING BERKESAN.Teringat pada coretan seorang adik semasa berborak melalui YM sebentar tadi.Memang benar kematian itulah yang akan sentiasa mengingatkan kita kepada fitrah lahirnya kita ke dunia.Tapi malangnya tidak ramai yang disapa keinsafan apabila terkhabarnya berita kematian.Apatah lagi cuma sedikit sahaja yang sentiasa mengingati kematian walhal manusia lupa dengan meningati mati itulah yang menjauhkan kita daripada berbuat kemaksiatan di muka bumi Allah ini.Tapi itulah kealpaan manusia yang sangar besar.Maka rugilah manusia-manusia yang hatinya tidak di anugerahkan hidayah Allah.

Terkenang perjalanan raya yang baru saja beberapa hari berlalu.Beramai-ramai menziarahi rumah kawan-kawan bagi memeriahkan hari kemenangan ummat namun dalam berhari raya itulah hati ini sentiasa di sapa gusar yang sangat besar.Beraya bukan main sahabat-sahabat bersama tapi apabila masukknya waktu solat hanya saya seorang saja yang ingat akan tanggungjawab pada Pencitpa.Terkecualilah sahabat yang uzur.Mereka mungkin mengingati tapi mereka memang bercuti.Tapi yang tak beralasan pun sama turut melupakan.Terlupa mungkin boleh di maafkan tapi yang buat-buat lupa itu bagaimana? Bukan mahu memuji diri atau membuka aib orang lain tapi dengan harapan ianya menjadi pedoman buat kita yang melaungkan "Diri Adalah ISLAM". Ya Allah jentiklah hati sahabat-sahabatku agar mereka ingat akan tanggungjawab mereka padaMU.Dia akhir solat yang hanya di perhatikan oleh mata-mata sahabat yang lain saya mengankat jari memohon moga Allah menjauhkan saya daripada menjadi seperti mereka dan membuka hati mereka untuk menjadi lebih baik daripada saya yang hari ini.Dalam memperbaiki diri menyusur onak duka sebagai pejuang agama Allah benarlah bukan mudah.Apa yang saya dapat tafsirkan mungkin sebab itulah Allah adakalanya menguji saya untuk tidak selalu bersama mereka agar saya tidak sama seperti mereka yang boleh saya katakan ISLAM HANYA DI HARI RAYA.

Akhir kata salam takhziah buat keluarga adik Siti Aisyah Bakri.Tabahlah mengharungi hidup dan redhalah pada setiap ketentuanNYA kerana hanya DIA yang tahu apa yang terbaik buat hamba-hambanya.Buat tema-teman arwah teruskan perjuangan kita membela agama Allah agar Islam terus di julang selamanya.Sesungguhnya telah tercatat akan kematian itu pasti buat kita juga namun hanya masa dan keadaan yang membezakan.Sama-samalah kita memperbaiki diri moga kita juga turut sama dapat mengucap dua kalimah syahadah disaat sakaratulmaut menjemput kita.

Mujahidah,
Pergimu memenuhi janji
Janji yang sama seperti kami
Cuma yang membezakan kita
Engkau terlebih dahulu dari kami

Mujahidah,
Kini kita mendiami alam yang berbeza
Namun perjuangan kita tetap sama
Diamlah engkau disana
Sebelum aku turut mengekorimu

Mujahidah,
Kita terpisah di dunia fana
Tapi laluan kita tetap sama
Kita akan di kumpul semula
Pada satu hari yang nyata tapi entah bila
Pada saat itulah kita terhisab
Pada segala amal di dunia
Moaga saat itu nanti kita akan terpilih
Menjadi bidadari SYURGA
Amin.....




**AL-FATIHAH.......

Monday, September 29, 2008

Salam Aidilfitri




Ramadhan hampir ke penghujungnya.hari ini telah masuk 29 Ramadhan 1429H
Rasanya sehari dua lagilah kita akan berhari Raya.Menyambut hari kemenangan buat seluruh ummat Islam di dunia.Pada Kesempatan ini Di ucapkan selamat menyambut hari Raya Aidilfirti Maaf Zahir Dan Batin.

Pada yang tidak dapat balik beraya bersama keluarga tersayang bersabarlah menghadapi pengalaman yang berharga ini kerana Allah Maha tahu apa yang terbaik buat Hamba-Hambanya....

Tiada ucapan seindah susunan bahasa hanya yang ada doa pengiring moga kita sekalian istiqamah mempraktikkan diri untuk semakin hampir padaNYA....

Monday, September 15, 2008

Perjalanan Hidup Manusia Seperti Lima Jari

"Kita tengok balik jari kita ada lima"
Masih terasa akan penerangan ustazah tentang kehidupan kita seperti lima jari kurniaan Allah kepada semua manusia.

Kita bermula dengan jari kelinking.Dimana kita kecil dan di besarkan menjadi remaja.Masa itulah kita di didik dan di asuh mengikut acuan masing-masing dan cara pendekatan masing-masing oleh ibu bapa kita.Jika ibu bapa kita beriman maka itulah acuan kita dan begitulah juga sebaliknya.

Kemudian kita membesar menjadi remaja yang mana di gambarkan seperti jari manis.Di mana itulah saat-saat manis melalui awal kehidupan untuk berdepan dengan masyarakat.Banyak jalan pilihan yang kita tempuhi.Tapi apa yang penting moga kita terarah pada jalan pilihan yang betul mengikut syariatullah dan sunnahtullah.

Masa semakin membawa kita sehinggalah kita sampai ketahap dewasa.Di ibaratkan seperti jari hantu.Saat inilah kita memilih jalan hidup yang benar-benar berguna sama ada mahu menjadi baik atau mahu menjadi hantu.Tergelak pun ada tersengeh pun ada ahli-ahli kelas yang hadir.

Sehinggalah kita sampai ke jari telunjuk.disinilah kemuncak kehidupan kita sebelum kita menjadi warga emas.sekiranya ketiga-tiga tahap tadi telah kita lalui sebenar-benarnya pada tahap ini mungkin kita boleh menjadi penunjuk jalan lurus dan benar kepada orang lain.

Akhirnya kita akan menjadi seperti ibu jari.Tibalah saatnya kita di gelar warga emas.Namun kita boleh menjadi dua.Sama ada kita menjadi warga emas yang ibu jari menuju ke atas atau kita menjadi warga emas yang ibu jari kebawah.

"Benih yang kita semai hari ini akan kita tuai hasilnya pada masa akan datang.maka semailah benih-benih yang baik agar hasil yang kita tuai pada hari akan datang adalah hasil yang berkualiti.

Thursday, September 11, 2008

Apa Ertinya Saya Menganut Islam

Read this document on Scribd: Apa Ertinya Saya Menganut Islam


Terlalu banyak cabaran untuk menjadi seorang muslim yang semepurna di akhir zaman ini.Bukan sedikit cabaran yang harus di tempuhi untuk melengkapkan kita benar-benar menjadi seorang muslim yang sejati.Tidak terbilang dengan godaan syaitan yang tidak pernah henti di tambah lagi rayuan nafsu yang terlalu makan dek pujukan dunia dan juga tarikan manusia yang suka melontarkan kita jauh dari Rahmat Allah.

Namun persoalannya bagaimana untuk kita membina benteng agar kita lari dari segala godaan-godaan ini? Memang bukan mudah tapi apa yang pasti kita perlu mendidik diri dan hati untuk benar-benar mengenal Tuhan dan berusaha membina cinta kepada Allah SWT.InsyaAllah pasti kita akan menjadi muslim yang Islam yang sebenar bukan hanya muslim dan Islam pada nama,keturunan mahupun pada fitrah kelahiran.

Monday, September 8, 2008

Pupusnya Budaya Bertalaqi

"Apa yang saya tengok sekarang ni orang islam yang berkeluarga tidak mengamalkan talaqi sesama keluarga"


Masih teringat salah satu isi penting yang ustazah huraikan dalam kelas pendidikan wanita semalam.Bila fikirkan balik rasa rugi kerana amalan itu memang tidak di amalkan oleh masyarakat islam hari ini.Malah ada juga yang tidak tahu langsung akan amalan ini.


"Kenapa saya jadi manusia hari ini kerana saya memang rajin bertalaqi dengan arwah datuk saya.Sejak kecil lagi saya memang kuat membaca tapi bahan bacaan saya bukan buku-buku doraemon,naruto dan sebagainya.Apa yang saya baca adalah buku-buku hadis,buku-buku imam bukhari dan muslim.Sejak kecil lagi saya dah khatam buku hadis."Ustazah menambah huraiannya.


Memang benar amalan ini makin pupus.dan tidak hairanlah andai anak remaja masa kini ramai juga yang tidak mengetahui konsep talaqi yang sebenarnya.

"Tapi Ustazah kalau kita beri buku dan pesan pada anak-anak untuk baca dan amalkan adakah ia juga tergolong dalam proses talaqi?"
Seorang ahli kelas bertanya.

"Apa yang akak jalankan itu cukup bagus tapi ia bukan proses talaqi.Talaqi ialah proses di mana kita belajar dan kemudian ada semakan oleh guru.Tapi kalau hanya memberi tapi tidak menyemak itu bukan talaqi."Panjang lebar jawapan ustazah membuatkan kami semua kelu.Kelu yang membawa maksud masing-masing.mungkin ada yang terfikir ruginya diri saat sudah bergelar ibu baru tahu apa itu talaqi.Namun itu bukan halangan untuk kita mewujudkannya sekarang.Walaupun saat kita dahulu tidak di amalkan buat sekarang untuk anak-anak kita yang bakal meneruskan perjuangan akan datang.Bak kata Fatimah Syarha dalam novel tautan hatinya "BETTER LATE THAN NEVER."

Friday, September 5, 2008

Kelas Pendidikan Wanita Islam VS Reunion

Mulanya rasa malas juga mahu menulis tetang ini semua tapi bila fikir-fikir balik terasa keinginan tu ada.Bukan berniat mahu mengata sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak tapi hanya sebagai salah satu pengajaran dan bukti yang nyata bahawa pada akhir zaman terlalu ramai yang memilih jalan yang salah berbanding baik...Na'uzubillahminzalik...moga Allah pelihara hati ini untuk istiqamah pada jalan kebenarannya dan sentiasa menutup hati pada jalan-jalan hiburan yang boleh merosakkan iman...

"Ya muqallib al quloob tsabit qalbi 'ala tho'atik...amin.."

Beberapa minggu selepas program kelas pendidikan wanita Islam berjalan di Masjid Jamek An-Nur, saya canangkan kepada kawan-kawan akan adanya kelas tersebut.Bukan niat mahu menunjuk tapi niat mahu menambah ahli kelas kerana yang ada sekarang pun hanya terdiri daripada warga tua dan yang mudanya bolehlah di bilang dengan jari.Ada pun hanya saya dan seorang adik dan ada seorang lagi adik tu pu mua'laf.Kesian juga mukhalafnya entah ke mana.Tapi saya tak salahkan mereka mungkin betul yang mereka tak tahu akan kewujudan kelas tersebut.Berminggu berlalu tiada seorang pun yang saya jemput hadir.Kecewa tu memang ada tapi saya tetap doakan agar hati mereka terbuka suatu hari nanti.

Sebulan selepas itu saya canangkan pulak cadangan bekas pengetua untuk mengadakan reunion untuk bekas-bekas pelajar.Sesuatu yang saya dah jangkakan banyak sangat sambutan yang saya dapat.pilu hati saya apabila mengenangkan itu semua.betapa hiburan ini memainkan peranan yang sangat besar pada semua keturunan Adam...pada saya itu memang satu yang nyata pada akhr zaman ini seperti mana yang dibimbangkan Rasulullah SAW sebelum kewafatan Baginda. Tapi sampai bila kita mahu membiarkan syaitan itu menguasai kita.Apapun di kesempatan pada bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak ini saya panjatkan doa yang tinggi kepada Ilahi moga akan di bukakan pintu-pintu hati yang lain dan juga hatiku sama agar sentiasa menuju kejalan yang benar...."Ihdina siratal mustaqim.Siratal lazzina an'amta alaihim ghairil ma'dubi alaihim waladha'lin...amin"

Thursday, September 4, 2008

Ahlan Ya Ramadhan

Hari ini sudah masuk 4 Ramadhan 1429H, tapi rasanya masih belum terlambat untuk di catatkan sesuatu sebagai tinta ramadhan Al-Mubarak...moga kita mendapat magfirah sehingga menemui malam Al-Qadar...amin

Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..
Merayu...
Kepada-NYA Tuhanku yang satu...

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...
Sungguh khusyuk lagi tawadhu
'Tubuh, minda, dan qalbu...
bersatu memperhamba diriMengadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu aku sibukkan dengan Berterawih...
Berqiamullail...
Bertahajjud...
Mengadu...
Merintih...
Meminta belas kasih....
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
Oleh itu duhai Ilahi...
Kasihanilah daku hamba-MU yang...
Hina...
Dhaif..
Jahil..
Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini..
ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR