Tuesday, October 21, 2008

Ilmu Menyatukan Rindu KeranaNYA

Baru beberapa hari yang lepas saya mencoretkan sesuatu pada blog ini.Hari ini tangan terasa rajin lagi mahu berkongsi sesuatu.Alhamdulillah berkat idea dari Allah SWT..

Alhamdulillah dengan izinNya kelas ilmu kembali seperi biasa setelah di rehatkan untuk memenuhi tuntutan Ramadhan dan Syawal.Terasa hati ini lapang, mungkin berkat ilmu Allah yang masuk mencuci hati yang sebulan tidak terisi.Itulah hikmah yang Allah sedikan pada semua yang hadir ke majlis-majlis ilmu.Walaupun tidak ramai yang hadir, kerana masih dalam suasana raya tapi kelas tetap matop seperti biasa.Bertambah lagi dengan tajuk yang di kupas iaitu "Fadhilat Al-Quran".Alhamdulillah satu lagi ilmu yang dapat dikongsi bersama dengan kenikmatan bilik yang di sedikan berserta kelengkapan penghawa dingin yang sangat menyamankan keadaan.

"Alhamdulillah senangnya sekarang ni buat kelas ilmu pun ada penghawa dingin"

Itulah antara ayat yang terkeluar dari mulut seorang ahli.Memuji dan bersyukur kepadaNYA atas nikmat yang terlentang.Dalam hati sentiasa memanjat doa moga sentiasa di kurniakan kudrat dan kekuatan kepada semua moga majlis-majlis ilmu tetap berjalan di samping mengimarahkan rumah Allah SWT.Terasa indahnya ukhuwah saat tautan tangan bersatu berpelukan antara satu sama lain menempiaskan rindu yang tersimpan keranaNYA setelah sebulan tidak bertemu.Berkongsi pengalaman raya yang di lalui atas kehendakNYA.Mungkin inilah salah satu kemanisan ukhuwah kerana Allah SWT.

Majlis ilmu yang hanya sejam, walaupun singkat cuma tapi pengisisn yang hebat mencetuskan rasa rindu di hati sesama ahli untuk bertemu lagi walaupun ianya tidak terluah dek kata-kata.namuan pelukan perpisahan yang erat mengambarkan perasaan yang di sembunyikan.InsyaAllah rindu itu akan terubat lagi bila kita kembali di dalam majlis yang menghimpinkan hati-hati yang mencari cahaya RABB....

No comments: