Monday, September 8, 2008

Pupusnya Budaya Bertalaqi

"Apa yang saya tengok sekarang ni orang islam yang berkeluarga tidak mengamalkan talaqi sesama keluarga"


Masih teringat salah satu isi penting yang ustazah huraikan dalam kelas pendidikan wanita semalam.Bila fikirkan balik rasa rugi kerana amalan itu memang tidak di amalkan oleh masyarakat islam hari ini.Malah ada juga yang tidak tahu langsung akan amalan ini.


"Kenapa saya jadi manusia hari ini kerana saya memang rajin bertalaqi dengan arwah datuk saya.Sejak kecil lagi saya memang kuat membaca tapi bahan bacaan saya bukan buku-buku doraemon,naruto dan sebagainya.Apa yang saya baca adalah buku-buku hadis,buku-buku imam bukhari dan muslim.Sejak kecil lagi saya dah khatam buku hadis."Ustazah menambah huraiannya.


Memang benar amalan ini makin pupus.dan tidak hairanlah andai anak remaja masa kini ramai juga yang tidak mengetahui konsep talaqi yang sebenarnya.

"Tapi Ustazah kalau kita beri buku dan pesan pada anak-anak untuk baca dan amalkan adakah ia juga tergolong dalam proses talaqi?"
Seorang ahli kelas bertanya.

"Apa yang akak jalankan itu cukup bagus tapi ia bukan proses talaqi.Talaqi ialah proses di mana kita belajar dan kemudian ada semakan oleh guru.Tapi kalau hanya memberi tapi tidak menyemak itu bukan talaqi."Panjang lebar jawapan ustazah membuatkan kami semua kelu.Kelu yang membawa maksud masing-masing.mungkin ada yang terfikir ruginya diri saat sudah bergelar ibu baru tahu apa itu talaqi.Namun itu bukan halangan untuk kita mewujudkannya sekarang.Walaupun saat kita dahulu tidak di amalkan buat sekarang untuk anak-anak kita yang bakal meneruskan perjuangan akan datang.Bak kata Fatimah Syarha dalam novel tautan hatinya "BETTER LATE THAN NEVER."

No comments: