Sudah hampir seminggu syawal berlalu namun masih terasa bahangnya bila masih mendapat kunjungan dari rakan handai dan sanak saudara.Setiap insan yang melalui syawal mempunyai makna tersendiri.Ada yang bergembira, ada yang terharu malah juga tidak ketinggalan ada juga yang berduka.
Baru dua hari lepas saya terbaca satu blog yang sangat istimewa bagi saya kerana ia amat memberi kesan dan secara tidak langsung ianya mentarbiah diri dan memuhasabah tanpa di pinta.Benarlah kata orang setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya.Begitulah apa yang menimpa Allahyarhamah Adik Siti Aisyah Bakri yang telah kembali kerahmatullah pada 6 Syawal yang lalu.Arwah terlibat dalam kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa kakak sepupunya dan menghantar arwah ke rawatan kritikal sebelum stabil seketika dan pergi buat selamanya.Bak kata pepatah "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama" begitulah berertinya arwah kepada keluarga dan sahabat-sahabat sehinggakan terciptanya satu blog yang didedikasikan khas buat arwah.Blog yang bakal mencoretkan segala kenangan manis bersama arwah semasa hayatnya bersama teman-teman yang sempat bergelar mahasiswi seketika dan tidak lupa juga kenangan bersama teman-teman memperjuangkan agama Allah.
KEMATIAN ADALAH NASIHAT PALING BERKESAN.Teringat pada coretan seorang adik semasa berborak melalui YM sebentar tadi.Memang benar kematian itulah yang akan sentiasa mengingatkan kita kepada fitrah lahirnya kita ke dunia.Tapi malangnya tidak ramai yang disapa keinsafan apabila terkhabarnya berita kematian.Apatah lagi cuma sedikit sahaja yang sentiasa mengingati kematian walhal manusia lupa dengan meningati mati itulah yang menjauhkan kita daripada berbuat kemaksiatan di muka bumi Allah ini.Tapi itulah kealpaan manusia yang sangar besar.Maka rugilah manusia-manusia yang hatinya tidak di anugerahkan hidayah Allah.
Terkenang perjalanan raya yang baru saja beberapa hari berlalu.Beramai-ramai menziarahi rumah kawan-kawan bagi memeriahkan hari kemenangan ummat namun dalam berhari raya itulah hati ini sentiasa di sapa gusar yang sangat besar.Beraya bukan main sahabat-sahabat bersama tapi apabila masukknya waktu solat hanya saya seorang saja yang ingat akan tanggungjawab pada Pencitpa.Terkecualilah sahabat yang uzur.Mereka mungkin mengingati tapi mereka memang bercuti.Tapi yang tak beralasan pun sama turut melupakan.Terlupa mungkin boleh di maafkan tapi yang buat-buat lupa itu bagaimana? Bukan mahu memuji diri atau membuka aib orang lain tapi dengan harapan ianya menjadi pedoman buat kita yang melaungkan "Diri Adalah ISLAM". Ya Allah jentiklah hati sahabat-sahabatku agar mereka ingat akan tanggungjawab mereka padaMU.Dia akhir solat yang hanya di perhatikan oleh mata-mata sahabat yang lain saya mengankat jari memohon moga Allah menjauhkan saya daripada menjadi seperti mereka dan membuka hati mereka untuk menjadi lebih baik daripada saya yang hari ini.Dalam memperbaiki diri menyusur onak duka sebagai pejuang agama Allah benarlah bukan mudah.Apa yang saya dapat tafsirkan mungkin sebab itulah Allah adakalanya menguji saya untuk tidak selalu bersama mereka agar saya tidak sama seperti mereka yang boleh saya katakan ISLAM HANYA DI HARI RAYA.
Akhir kata salam takhziah buat keluarga adik Siti Aisyah Bakri.Tabahlah mengharungi hidup dan redhalah pada setiap ketentuanNYA kerana hanya DIA yang tahu apa yang terbaik buat hamba-hambanya.Buat tema-teman arwah teruskan perjuangan kita membela agama Allah agar Islam terus di julang selamanya.Sesungguhnya telah tercatat akan kematian itu pasti buat kita juga namun hanya masa dan keadaan yang membezakan.Sama-samalah kita memperbaiki diri moga kita juga turut sama dapat mengucap dua kalimah syahadah disaat sakaratulmaut menjemput kita.
Mujahidah,
Pergimu memenuhi janji
Janji yang sama seperti kami
Cuma yang membezakan kita
Engkau terlebih dahulu dari kami
Mujahidah,
Kini kita mendiami alam yang berbeza
Namun perjuangan kita tetap sama
Diamlah engkau disana
Sebelum aku turut mengekorimu
Mujahidah,
Kita terpisah di dunia fana
Tapi laluan kita tetap sama
Kita akan di kumpul semula
Pada satu hari yang nyata tapi entah bila
Pada saat itulah kita terhisab
Pada segala amal di dunia
Moaga saat itu nanti kita akan terpilih
Menjadi bidadari SYURGA
Amin.....
**AL-FATIHAH.......
Selepas Salju Sakinah
14 years ago


No comments:
Post a Comment